raya kali ini
beri kita kesempatan
untuk luangkan banyak masa dengan Alice.
sedar tak sedar
dalam masa sesingkat itu pun
macam² perkembangan kita boleh tengok pada Alice.
alahai
cair tengok senyumannya :)
speech
yang agak ketara
Alice dah mula ulang apa yang orang kata pada dia.
terutama perkataan yang ada 2 suku kata.
antara perkataan yang Alice boleh gunakan
dalam konteks yang betul:
- takut (siap tangan urut dada!)
- jatuh
- tumpah
- sakit
- kasut
- basah
-
wee wee
- boleh
- tak de
- apa tu (sambil tuding jari)
- manya (sambil tangan dua² naik ke atas, maksudnya 'banyak')
agak terkejut juga
sebab kita cuba nak beri banyak pendedahan pada Alice
dengan bahasa Inggeris,
tak sangka Alice lebih awal cakap Bahasa Melayu.
mungkin Alice banyak dengar
daddy dan
mommy berbual dalam Bahasa Melayu
dan di tadika pun banyak cakap Bahasa Melayu.
yang paling tak boleh dilupa
sewaktu makan di Satay RK Seremban
mommy suap Alice minum air
fresh orange guna
straw.
setitis besar minuman
jatuh atas baju Alice.
mommy agak Alice akan cakap 'jatuh' atau 'tumpah'.
kalau 'jatuh', tak tepat dengan konteks ayat
jadi
mommy cepat² cakap 'tumpah'.
sebaliknya
mommy terkejut sangat²
bila Alice sapu² baju dia yang terkena titisan air
sambil senyum² kata 'basah'
:)
pantang ada peluang
Alice sentiasa nak cuba perkara baru
fast access
yang buatkan
mommy agak bengang
bila Alice dah semakin cepat mencapai.
sebelum ini memang kita akan jauhkan segala pinggan mangkuk air
waktu makan.
tapi sekarang ni nampak lagi ketara
yang Alice cepat dan tangkas betul dalam bab mencapai ni
tau² tangan dah masuk dalam pinggan orang, capai lauk
tau² tangan dah terendam dalam cawan
tau² tangan dah ada dalam bekas taufu fah :p
asal ada peluang
Alice tak akan sia²kan!
kalau tak ada peluang
Alice akan ciptakan peluang tu! :p
bergerak ke hadapan
yang dapat kita perhatikan
Alice ni jenis orang yang tak suka duduk selesa pada satu tahap.
sentiasa nak cuba perkara baru
cara baru
tempat baru.
asyik meneroka sini sana.
pada Alice, 'botol' itu dah ketinggalan zaman.
pada umur 15 bulan
Alice dah tak suka nak minum air kosong dalam botol.
cawan!
cawan!
cawan!
beri Alice minum dalam cawan
baru banyak yang dia minum
(banyak juga yang tertumpah!)
kalau isi dalam botol
bila dah terpaksa waktu tengah tidur malam²
baru Alice minum.
mommy bukan tak suka
tapi kena laburkan lebih banyak tenaga, masa dan baju bersih
bila nak latih Alice minum dalam cawan
*mental note* mesti banyak² sabar dan galakkan Alice belajar perkara baru
lebih² lagi yang akan menyenangkan dia
pada masa akan datang.
daddy tolong Alice ya
:D
orang sibuk jual baju
dia pun menyibuk sama! :p
Alice cepat belajar dari sekeliling
:)
lembut lembik
yang
mommy tak suka sekali
bila Alice sampai
mood dia nak lembutkan badan
berdiri tak mahu
duduk tak mahu
dukung tak mahu
APTB :p
selalunya
mommy teruskan saja apa kerja yang tengah dibuat.
kalau tengah jalan,
mommy dukung Alice.
kalau tengah mandi,
mommy teruskan sapu sabun dan bilas.
kalau
mommy tengah buat kerja lain,
mommy biarkan dia.
mommy tak nak Alice ingat
dia boleh dapat apa yang dia nak
kalau dia lembut²kan badan
macam kita dah tak ada jalan, dah tak boleh
handle.
ada masa kena tegas juga dengan budak kecik ni
(boleh tegas, tapi tak boleh hilang sabar naik angin marah² lepas geram!)
apa lagi yang budak kecik nak buat tu ....
gigi gigit
oh ya
sekarang ni Alice ada 4 batang gigi atas
yang boleh dikatakan agak jarang juga
(memang la jarang, dah cukup semua gigi tumbuh nanti baru la dia jadi rapat)
dan 2 batang gigi bawah yang kecik cinonit berbanding gigi atas :p
tepi² tak ada gigi.
jadi bila
daddy konon² nak tunjuk kuat
daddy letak jari dia kat gusi tepi
dan suruh Alice gigit :p
bukan macam mama Pi ke mama Su entah
yang pandai letak jari kat tengah² kat
part gigi yang cantik tu
kemudian suruh Alice gigit :p
Alice juga jenis
baby yang tenangkan diri sendiri
dengan cara hisap jari.
bukan jari ibu
tapi Alice akan letak jari telunjuk dia
pada bahagian gusi yang tak ada gigi.
nak masuk umur 16 bulan
kita nampak gigi bawah ada nak tumbuh
tapi satu saja sebelah kiri
macam pelik jugak la
sebab sebelum ini semua gigi cantik tumbuh berpasang²an
simetri :)
alhamdulillah
sekarang Alice baik sama orang lain selain
mommy dan
daddy
walau pun makan masa sikit
dengan orang dewasa Alice masih malu
dan ambil masa untuk kawan
takut!
ada juga
mommy terbaca di internet
yang pada tahap ni
baby akan takut pada bunyi kuat.
yang
mommy perasan
Alice takut
bila buka paip besar²
air keluar banyak²
bising² pagi².
untuk kurangkan perasaan tak berani pada Alice,
setiap kali nak buka paip besar²
mommy beritahu Alice
'
mommy wanna open tap'
jadi Alice siap² peluk kaki
mommy :p
dan
mommy galakkan dia untuk usik air yang jatuh menderu² tu
untuk yakinkan Alice
itu cuma air
tak ada apa yang nak ditakutkan.
*di Singapura baru kita perasan
yang Alice tak suka mandi guna
shower head yang boleh tanggal/ pegang tu.
dia panik.
mungkin dah biasa di rumah mandi guna gayung dan baldi.
dalam kereta di jalan raya sama juga.
kadang² Alice terkejut
terus peluk
mommy kuat²
bila terdengar bunyi kuat.
mommy hug Alice sambil beritahu dia '
motorcycle'
(selalunya bila nak tunjuk,
motorcycle dah mendesup tak nampak lagi)
dan kata kat Alice '
... don't be afraid'
tak kisah
Alice boleh minta saja mainan daripada
baby lain!
ant bully
hahaha malu juga
mommy nak mengaku
tak padan dengan kecik
Alice ni ada kalanya kuat juga buli
bila main dengan
baby lain.
Alice jenis yang dominan
tak malu nak ambil permainan orang lain
dan buat apa yang dia nak buat.
daddy kata mungkin sebab di tadika
Alice ni kecik sekali
jadi semua mainan orang beri pada dia.
apa nak semua dapat.
agaknya lah.
tapi
mommy tengok di tadika
semua orang pun diajar supaya berkongsi, main baik² sama²
:)
bukan nak menangkan anak sendiri
tapi ada salah tanggapan
bila orang cepat sangat marah dan cakap '
naughty!'
view: page Prof. Dr. Rozieta Shaary
pakar ada menyatakan
pada tahap ini
bayi masih belum ada perasaan cemburu
atau dengki pada orang lain.
perlakuan dia tu bukan didorong oleh hati busuk atau niat jahat.
bayi belum pandai bersosial
tak tahu kekuatan dia sendiri
(sayang adik, nak usap adik tapi dia tak tahu yang dia pukul pukul pukul adik dia!).
jadi tergurlah dengan baik
dan beri panduan.
jangankan
baby, kita yang dah tua bangka ni pun
kena pesan beribu kali baru (berniat!) nak buat
jadi jangan la harap
baby akan terus ikut
pada kali pertama kita ajar dia.
pelan² kayuh :)
terkejut
mommy
tengok Alice dah pandai senyum bila nak ambil gambar :)
smile!
yang tak disangka juga
menjelang masuk umur 16 bulan
Alice dah pandai senyum
bila dihalakan kamera padanya.
alahai
baby mommy
tak sia² jadi anak si
photographer
:D