damdiduuu

Thursday, August 30, 2012

55 Tahun Malaysia Merdeka: Janji Ditepati

dengan niat untuk merasuah Alice
papa Zuri bagi bendera Malaysia kecik
sempena Merdeka ke-55.
payah juga nak terangkan pada Alice.
paling mudah
cakap pada Alice
ini Deka
atau Merdeka.
kena pendekkan
sebab Alice senang tangkap perkataan yang ada 2 suku kata.
jadi syok jerit²
Deka! Deka!
sambil kibarkan Jalur Gemilang
dan Alice cuma jerit
'Ka!' saja :p

hajat daddy nak bawa kita tengok perarakan hari merdeka
di Dataran Merdeka tahun ini
tak kesampaian.
tak apa.
kita tengok di tv saja
lebih mudah, murah dan selesa.

antara perkara yang baby Alice belajar
ialah hari merdeka ada bendera
banyak sangat²!
cara tabik.
kuda pun ada masa merdeka.
dan Alice belajar step dancing yang baru
gaya peluk² tubuh
lagu I am for you :D


harapan dan peluang untuk generasi akan datang


nikmat yang disyukuri


manisnya kebebasan

selamat hari kemerdekaan yang ke 55
semoga kita sentiasa dirahmati dengan kestabilan politik dan ekonomi
serta sentiasa berusaha lebih gigih untuk masa depan yang lebih baik
untuk anak² kita
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...