damdiduuu

Wednesday, August 31, 2011

jalan² hari raya

daddy, drive hati² ya :)

sejak baby Alice dah 3 bulan setengah, dia mula kenal orang.
ada yang dia suka, bila nampak je senyum² ketawa².
ada yang masa dia tengah bergembira, bila tengok orang tu terus dia nangis.
(eh cam pernah dengar je Alice tengah happy² main piano/ tengah berborak sama mommy, ternampak singa tiba² dia nangis, kan?!) :p
tak tau la apa kriteria pilihan Alice.
ikut suka je ada yang dia seronok, ada yang mengganggu emosi.

macam biasa lepas mandi, feed kemudian Alice nak nap :)

ada juga faktor lain yang mempengaruhi mood Alice.
salah satu daripadanya ialah masa.
waktu kenyang, bukan waktu tidur, bukan waktu nap = mood baik.
waktu malam, penat, kenyang sampai nak tertidur, lapar = mood meragam.
biasa Alice tidur sebelum 8 malam dan bagun 7 pagi, di antara masa tu dia bangun menyusu beberapa kali antara sedar.
bagun pagi segar yang cukup rehat, dia ceria dan suka je hari².
(alhamdulillah kita pun tak pernah lewat, jadi sebelum mandi pagi dia dah sedar & sedia untuk mandi, tak meragam)
jom balik JB! apa lagi yang Alice boleh buat selain tidur dalam kereta?

mommy perasan masa hari raya, bila kena travel jauh² ke sini sana, duduk dalam kereta lama², mood Alice jadi tak berapa nak baik.
ada hari² yang Alice tak cukup tidur - lewat² pun berjaga lagi.
tu yang walaupun dia bagun pagi ceria, tapi tengok orang yang tak biasa dia masih nangis lagi.
mommy dan daddy pesan 'Alice, kita nak pergi beraya, mesti kawan semua orang, tak mau takut, tak mau nangis. Mommy dan daddy jaga Alice'.
harap² bila dah besar sikit nanti dia lebih faham :)
mommy dan daddy nak Alice jadi baby yang boleh bersosial, baru sihat mental & emosi :)

terima kasih untuk daddy yang bawa kita jalan² jauh².
kita cuba sedaya upaya untuk ziarah semua yang sepatutnya.
cuti raya memang dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturrahim.
kalau tak raya, tak tahu bila lagi nak berjalan².

suka hati bangun pagi² :)

selamat hari raya.
duit raya ada? :D

p/s: banyak rumah yang diziarah tak sempat nak ambil gambar, tapi tetap manis dalam memori :)

Tuesday, August 30, 2011

selamat hari raya!

dari pagi tunggu nak ambik gambar ni, tu pun tak cukup korum!


selamat hari raya!


tok wan, tok dan family Kedah singgah ziarah kita di Seremban :)


umang ai banyak eh duet rayo! cam ni taun dopan den nak branak ompek la!


mak, menantu & cucu datang ziarah :)


salam lebaran.
maaf zahir batin :)

Monday, August 29, 2011

budaya malam raya

Tahun ni berbeza dari yang sebelum-sebelumnya.
Bukan sekadar sebab tahun ni ada baby Alice (tahun lepas malam raya baru dapat keputusan positif mengandungkan baby Alice).
Tahun ni Moyang Alice dah tak ada.
Nak balik mana pun serba salah.
Sudahnya malam raya di rumah arwah mak saja, di Seremban.
Cuma kita-kita.
Semua orang muda.
Tak ada generasi terdahulu.

main boxing bersama adik ipar di malam raya!


Hasilnya?
Masakan yang menyelerakan!
Rendang daging + hati + limpa.
Cup cake!
Pengat pisang & puding jagung.

Bemula tahun ni kita ada budaya baru malam raya.
Tak macam orang lain yang takbir rumah ke rumah.
Kita main Nintendo Wii!
Lepas macam nak mati pecah perut ketawa main Wii tah pape, susun angpow pulak.
Labelkan, asingkan, kod mengikut warna dan peluang terakhir tukar angpow ikut dinominasi yang disukai.
Kemas rumah & gantung langsir?
Raya ke 4 bila tetamu nak datang baru buat!

cadangkan game yang best-best untuk download di tablet!


Malam raya korang buat apa?
Selamat hari raya! XD

Sunday, August 28, 2011

sampul duit raya SaraKids!

Rupanya Farah dan team SaraKids belum habis memberi lagi.
Still in giving mood (keh keh keh... Inside joke!)
Selepas berbincang dengan boss besar Insan, Farah sempat tinggalkan sampul duit raya SaraKids... Tak payah tanya la warna apa kan :-P

Alhamdulilah rezeki Mak dan Abah di JB - memandangkan duit raya yang lain semua dah siap-siap tempah dalam sampul. Untung ada kakak dan adik kerja bank! Bukan setakat duit raya senang tempah tiap-tiap tahun, malah orang bank banyak duit! B-)


Selamat hari raya!
Mari memberi! :D

Saturday, August 27, 2011

Alice 4 bulan! :)

buka puasa di restoran bot kg baru, lagi! :D


Alhamdulillah.
Baby Alice dah 4 bulan.
Dah bukan baby lagi!
Bila nangis suara dia kuat.
Bila tak suka, dia protes.
Bila nak sesuatu, dia minta.
Bila tak kenal, dia nangis.

Moga baby mommy makin bijak, sihat dan senang selalu :)

Friday, August 26, 2011

Duit raya pertama Alice

pergi shopping kat tesco.
Beli bahan mentah untuk lauk berbuka & sahur.
Daddy bayar kat kaunter.
Mommy dukung baby Alice sementara tunggu daddy.
Ada strangers bagi duet raya dalam 2 sampul duit.
Terima kasih.
Semoga bila memberi, kita makin diberkati.

Korang dapat banyak duit raya?

Thursday, August 25, 2011

lelaki tak boleh baca fikiran orang lain



rasanya salah satu kelemahan orang lelaki ialah tak boleh baca fikiran.
kacak.
bergaya.
berwang (beruang?).
macho.
gagah perkasa.
... tapi tak boleh baca fikiran.

oleh sebab tu semua perkara yang orang perempuan nak, kena beritahu.
nak hadiah birthday? beritahu.
eh ... dah nak sampai birthday ye? beritahu.
nak minta tolong mop lantai? beritahu.
nak ipad 2? beritahu.
nak dating makan fine dining? beritahu.
nak minta tolong cuci breastpump sebab suami orang lain tolong cuci breastpump? beritahu.
nak baby lagi 1? beritahu.

nak beritahu pula kena straight forward.
'Sayang, tolong buang sampah'.
jangan kata 'Sayang, sampah dah banyak berlambak². Ulat sampah dah macam Nat Geo Wild! Busuk la, nanti habis dapur berbau. Dah lama sangat tak angkat.Tak elok untuk kesihatan macam ni, kalau budak² masuk dapur takut nanti kena penyakit pulak ... (dan lagi dan lagi dan lagi teru menerus)'

orang lelaki bukan tak nak tolong.
orang lelaki bukan tak ambil berat.
orang lelaki bukan pentingkan diri sendiri.
orang lelaki bukan tak prihatin.
orang lelaki bukan tak berhati perut.

cumanya orang lelaki prioritinya lain.
persepsinya lain.
dia tak tau suami orang lain tolong siteri dia buat apa.
orang lelaki tak boleh baca fikiran orang lain.

habis sekarang macam mana?
nak mintak apa dulu eh? :p

p/s: orang perempuan boleh baca fikiran orang lain, tinggal lagi persepsi & tindakan je ngam ke tidak dengan orang tu! :p

Wednesday, August 24, 2011

Stylo Mama: Modu Sling Bag & Cooler Bag



Christmas comes early this year!
Or rather should I say it’s the blessing of Ramadhan? :)
Baby Alice and I were one of the luckiest people on earth!
Today we received loads of gifts!

First it was the visit of the big boss of Insan.
Insan is a Korean manufacturer.
Among others, they co-produced Modu Breastpump (with who else if not our very own Malaysian Farah of SaraKids’s team!).
In the midst of their meeting (which I like always - happy not to be included!), my Director called me.
Introduced me to Mr. Lee and the QC guy.
Asked me for direct feedback as Modu user.

After showing them my review and giving feedback plus suggestion, boss said Mr. Lee has a gift for me.
Colorless, odorless, no alcohol content sanitizer not only cleans but it’s is so safe that it’s edible.

Well, what a girl to do besides saying ‘kamsa hamnida’?
(plus the fact that’s the only Korean phrase I know apart from ‘annyeonghaseyo’ – btw I pronounce it correctly as ‘ann yeong haseyo’, ya! Hahaha sarkastik la pulak!) :p

Not forgetting, I also asked the translator to tell Mr. Lee that he found the right person for Modu because Farah is very popular, every mother knows her.
Both Mr. Lee and the QC guy nodded approvingly, and my Director said “Yeah I already told them that!”.


The Insan big boss demo this sanitizer by spraying it into his mouth! Do you think this will be the newest edition to Modu Breastpump set? Jeng jeng jeng ...!


Coincidently Insan meeting with SaraKids was also done at my office.
Farah came with her lively staffs.
You can always tell when the staffs are enjoying their work aight?
Instead of having intense bombarding meeting with the manufacturer, they were merrily laughing while doing their slide presentation (Farah was – can you believe it? – pumping milk in the unit beside, and only joined them shortly after).

While doing all that, Farah managed to hand me a gift.
She pulled out a Mam bottle from SaraKids pink paper bag, saying it’s for Alice.
She explained something about the teat and then quickly went back to join the meeting.
Carrying the paper bag, then only I realized there’re the whole set of Modu inside it!

Farah definitely outdone herself – this is too much!
Thanks Farah … now I wish you also sell iPad! :p


Picked up Alice when she was hungry, tired and crying; and let her play with her brand spanking new Mam bottle from Aunty Farah.
Baby Alice is practically 1 of the SaraKids kids now! :p


Modu Set:
Stylo Mama pink cooler bag that can fit 4 Stylo Mama pink bottles plus 3 Stylo Mama ice packs.
This cooler bag can snugly fit into the pink Modu Sling Bag which has an opening at the bottom for power and tube inlet – no need to take out the pink pump every time. Clever aight?!
Each sling bag and cooler bag comes with their very own adjustable straps.
Wait … how many times did I mention the word ‘pink’? :p

*just done with my after-sahur pumping session. Bottle, lactation cup and silicon funnel are still wet in the sterilizer. Thus tak cukup pelakon tambahan in the photo :p


Modu Set current promo.
Perfect for travelling balik raya this coming long holiday!
Pinky stylo moms be warned!
Visit SaraKids for more product.

Salam Ramadhan everyone!
May we all be blessed in each and every way this year :)

Tuesday, August 23, 2011

double whammy!

masa ambil Alice dari nursery, pengasuh baru saja panaskan botol terakhir Alice.
tak minum pun, bawa balik.
sampai rumah macam biasa mula² sekali mesti simpan susu.
teringat susu tadi.
tanya daddy 'nak feed Alice? ada 1 botol baru je panaskan'
'bagi lah' jawabnya.

dengan suka hati daddy feed Alice.
tak habis pun, separuh je kot.
jadi la tu.

pagi dalam pukul 3 mommy terjaga.
siapkan barang² Alice.
kemudian baru terfikir - tadi dah simpan susu ke?
tengok dalam beg mommy ada 1 botol dan 2 plastik

selamatkan 1 botol susu bagi kat daddy, terlupa lagi 10oz dalam beg! dah 9 jam kat luar peti ais, tak dapat diselamatkan walau macam mana sayang sekali pun! :(


paginya pergi nursery, bila buka peti ais nak simpan susu Alice ada nampak berita buruk - birthday cake yang sangat mengiurkan di pagi hari puasa!
dah terbayang² je 1 hari! :p

what to do? double whammy!

selamat menabahkan hati di bulan puasa!

Monday, August 22, 2011

Modu Breastpump: Review

my very own Modu! jangan jeles!


Being so lucky to get Modu Pump as a present from my (male!) Director, I vowed to give back by writing a review on this pump. My Director probably will not gain anything from this review, but I wish mothers out there would have some overview of this pump so that you will have more insight on choosing the right one for you.

Modu: Pros

Simplicity
- 4 button, 1 display
- Turn on/off, Speed (+ and -), Continuous Flow buttons – this 4 buttons made it user friendly and easy to operate.

Size (does matter!)
- Portable CD player size, 700g
- Mobility is also a plus with this hospital-grade but light weight and compact size pump.
- Tips: Custom made Stylo Mama bags for Modu Breast Pump are not only stylo, but also very accommodating.

Parts & Assembly
- Hassle-free and easy to put together
- From the cute pinky pump, use single or dual tube, connect to lactation cup with bottle attached - viola! We’re good to go!
- Well I must admit I was cheating a bit since the delivery of the pump was made by Farah SaraKids herself. Thus, all explanation, demo and tips were given clearly by the creator of the pump herself. I believe all SaraKids sales staff and resellers are also well trained by the famous Cik Farah!

Ergonomic lactation cup
- Easy to hold on during pumping
- Lactation cup has extra bit on the handle (see photo) which make it ergonomically easy to hold at one place during pumping session
- In a glance I saw that bit was quite a waste – design wise. Only saw the purpose when I hold the lactation cup to start pumping. Cleaver feature indeed!


Double pumping bliss
- Modu enables single or double pumping
- Double pumping saves time. This is also a bliss to those who at times got discouraged or distracted to pump one after another. Not to mention double pumping can fight the gloom of being morally down after waiting for one session to end so that another can start.
- Double milk power yeah!

Relaxing
- Modu pump is relaxing
- There is no need to concentrate during pumping session. Assemble parts, turn on power and milk expressing will be a breeze.
- This is a great solution when we need to pump but just too tired after the day’s work
- Modu being my very first electric breast pump, I can not compare it other similar product. However, my first experience using Modu – this is very relaxing, I practically don’t have to do anything. Just sit back and milk will be flowing into bottles. It is like goin to spa – except for paying each time, we get milk to bring back!

6 suction levels
- 2 levels : stimulating; 4 levels : expressing milk
- Level 1 & 2 to prep for milk let down, level 4 to 6 to efficiently pump milk after let down reflex. Simply adjust suction speed accordingly
- This feature gives us option that suits us personally. I myself prefer level 2 for stimulation and level 5 for expressing milk.

Self-Cleaning
- This pump can be cleaned internally
- The self-cleaning feature enable us to clean the pump from milk residue if God forbid there will ever be any case of back flow. If milk were sucked into the tube (and then into the pump) instead of down the lactation cup into the bottle, cleaning is essential to maintain suction capability of the pump.
- Lucky me I have not come across any back flow so far, but seeing Farah play with the pump actually did enticed me to try self-cleaning!

Nasal Aspirator
- Modu can clean baby’s nose
- Nasal aspirator set also bundled together with this pump. Using continuous suction mode, it is very easy to suck out extra mucus from baby’s nose when baby has cold or running nose
- So far this is daddy’s favorite feature of the pump so he himself does not have to suck out baby’s snot using manual tube and nasal aspirator. Totally daddy-gone-automated gadget!


Modu in custom made Stylo Mama bag - pump and bottle all in 1!


Modu: Cons

Positioning

- Lactation cup need to be hold through the session. This need practice.
- For most expert pump user, this might not be an issue. Being a newbie, I do need some practice to properly position the cup (and keep doing so during the entire session) so that suction can be done neatly by the pump.
- Tips: insert suction cup at nursing bra opening for better hold

Number of Parts
- OK, it’s just that I’m so used to manual pump. Having 2 tubes, extra lactation cup, extra silicon funnel, extra bottles and a pump to carry is definitely more parts than I used to. It should be no hassle for average electric pump user – especially if we have one of those sleek Stylo Mama bags! In fact, Modu should have more advantage being lighter and smaller then most electric pump.

Set of Bottles
- Main set: 2 bottles included. No sealing discs or screw cap.
- I’ve read about this before getting my very own Modu. Initially I was thinking why not, we have 2 extra bottles. After having it myself, I feel it is quite peculiar when we have bottle but no cap. Unless all milk goes into sterilized plastic container after pumping, we definitely would prefer bottle with cap. (Most probably that is the very reason why Modu set comes with Stylo Mama bottles!)

Continuous suction drawback
- While it is cool to have self cleaning and nasal aspirator feature, continuous suction will use up the lifespan of the pump. So use these features wisely (yeah, try not to do self-cleaning just because it seems like fun during demo!)

Power supply
- Power point needed.
- Probably this is why Farah suggests pumping during working hours at work station. Just cover with shawl or nursing cover. No time out from work just to express milk. One pumping session every 3 hours achievable. Power point within reach. (Cleaver Farah!)

Power plug
- China made measurement
- Being accustom with among others - Korean electrical product (I’m working in Korean Trade Center where we represent Korean government to market products form Korean manufacturer to importer and reseller in Malaysia) I found that most Korean product use China made power cable. Most of them are 2 pin and can not be plugged directly into wall socket because of the measurement slack.
- Solution? Just use any (China made, still!) cable that have similar end – preferably 3 pins. Or like Farah, she will use extension cord which fit the 2 pin better.

Motor sound
- Pump produce some noise
- Also, I’ve read somewhere that according to some users, there are available choices out there of electric pump that is quieter than Modu. Personally I don’t find the sound produced by an operating Modu as loud. At the same time I wont pump next to (my!) sleeping baby or tired husband who is trying to catch some sleep :p

Personally autographed. How much do you think this worth on Ebay? :D


Modu: Icing on the cake
Since Farah (rumored to be creating another pump or improving existing ones and for the fact that she) always welcome suggestion, here are my 2 cents (man! I do hope one of these days my 2 cents will add up to something as worthy as brand spanking new iPad 2 or Samsung Galaxy Tab 10.1!) :

Display
- I have quite a difficulty seeing the number display clearly especially in brightly lit room (or maybe I dreamed of iPad too much). Eye-friendly display are most welcome!

Rechargeable
- Not having to find a power point to pump milk is priceless especially to moms on the go (regardless I sit at my workstation all day, I can still pretend like I’m too busy locating a power point so I can enjoy unplugged pumping!)

Silent
- Yeah, (shy, well-behaved, polite) moms expect discreet pumping session especially if it is done at the work station during working hours. Silent is golden (might be next to colostrums!)

Clear white
- I would strongly suggest clear transparent silicon funnel and lactation cup. It is very uplifting to see milk coming down the funnel. More! More! More! :p

Nursery bag
- Well this might be not for pump package, but baby package. On daily basis I always end up stuffing cooler bag into my Baby Alice’s bag. Can Stylo Mama come up with all in 1 bag? Front part where we can put 6 bottles with ice packs, and in the middle enough room for 1 day supply of diapers, 1 pair of baby clothes, socks, handkerchief, plus compartment for travelling size baby powder, rash cream, wet wipe and tissue. Please, please pretty please?


one of available Modu set


Modu: in a sentence

Pink, sleek and chic - Modu Breastpump is one of the best choices of portable compact electric double pump where power point is available.

Happy pumping, everybody!



Sunday, August 21, 2011

woi vavi r! :p


- sekadar foto hiasan -

gundutman baru beli kereta.
kereta baru.
kereta dia sendiri.
dia ada kereta.
... kereta dia sendiri!

plate number WVR33XX
katanya WVR tu maksudnya 'wolverine'
tp dapat kat kakak dia, WVR = Woi Vavi R!
keh keh keh :p


hey sorry! jangan nak tergedik² eh, no tompang²!

Saturday, August 20, 2011

berbuka: Bengkel BST :)

tahun ni macam biasa kita berpeluang lagi berbuka puasa di bengkel BST Setapak.
ramai yang datang terutama waktu hampir berbuka.
selepas berbuka pun masih ramai yang sampai, terutamanya yang ada majlis berbuka puasa di luar.
meriah sangat!

dari tahun ke tahun macam² perubahan yang kita boleh nampak.
dulu makan ala buffet free seating, tahun ni dah siap kerusi meja dan khemah sekali - terima kasih kepada abang² gagah yang pasang khemah malam sebelum tu :)
menu pun makin berkembang.
tahun ni dah nak mula tradisi pot luck yang tetamu pun turut menyumbang makanan yang semuanya meyelerakan!
menu baru: bbq kambing!
ada kena mengena ke bbq kambing dengan band Santau yang datang? :p

tetamu² yang datang pun banyak yang berubah.
ada yang siap datang semata² nak tengok Abang B.
ada yang dulu datang sama kawan² brotherhood, sekarang dengan awex skinbyrd.
ada yang dulu datang sempoi, sekarang dah jadi tokey besar.
ada yang dulu datang sendiri², sekarang dah ada edisi baru.
ada muka lama yang datang dengan semangat baru, kawan lama yang baru nak rapat di luar gig dan ramai tetamu² baru (ke Zaza je yang dah lama terperuk tak kenal orang?) :p
Zaza pun dulu datang selepas dijemput & dipesan berkali² oleh Ali JB, kemudiannya datang bersama (baru nikah!) dan tahun ini team Ali JB bertambah lagi 1: ada baby Alice :)

2009: posing sambil bakar bbq


2010: bakar ikan sambil senyum


2011: rileks je, baru nak bakar arang


baby Alice, tahun ni tak ada bunga api la, stok bunga api dah kena tahan sebelum puasa lagi


tahun lepas: Tok Yuu bagi budak² main bunga api best²!


air bertambah umph sebab tokey besar yang bancuh!


A'an: ingatkan masuk Nazi kena perang, rupanya kena angkat air!


baby Alice: daddy, tahun depan kita bawak lagi 1 baby ke? :p


hmmm ... ada gak yang tak berubah dari tahun² lepas. ada apa dalam mulut Gopal eh?!


terima kasih untuk semua yang berusaha, yang menjayakan, yang menyumbang dan memeriahkan majlis.
gambar² ada di fb Zaza Si Photographer, cumanya bila dah pegang baby kena kurang sikit pegang kamera (moga baby Alice cepat besar, boleh jadi back up photographer nanti!)
yang tak dapat hadir kali ini insya Allah nanti ada majlis raya dan majlis² akan datang :)

2010: dulu seronok tengok orang main mercun (yang bukan mercun bola ye!)

*pasal mercun bola yang bising gamat ni macam mana eh? nak kata 'tidak' tak syok pulak, nak kata 'ok' sekarang dah ada baby rasa tak berapa nak in la pulak bila baby nangis². berpada² la eh :)

p/s: kepada mereka yang masih bercakap pasal facism, racism dan brotherhood, moga² mereka pun akan merasa kemeriahan sebegini dalam hidup mereka :)

Friday, August 19, 2011

pengaruh singa dalam hidup Alice


baru mommy perasan!
comforter singa.
stoken singa.
baju warna rambut singa.
masa tidur tangan siap depa luas² tanda kawasan dia!

agaknya sebab tu baby Alice nangis bila tengok mama Mia.
singa haiwan territorial.
mana boleh ada lebih dari 1 singa alfa dalam 1 kawasan!

selamat berpuasa, mama Mia!
raya nanti bila boleh jumpa singa? :D

Thursday, August 18, 2011

zakat fitrah: Selangor RM7/=

cuti Nuzul Quran yang lalu daddy ambil kesempatan untuk bayar zakat fitrah.
Tesco Mutiara Damansara, tingkat bawah antara KFC & Secret Recipe.
masa daddy bayar tu mommy tengah syok shopping kueh tart kat outlet King's depan tu.
(yeah, sejak bulan puasa mommy giler strawberry tart!) :p

tak sempat nak ambil gambar daddy & baby Alice duduk di meja amil.
yang sweet sangat - selepas bayar zakat fitrah, masa amil baca doa, daddy siap tadahkan tangan kecil Alice sekali :)
alololo comelnya!


kadar zakat fitrah Selangor: RM7/= untuk setiap tanggungan. moga ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Tuhan :)


Wednesday, August 17, 2011

woooo tak boleh! itu merbahaya!


ini gambar daddy bawa baby Alice dalam carrier.
masa tu teman mama Mia shopping barang baby kat Sogo.
kita pergi sama mama Su sama.
hari tu semuanya ok.

hari ni kita pergi Mid V.
apa lagi, pergi Machine mengusya sesuatu yang diimpi².

ehem ... berbalik kepada cerita asal.
wooo bahaya! bahaya! bahaya!
itu tak boleh!
tak boleh!
tak boleh!

sepanjang perjalanan, di shopping outlet, di tempat makan waktu berbuka
ada² saja awex² hot yang datang dekat.
dengan muka kagum dan penuh rasa kasih sayang diorang semua teruja.
'Eeeee comelnya!'
'Baby la!'
'Alololo!'
'Sapa nama?'
'Jom ikut kakak balik naik kereta'
'Comelnya dia!'

ok.
masa mommy pegang baby Alice tak pe lah.
mommy jawabkan saja.
'Berapa bulan?'
'4 bulan'
'Nama sapa?'
'Alice'
'Cantiknya rambut'
'Hmmm, lebat'

tapi waktu daddy yang bawak Alice dalam carrier?!
macam mana?!
tiba² mommy terbayang Sinchan.
temankan Himawari masa mama tengah sibuk (rebut barang jualan murah) shopping.
bila kakak² pakai skirt pendek geram² tengok Hima
si Sinchan pulak mula menggatal!

woooo tak boleh!
itu merbahaya!
bahaya!
bahaya!
bahaya!

bila mommy utarakan pada daddy, senang je dia cakap
' ... biar la. daddy dia comel, baby pun comel la macam daddy dia'.

wooo bahaya! bahaya! bahaya!

p/s: so how? tak larat pulak mommy nak angkat Alice 24jam -________-

Bintang Batu



masih.
masih mencari kesempatan.
masih menanti peluang.
masih teringat.
masih dikenang².
masih hafal.
masih kenal.
masih lagi.

Bintang Batu.
band yang salam & tegur Zaza Si Photographer kat atas stage sebelum perform.
(Amert kata camner nak tegur, atas stage nak jaga pitching, nak tune instrument, sibuk la!) :p

Farhunt yang peramah, selayaknya vokalis puitis menghidupkan persembahan Bintang Batu yang mengeratkan si bintang², lagu²nya, dengan penggemar.
Roland hot stuff of the band gitaris kacak digilai gitarnya, kemahirannya dan personanya.
BF abang gitaris dengan skil petikan melodi yang licik mengagumkan di pentas dan penuh sense of humour di luar pentas.
(BF mata kecik tak nampak orang jadi tak nervous sangat bila perform!) :p
Yop dulu abang besar (lu goyang sama gua?!) sekarang basis yang mewarnai lagu² Bintang Batu.
(kata Farhunt nada bass petikan Yop sangat seksi!)
Pemalu dram dulunya pinjaman si Hujan & Bunk Face, sekarang yang terkini dah ada nama dan tak pakai topeng lagi :)
(hahaha belum kenal la!)

Bintang Batu band yang matang.
konflik? tempo lari? mood tak baik? hari malang?
tak perlu bising², tak perlu susah hati, tak perlu masam muka.
cukup dengan 1 penyelesaian: lompat dari atas speaker masa perform :D
(dan selepas tu kita boleh sama² kongsi minum cendol walau apa pun masalah yang datang!)
... budak bertuah apa nak jadi?!

Bintang Batu
you guys rock!

p/s: baby Alice, dulu mommy ada edit video ni:

Tuesday, August 16, 2011

foto: trivia

kat dalam stor ada ju-on: anak manager yang suka² buat shelve wallpaper jadi playgym dia


punya la mahal mama Su beli toy Lamaze, tapi baby Alice main plastik sayur masa tengah shopping kat Tesco :p


belon meow mama Su bagi: Ahad


belon meow mama Su bagi: Rabu - dah macam meow betul lak duk atas lantai, kan? :D


kita suka makan kat restoran bot Chop N Steak Kg Baru! dah pukul 6 lebih pun daddy sempat remp it dari Damansara dan sampai sebelum waktu berbuka


kat restoran bot dia tulis nama Alice salah, pas tu booked meja nombor 54 dia letak kat meja 53. apa² hal, makanan memang sedap, servis cepat & harga sangat berpatutan! :)

Monday, August 15, 2011

putus cinta :(

mulanya aku nak review pam Modu hari ni.
dah ada cukup points yang terfikir masa mengepam selepas sahur pagi tadi.
malangnya sampai² pejabat je jadi down.
mengenang nasib diri.
dengan cinta gila (macam lagu Grey Sky Morning la pulak!) yang tak kesampaian.

sejak minggu lepas aku terkenang² terbayang².
bila di rumah kurang sikit sebab melayan Alice & dibuli daddy Alice :p
bila di pejabat yang jadi teruk.
lebih² lagi waktu melayari laman sesawang.
tak ada lain yang dicari.
google, youtube, facebook hanya satu nama tu yang berulang² kali di taip.
tapi jawapannya masih lagi hampa.



belum ada kata putus.
ya?
tidak?
mungkin?
tidak pasti?
mungkin tidak?!
aduh komlikatednya hidup!

korang tau tak harga emas tengah tinggi?
dulu masa harga kat bank RM169, kedai jual RM180 segram, tak termasuk harga upah.
minggu lepas harga bank naik sampai RM179 (hari ni baru RM169.60).
pahatkan dalam minda: harga kat kedai = untung untuk kedai + upah, jadi lebih mahal!



korang tau tak sim kad sedia ada boleh potong kecik kat The Mines upah RM5?
jadi boleh guna sim kad broadband Maxis RM48 sebulan tak perlu langgan pelan data ipad RM70.

harga emas tak susut.
cuma gelang emas hanya boleh dipakai saja.
ipad 2 sangat² convenient siap boleh download Angry Bird HIGH DEFINITION lagi!
tapi berapa lama kita boleh terhibur?
machine + smart cover RM2.5k dan siap (daddy Alice!) kena bayar Maxis bulan² :p
dah la nak connect USB (save gambar dari kamera) pun kena guna kabel.

di manakah nilai kebahagiaan?
sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan!
:(

p/s: dramatik tak? keh keh keh :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...