damdiduuu

Showing posts with label bayi 16 bulan. Show all posts
Showing posts with label bayi 16 bulan. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

perkembangan bayi: Alice 16 bulan 2 minggu

dilanda musim
kebelakangan ni
ada masanya Alice merengek.
ada kalanya tidur malam terganggu
kejap² terjaga nangis².
ada kalanya tidur lena
tapi bila bangun
ada perkara yang agak payah nak dibuat.
'let's go (to) bath, ya?'
menyusu. pejam mata. geleng.
'let's go (to) write Upin Ipin?'
menyusu. pejam mata. geleng.
'Alice wants some biscuit?'
menyusu. pejam mata. geleng.
semua pun geleng.

oh ya, 'write Upin Ipin' ialah
coret buku
guna pensel warna jenama Upin Ipin.
selalunya akan dijawab pelat oleh Alice 'Betul betul betul'
:D

musim cuaca tak menentu
dan musim kanak² jatuh sakit
Alice terkesan juga.
bila meragam, menangis - selsema datang semula.
ada kalanya pula cirit birit.
tapi tak ada demam,
tak ada batuk, alhamdulillah :)


ada kalanya Alice meragam

gigi
oh ya Alice meragam
mungkin ada juga sebab gigi nak tumbuh.
gigi atas 4
gigi bawah 3
(pelik kan, tak simetri) :p
dan gigi bawah yang ke-4 tu baru nak tumbuh.
sabar ya sayang
:)

bercakap
sekarang lebih banyak perkataan yang jelas disebut Alice.
bila baca buku
'kasut' disebut berulang kali oleh Alice
'acut', 'kacut', 'asyut'
dan ditepuk² kasut yang dipakainya :)

tak sangka!
tak sangka Alice beriya² belajar sebut banyak² kali walau pelat.
Alice tetap cuba nak sebut sampai betul :)
tak sangka juga Alice tahu kasut dan shoes adalah benda yang sama.
subhanallah!
:)


ada kalanya apa yang dilakukan Alice tu
yang langsung tak dijangka
:)

memori jangka panjang
bila tengok 'rambutan' di buku tahu apa yang Alice sebut?
cuba teka?
'amutan'? 'yamutan'? 'mutan'?
semua salah!
yang Alice sebut?
'Takut' :p
hahahahahahaha tak sangka Alice ingat lagi
kenangan dulu²
waktu Alice baru pertama kali tengok rambutan.
rasanya bukan takut
tapi Alice pelik tengok kenapa rambutan banyak sangat bulu² :p
view video: Alice takut rambutan.

tak sangka juga
Alice boleh kaitkan antara buah rambutan betul
dengan lukisan rambutan pada bukunya
:)

paksa!
satu perkara yang mommy sangat dikesali.
sejak dulu
bila Alice nak menyusu
Alice cuma datang merengek nangis²
dan banyak kali mommy nasihatkan Alice
'If you want (to) drink milk
you must say 'Mommy, Alice wants (to) drink milk'.
if you keep on crying,
mommy don't know what you want'


tapi Alice masih sama.
bila nak menyusu
datang merengek nangis².

bila disuruh baca doa pun sama.
Alice tadah tangan dan aminkan
tapi dia masih merengek nangis² lagi.
tak mahu baca doa sama².

siap mommy ambil Teddy
dan Teddy demo
macam mana nak beritahu nak drink milk
dan kemudian Teddy baca doa.
masih belum berjaya.

sampai la bila Alice masuk umur 16 bulan
baru Alice sebut 'mi mik'.
untuk 'drink milk'.

waaaah! kemudian baru mommy tersedar
selama ni rupanya mommy suruh Alice buat
perkara yang Alice belum boleh buat.
dalam ayat 'Mommy, Alice wants (to) drink milk'
sebenarnya satu perkataan pun Alice belum boleh sebut lagi.
bad mommy! :p

sama juga baca doa.
mesti Alice pelik
dah la baca doa dalam bahasa yang tak difahami
(selalunya lepas amin baru mommy bacakan terjemahannya)
patut Alice diam saja
tak baca sama².

selepas tu baru mommy selalu ingatkan diri sendiri
kita boleh ajar dan galakkan Alice untuk buat perkara baru
tapi Alice akan buat bila dia sudah boleh buat.
good girl Alice!
:)


suka belajar perkara baru
dan suka dipuji bila berjaya
:)

recognition
sekarang nampak yang Alice sukakan acknowledgement.
bila buat suatu perkara dengan baik
Alice akan tepuk tangan
dan akan tengok
kita tepuk tangan sama² ke tidak.

selalunya selepas coret² buku
dan selepas berjaya lekatkan teddy bear yang ada suction cup
mesti Alice tepuk tangan.
kita pun tepuk sama untuk galakkan dia
:)

normal
oh ya, sekarang Alice kiss dah tak bunyi 'pah'
Alice kiss bunyi 'mmmmmm maaa!'
dan Alice lebih terbuka untuk kiss.
kalau kena masanya
waktu Alice tak sibuk²
bila kata 'Alice, kiss'
beri masa sikit
nanti Alice akan kiss 'mmmmmm maaa!'
dan selalunya masa tu
semua orang pun ambil kesempatan beratur ramai² untuk dapat kiss Alice
:D

sayang
macam sebelum ni juga
manja Alice pada daddy memang nampak semakin bertambah.
balik rumah nak daddy dukung.
pagi² belum sempat daddy pakai baju kerja
Alice dah minta dukung
dan tak mahu turun :p


Alice loves mi mik
:D

makan
Alice masih belum duduk makan satu meal lengkap pada waktu makan.
bila disuap nasi
cuma beberapa suap Alice makan
kemudian main
kemudian ke sana ke mari.
pada waktu senggang
Alice suka makan keropok dan biskut baby.
suka minum air kosong dalam botol air kanak²
tak suka minum air kosong dalam botol susu baby.
masih tak suka makan buah tembikai
walau pun warnanya cantik merah menggiurkan
:D

bila nak snacking
Alice akan ke meja makan
tunjuk balang besar yang ada keropok di dalamnya
dan minta pada mommy dan daddy sampai dapat.
baby ni lah ...
:)

menyusu waktu malam masih macam biasa
akan terjaga beberapa kali,
menyusu sambil pejam mata dan tidur semula.
lebih lama menyusu selepas balik dari nursery.
kadang² sebelum mandi lagi dah minta 'mi mik' :D
nak menyusu lama²
nak menyusu kenyang²
nak menyusu sampai dipujuk
baru nak 'take off baju and go bath'.
(kalau tidak dipujuk semua pun Alice geleng kepala)
Alice suka tanggalkan pampers sendiri
jadi kena selalu tangkas dan awas
supaya tak ada kejadian tak diingini berlaku :p

yang si daddy pulak kuat menyakat!
nampak Alice drink milk
daddy
pun mula la datang 'daddy also wants (to) drink milk'
sudahnya kelangkabut budak kecik tu
cepat² minum susu
cop dua² dia punya
tak bagi orang lain
tak ada tolak ansur
:p

*mommy suka mandikan Alice selepas balik dari nursery
walau pun sekejap
(supaya Alice tak sejuk sangat)
tapi lagi senang hati bila tau Alice dah bersih
tukar baju yang dipakai di nursery
dan kalau boleh tak mahu senang berjangkit apa² dari budak² lain.

Alice Si Writer
Alice masih rajin menconteng
berbanding waktu baru dapat pesel warna dulu
sekarang Alice dah mula banyak menconteng
tak cuma main pensel saja.
masih juga kena pantau.
kadang² Alice bawa pensel warna ke sana sini
bila nampak saja dia nak conteng tempat lain
cepat² mommy tegur
'Hey! Write on your book!'
Alice tahu perkara tu salah.
mommy akan turun pada level Alice
cakap jelas² dengan tegas pada dia
'Write on your book only.
Don't write anywhere else, ok?'

dan mommy akan pastikan Alice faham
sampai Alice angguk dan cakap 'k'
tapi sebab Alice tahu Alice dah buat salah
Alice tak akan pandang mommy
Alice akan tunduk saja
(tanda orang bersalah: tak mahu eye-contact)

perkara² macam tu
memang kena beritahu jelas
apa yang boleh
apa yang tak boleh.
biar Alice tahu yang kita tegas
kita tak main²
ini penting!


pose terbaru daripada Alice
posing duduk
tak tau mana dia belajar ambil gambar duduk macam ni
:p

selain daripada itu semua
Alice macam biasa selalu aktif
tak boleh duduk diam.
selalu nak belajar
dan selalu manja :)

hikmah
oh ya, ada kalanya mommy terfikir
kadang² perkara yang kita nampak macam salah
sebenarnya adalah perkara baik.

contohnya waktu Alice mula belajar berjalan
bila duduk dalam kereta
tangannya tak boleh duduk diam
zret zret zret
asyik main velcro
dan tanggalkan kasut.
sekali imbas, tak elok la duduk² dalam kereta tanggal kasut kan.
apa hal?!
dah sampai destinasi nanti baru la patutnya tanggalkan kasut.

tapi sebenarnya
itulah caranya Alice belajar tanggal kasut.
kegigihan dia belajar waktu dalam kereta
bila dah sampai destinasi
Alice dah boleh tanggalkan kasut sendiri.
mommy terfikir juga
kalau mommy nak ajar Alice tanggalkan kasut
bila pula masanya?
nak duduk depan rak kasut berjam²
belajar bukak, pakai kasut lama²?!
mungkin tidak!
:p

perkara² macam tu yang buat mommy fikir 2 kali
bila nak tegah Alice 'main'
bila nak tegah Alice 'buat perkara yang tak perlu'
bila nak tegah Alice 'buat perkara yang salah (dalam konteks tertentu, tapi betul dalam konteks lain)'
fuuuu mencabar juga mengasuh bayi ni ya :D
kudos untuk mak² di luar sana!
:)

Wednesday, September 5, 2012

surprise! betul betul betul!

ada surprise untuk Alice.
yang spoilnya
hari itu mood Alice tak berapa nak baik.
sampai rumah nangis².

buka saja pintu rumah
mommy tunjuk
satu sudut nun jauh di sana.
kerusi plastik kecik warna pink
dan atas meja ada beberapa barang baru.

yang pertama Alice nampak
ialah bungkusan Upin Ipin.
Alice terus kata 'Betul betul betul' :D
oho rupanya Alice kenal Upin & Ipin :)

duduk atas kerusi
(kaki tak sampai nak duduk sendiri)
selak buku
dan Alice minta dibukakan plastik Upin Ipin.
kerluar la pensel warna banyak².
sudahnya bukan Alice warnakan buku
tapi Alice main pensel yang banyak² tu
:p


nampak Upin & Ipin
Alice kata 'Betul betul betul'
dan letak bungkusan atas meja tv.


belek², goyang² dan minta dibukakan pembalut
'Nak!' kata Alice
:)


selalu ada 1 saja pensel.
ini ada 12!
ambik bahagian!
main pensel
main pensel
:p


sibuk main pensel lagi
nak mewarnanya entah bila!


moga minatnya terbentuk hari ke hari
:)

moral of the story:
1) jangan beri benda baru SEBELUM mandi :p
jenuh nanti nak mengajak dia mandi
siap nak bawa pensel masuk bilik mandi lagi!

2) hmmm masih belum dapat dipastikan
kena ajar baby menulis ke mewarna dulu?
:p

Monday, August 27, 2012

perkembangan bayi: Alice 16 bulan - epic!!!

epic!
okay okay okay!

tak ada apa yang epic pun
biasa la mak²
cepat sangat over excited :p

ceritanya macam ni:
pada umur Alice 3 bulan dulu
mommy ada cuba² beri Alice pensil
untuk belajar conteng²
dan main piano.
budak besar tu nak duduk sendiri pun tak boleh lagi
Alice pun conteng² terpaksa je
main piano pun sama
(nak jadi emak over achiever punya pasal!) :p
jadi pada masa tu
mommy tak ada la paksa dia sangat.


mommy kata nak jadi over achiever kena pandai tulis.
over achiever tu apa?
:p


layan saja
tekan² apa ada hal :p

selepas tu ada juga mommy beri Alice pensil
dia masih genggam kuat² macam barang lain
dia tak faham pun apa fungsi alat tulis tu.

sekarang
masuk saja umur 16 bulan
yang mommy perhatikan
malam² saja Alice mula sepah²kan majalah.
bila daddy bacakan majalah untuk Alice
seronok sangat dia.
oho! Alice dah mula lebih minat
nak main buku rupanya.
(sebelum ni pun minat, tapi sekarang nampak lebih ketara)

tengah mommy duk menulis kira² di bilik
Alice datang dan mula nak main sama².
sebesar² alam
Alice duduk himpit² sama mommy
ambil pen dan terus menulis pada buku
conteng
conteng
conteng

biar betul?!
terkejut mommy!
tak sangka pada umur 16 bulan
Alice dah boleh pegang pen atau pensil dengan baik
dan boleh conteng².
terus mommy ambil pensil dan buku kosong
yang dapat dalam door gift birthday budak kat nursery Alice
dan beri pada dia.

betul la!
Alice boleh menulis!
senang kerja mommy!
:p


conteng
conteng
conteng


aish! kat kulit buku pun nak conteng?


Alice tengah pilih
antara pensil panjang
dengan pensil Ikea


bukan main kusyuk budak kecik menconteng
kejap kat buku
kejap kat majalah
:D

Alice sentiasa ada pilihan!
kalau pensil
boleh terus tulis.
pen yang mommy beri
bentuknya lebih kurang sama hujung dan pangkal
jadi Alice pusing² dulu pen
untuk tengok yang mana tempat yang boleh tulis
kemudian baru dia pegang betul² :)
pensil Ikea yang pendek² tak berapa stim sangat.
Alice suka pensil panjang
:D


sebelum keluar rumah tengah tulis²
sampai keluar pun sambung lagi
tulis tulis tulis tak sudah²


hehehe mommy is taking my photo!
:D


ni sebenarnya Alice tengah senyum dan posing
bila dia perasan mommy ambil gambar dia :p

dah mula belajar?
bila tanya pada pengasuh di nursery
Alice dah belajar menulis ke?
kakak tu jawab
Alice tak boleh jumpa buku dengan pen kakak tu
cepat je nak conteng!

hmmm tak kisah la macam mana boleh mula.
cumanya sekarang dah nampak
Alice ada kecenderungan untuk belajar
pegang pen/ pensil
dan menconteng.
bila minta semula pensil
dia tak mahu pulangkan
kusyuk sangat nak menconteng.
kena la channelkan pada saluran yang betul
untuk galakkan lagi minat dia tu :)

dah boleh beli pensel warna
dan buku lukisan ya?
:D


macam wartawan dah.
tulis tak payah alas pun :p


see mommy
i've written lotsa things here!

p/s: mama Su kata nanti habis la dinding rumah!
daddy kata nak beli Nippon Paint :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...