sejak kecik
'raya' bagi aku
ialah balik Tanjung Ipoh,
buat lemang dan rendang,
kemas rumah,
siapkan 'bekal' juadah raya untuk dibawa ke masjid pada pagi raya.
nak lagi happening
waktu arwah mak masih ada dulu
siap buat tapai
dan Anti bakar macam² jenis kek.
pagi raya
pagi raya ramai² rebut bilik air untuk mandi.
que panjang
jadi kena ambil nombor.
waktu arwah atuk masih ada
atuk siapkan sebaldi air limau untuk mandi sunat Aidifitri.
*Al Fatihah*
belangir kata orang kampung
lagi bersih dan menyegarkan :)
paling sedap kalau dapat mandi awal
siap (melaram!) pakai baju raya awal²
sarapan home made lemang dan rendang di samping kueh² raya.
seronok habis bila dah cantik wangi kenyang
tapi orang lain masih belum mandi :p
bermaafan
nak lagi legend
kalau dapat jadi orang pertama yang salam minta maaf
daripada orang yang paling mulia dan paling penting dalam dunia
iaitu wan dan mak :)
*Al Fatihah*
kalau salam raya lepas baik rumah dari solat sunat Aidilfitri tu
macam dah tak true sangat la.
masjid
tiap² tahun kita berazam nak ke masjid awal
boleh solat dalam dewan muslimat.
selesa.
boleh concentrate.
kalau lewat sampai
solat di luar
dah la bising dengar budak main dan orang berbual
malu la duk kat luar orang lelaki ramai.
kalau kat dewan tertutup kat dalam baru sopan sikit (ceewah!) :p
tapi itu ini itu ini
selalunya wan saja yang dapat solat di dalam
kita adik beradik sepupu mak saudara semua solat di luar saja.
selalu asyik lupa nak bawa duit untuk derma masjid
(walau tak makan semut).
bila kita ada semua saudara mara dekat yang disayangi
tentunya yang paling 'raya' ialah waktu takbir :)
sampaikan selepas solat fardhu pun
siap request dari imam kat rumah untuk takbir.
Pak Lang yang selalunya jadi imam dengan sinikal tanya
'Korang nak ke takbir?' :p
oh ya
waktu bersosial
di samping menjamu selera
yang tetap ditunggu² saban tahun
ialah selepas solat sunat Aidilfitri di masjid.
dapat minum air gas
dan main tutup botol :p
kueh raya sedap²
rendang kuning, rendang hijau, rendang merah, rendang ayam, rendang daging
semua menyelerakan!
masa ni jumpa ramai kawan² mak dan wan
:)
ziarah pusara
arwah mak selalu ingatkan
balik dari solat sunat Aidilfitri
beribu² malaikat iringi kita
jadi tak boleh pergi kedai Cina
(rugi la malaikat tengah ramai ni!)
tapi dari masjid terus ziarah kubur.
agak potong juga bila orang yang menguruskan hal² ziarah kubur
letak sampai raya ke-2 atau ke-3
baru buat tahlil di kawasan perkuburan tertentu.
dengan arwah wan
tak kisah pun
bawa bekal makan tengah hari lebih kurang
(picnic di kuburan - kat luar pagar kawasan kubur ya!)
dan kita baca doa sama² kita saja
tak perlu tunggu majlis besar.
ikut arwah wan dulu
kita ziarah kubur di sekolah
dan rumah rakyat.
kalau lagi panjang langkah
siap ke Melang kubur arwah Pak Long.
bila mak dan wan dah tak ada
makin sikit kubur lama yang kita tahu
(makin bertambah kubur baru)
:'(
*Al Fatihah*
jalan beraya
selepas dari kubur
kita ziarah jiran².
kalau orang Negeri Sembilan
jiran tu semua sama suku
dah kira saudara
tak boleh nikah
(aik, termasuk jugak?!) :p
biasa la semua orang pun suka pergi rumah orang kaya
yang hidang air gas
rendang power
kuih moden yang vouge
(yang siap kek fondant bentuk masjid pun ada!)
dan beri duit raya banyak².
rumah yang cakap banyak tapi duit raya kurang
macam tak berapa semangat sangat nak pergi
(hoi! tak baik!) :p
sama juga kalau ikut dulu²
arwah atuk dan wan ramai adik beradik
jadi semua kita pergi
Ampang Tinggi, Paroi (aik, tempat² lain lupa pulak!) :p
APTB
kalau ikut²kan
cuma kita 4 beradik saja yang muka wajib.
yang lain lepas solat sunat Aidilfitri baru balik kampung
(lepas tu rembat bawa balik lemang dan rendang yang kita buat tu banyak²!) :p
... sekarang ni tak tahu la macam mana.
sejak kecik kita raya di kampung
(tak payah tanya pun kampung mana, kampung siapa)
bila arwah mak meninggal
tiba² ada pulak yang bertanya
'Tahun ni raya di mana?'
malah ada yang kecil hati
bila nak tidur di rumah arwah wan
yang sejak kecik kita tidur baring jaga
tiba² dikatakan rumah tu 'full house'
dah tak ada tempat untuk kita lagi.
Al Fatihah.
the only constant in life is change.
'raya' pada aku tetap sama macam dulu.
cuma dengan kehadiran abang,
adanya baby Alice,
keluarga besar abang di merata negara dan Singapura,
saudara yang baru rapat di Kedah,
dan penting sekali adik beradik yang tak ada tukar gantinya,
'kampung' tu dah berkembang destinasinya.
kenangan manis tetap terpahat dalam ingatan,
masa, kesempatan dan orang sekeliling yang ada dengan kita sekarang
inilah yang dihargai seadanya.
selamat hari raya.
semoga berkat Aidilfitri ini dan Aidiladha yang bakal datang
mengeratkan silaturrahim
melimpah ruahkan rezeki
memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada kita semua.
alhamdulillah.
syukur ya Allah.
p/s: tahun ni abang puasa penuh :)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment