damdiduuu

Saturday, August 18, 2012

bazar Ramadhan: Taman Dahlia

kebetulan hari terakhir puasa
kita ada di JB
dan mak beritahu
di Taman Dahlia
bazar Ramadhannya boleh tahan besar.

asalnya cuma nak cari taufu fah untuk Alice
dan sedikit kueh untuk berbuka.
abang macam biasa - cari air manis :)

tak sangka di JB kebanyakan gerai jual air RM1 sebungkus!
berbanding di KL selalunya RM2-3 plastik besar.
taufu fah pun cuma RM1.20 berbanding RM1.50 di KL
atau harga rasmi RM1.90 yang jual hari² (bukan bulan Ramadhan saja).
ada rezeki kita datang lagi ya
:)


rasanya ini pertama kali sampai sini
:)


macam² air
RM1 sebungkus!


walaupun hari terakhir
banyak juga gerai yang buka


pasar Ramadhan panjang sampai hujung sana
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...