damdiduuu

Friday, August 5, 2011

penyusuan susu ibu: pam Modu

alhamdulillah!
sangat tak disangka²! :)

di Traders Hotel semalam semasa berbuka puasa kita borak² pasal baby Alice.
antaranya, mengenai penyusuan baby Alice.
selama ini mommy gunakan pam manual Anakku.
harga biasa RM79.90, mommy beli masa sale di outlet Anakku The Curve dapat RM60.
great bargain!
pam ni bagus, mommy puas hati.

bila boss dapat tahu yang mommy guna pam manual, cepat dia beritahu yang dia boleh dapatkan pam Modu untuk mommy, tak ada masalah.

untuk pengetahuan, boss (dan warga kerja) ni lah yang mempertemukan Farah SaraKids dengan pengilang Insan dari Korea.
kita jayakan supaya Farah dapat ke Korea dan pengilang datang ke Malaysia dalam usaha mereka merekacipta pam Modu.
sekadar pemudahcara, business matchmaking - kita cuma bantu pertemukan mereka.
SaraKids dan Insan yang bersama-sama melalui pengalaman pahit manis dalam menghasilkan Modu.

mommy kata tak apalah, pam yang sekarang dah ok.
bila boss beriya², mommy beritahu boss yang ada 2 unit display set di showroom.
boss kata ambil sajalah, cuma pastikan unit tu berfungsi, bukan sekadar dummy.

display set pam Modu di showroom


itu adalah antara bual kosong di majlis buka puasa tersebut, tak lebih dari itu.
mommy fikir leceh la nak ambil display set sebab hanya betul² ada pam sahaja tanpa aksesori.
siapa pula nak calibrate dan test pam tu, kita tak ada technical manual di sini.

esoknya dalam pukul 2 petang mommy dapat panggilan.
dari Farah SaraKids (loh gue ditelefoni celebrity kok gitu deh!) :p
mommy ingatkan pasal bag baby yang director beli dari SaraKids tu.
rupanya tidak.

'your boss want you to have a Modu pump'
katanya tak seronok la bila tau mommy guna pam manual saja.
punya la baik hati, Farah siap nak courier pam tu petang ni juga!
tak payah la cepat sangat, kata mommy.
minggu depan Farah nak datang ke pejabat mommy boleh bawa sama pam tu.
lagi pun kalau ada apa² tak tau bukan boleh tanya orang courier tu pun :p

alhamdulillah, Farah memang peramah, karekter dia jenis yang mudah masuk rezeki :)

bandingkan pam Modu versi awal dengan yang sekarang mengikut citarasa Farah. ibu² patut beterima kasih atas kecekalan Farah menghasil dan memasarkan pam Modu yang lebih stylo dan ringan!


phamplet pam Modu versi awal


walau pun belum ada dalam tangan, mommy bersyukur sangat bakal dapat pam Modu.
(siap special delivery oleh the famous Farah Farhan of SaraKids lagi! boleh direct mintak khidmat nasihat!) :D
pam ni antara yang terhangat di pasaran sekarang.
ciri²nya memudahkan pengepaman dan rekabentuk (warnanya!) menarik.
harga boleh tahan.

mommy ada juga berkira-kira untuk beli pam elektrik/bateri.
cuma masih menimbang² yang itu dan ini.
masih belum buat keputusan yang mana atau bila.
syukur, rezeki Alice! :)

rasanya tak sah kalau mommy tak review pam Modu ni nanti.
kena la guna dengan mahir dan tanya apa² yang tak tahu.
insya Allah
sharing is caring
.
moga segala urusan dipermudahkan :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...