damdiduuu

Thursday, August 16, 2012

video: how to teach baby to put on shoes

satu perkara
yang baby Alice tak suka
ialah tak ada kasut untuk keluar jalan².
nak pergi jalan tapi tak pakai kasut lagi.
nak keluar tapi masih berkaki ayam.
memang Alice tak nak!

belajar
dalam kereta Alice asyik eksperimen dengan kasut dia
tak boleh duduk diam.
dari situ la dia belajar
macam mana nak tanggal kasut.
tapi bab pakai kasut
belum lulus lagi.

trick
jadi bila kasut dua² dah tanggal
nak suruh dia pakai balik senang saja
cakap kat dia kita nak pergi jalan.
cepat la dia nak pakai kasut!



boleh nampak pada video ni
Alice agak frust
jerit²
dan ketuk² kasut
bila tak dapat pakai kasut.
baby ni nak kena bagi dia cuba sendiri dulu.
bila dia dah puas cuba
baru kita bantu.

boleh nampak juga Alice faham arahan mudah macam
- go walk
- no shoes
- put on shoes
- undo velcro
- open
- close


size up
oh ya
pada umur 15 bulan
Alice dah pakai kasut saiz 3.
kasut saiz 1 dulu kita nampak ibu jari menonjol sangat.
kasut pre walker yang lembut
saiz 2
semua dah terbocor kat jari ibu.
Alice memang rajin berjalan.
jadi kita assume kasut saiz 2 memang dah tak muat.

pre-walker

kasut yang tapak keras saiz 2 masih elok,
jadi kita simpan.
untung juga beri pakai kasut lembut tu dulu.
kalau tak, sampai sekarang kita tak tahu kasut dah sempit.
takut kalau dah sempit, dia tak mau pakai
nanti kita ingat dia menang sengaja tak mahu pakai kasut.

kali ini beli sandal yang nampak kaki
jadi boleh tahu lega atau sempit.
cepat betul Alice membesar :)

semoga cepat pandai, senang belajar, dilindungi dan dirahmati selalu
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...