damdiduuu

Sunday, August 5, 2012

Jalan TAR, Kuala Lumpur

dah jadi macam tradisi
bila nak raya mesti cari barang di Jalan TAR.
baju Melayu
baju kurung
baju yang tak tradisional
butang baju Melayu
kerongsang
kueh raya
serunding
macam² ada.
boleh dapat dengan harga berpatutan
(atau lebih tepat lagi, beli yang harga berpatutan saja
yang letak harga mahal² - kirim salam!)

tahun lepas kita dapat baju kurung untuk Alice
semurah RM10 sepasang.
yang manik² memang RM70
tapi baju kurung biasa ada yang RM10.

tahun ni?
kurang memberansangkan!
tak tahu la masih ada jual
baju kurung baby RM10 atau tidak
sebab bila kita ke Jalan TAR
tak dapat nak tengok semua gerai pun.
boleh pulak
bila dah sampai tengah²
tiba² orang yang jalan kaki ni
boleh pulak tak gerak
jammed up tersekat tak tahu apa cerita.

kita pun terpaksa keluar
dan tengok gerai² yang kat luar² saja.
dapat baju kurung Alice
yang harga RM20 - 25.

kesian Alice pun menangis tak selesa
bila kita terperangkap tengah lautan manusia.


selain daripada gerai² jual biasa
ada juga kaunter zakat dibuka


boleh juga semak daftar mengundi kat sini!


Sharifah Shahirah & Karl Shafek
tengah shooting kat tempat sibuk² nih!

kira ok la tu
selain butang baju Melayu yang comel sangat untuk daddy,
kita dapat baju raya Alice
dan mommy
2 pasang sorang.
terima kasih, daddy!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...