damdiduuu

Friday, August 10, 2012

perkembangan bayi: Alice 15 bulan 2 minggu


Alice konon² tengah squat down
sedia nak jump
tapi tak naik² pun
:p

geleng kepala
cakap 'Tak'
itu antara perkara baru yang Alice selalu buat kebelakangan ni
:D

nyum
ada 2 nyum dalam hidup Alice buat masa ni.
taufu fah
dan aiskrim!

Alice bukan jenis yang boleh duduk diam
tapi bila makan taufu fah
kena sit down.
selepas buka puasa
mommy ambil taufu fah
nak makan best²
(Alice punya dia dah makan sejak tengah hari lagi)
tiba² boleh pulak si kecik ni datang
terus duduk.
alamak!
kena suapkan la ni! :p

Alice suka makan taufu fah
(bagi taufu saja, tak beri air gula)
sedap sangat²!
Alice kata 'nyum!' :D
amboi sedapnya
bila mommy tanya 'Alice likes taufu fah?'
nak tau Alice jawab apa?
*Alice geleng kepala*
o_0


sekarang Alice dah boleh dibiar main sendiri
walaupun sekejap.
tak la macam dulu
setiap masa nak main sama²
:)

verbal
Alice baru belajar cakap 'Tak' agaknya
sana sini cakap 'Tak'
apa maksud tak tu tak tahu la faham ke tidak.

daddy pulak ajar Alice cakap 'Betul betul betul!'
tapi Alice cakap 4 kali
jadi 'Betul betul betul betul!' :p
waktu berbuka
mommy dan daddy makan
kita suruh Alice watch tv.
bila dengar kat Upin Ipin
Alice pun ulang semula 'Betul betul betul!' :D

tapi Alice tengok tv tak boleh duduk.
dia berdiri depan tv
satu kaki naik kat decorder
kena selalu saja ingatkan 'Alice, feet down please!'


Alicea maksudnya 'yang dilindungi Tuhan'
moga ubat² jadi penyembuh
:)


Alice kena guna nebulizer untuk tingkatkan pernafasan
dan mudahkan dia tidur.
alhamdulillah tidurnya lebih lena
:)

selain daripada trauma kena nebulizer
dan dah tak suka makan ubat
semuanya ok.
alhamdulillah selepas neb Alice tidur lebih nyenyak

baby daddy
sama macam dulu
kita nampak Alice makin lama makin manja dengan daddy.
dengar saja bunyi vespa daddy
dah tak sabar nak kejar.
sampai terjatuh²
kemudian mengadu sama daddy ' ...jatuh .... jatuh'
bila dah dapat daddy
peluk kaki daddy kuat².
bila daddy dukung, tak mau turun dah.
sama mommy pun tak mau!
hai la anak daddy!


baru belajar sandang back pack
itu pun belum stabil sangat.
beg susu masih jadi beg kegemaran Alice
:)

p/s: bila dukung Alice, daddy kata macam bawa beras 10 kilo.
daddy tanya 'Alice dah 10kg ya?'
bila timbang di KJMC
berat Alice ialah 9.8kg
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...