damdiduuu

Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

usaha berhenti menyusu

Alice dah nak masuk umur 2 tahun 3 bulan.
mommy?
nak Alice berhenti menyusu!


Alice dah besar
dah boleh drive car
.... eh?!
:p


pemakanan
ini bukan soal nutrisi.
Alice dah makan makanan yang sama dengan kita.
di sekolah bekal susu HL
3mL pukul 12 tengahari
3mL pukul 5 petang.
(yup, tak ada bagi susu formula untuk bayi/kanak² pun)
selain bekal cereal dan air kosong
- untuk tambah snacking
selain yang sekolah sediakan.

di rumah
waktu lunch/dinner makan sama dengan kita
(versi yang tak pedas dan children-friendly)
waktu lain snacking cereal, roti, satay
minum air sejuk/air manis tengok apa yang ada
selain snak wajib Alice - coklat.
bila keluar mesti minta aiskrim.


Alice suka sup, masakan ayam dan ayam goreng.
Nak bagi Alice makan
kadang² ikan pun mommy kata kat Alice 'ayam'
:p


kenapa nak berhenti?
mommy penat.
as selfish as it may sound.

Alice tak perlu menyusu malam².
ini lebih kepada tabiat.

menyusu malam² dalam masa yang panjang
tak boleh tukar posisi
buat mommy sakit pinggang, sakit belakang,
stress!
tak boleh jadi ibu yang baik bila stress!

Alice selalu menyusu
1) waktu dia bosan.
2) waktu lapar yang bukan masa makan.
3) paling kritikal - waktu nak tidur.
tak kira nap atau malam.

Alice ni pulak jenis yang selagi dia tak betul² lena
selagi tu la melekap tak henti².
bila terjaga
cari balik mimilk.

perkara² yang Alice belajar
kadang² yang kita tidak dijangka.
bila mommy cakap Alice serap makumat macam sponge
terus Alice sambut 'pan bob pe pen!'
sponge bob square pants ya kakak
:p



faham
Alice bukan tak tahu dia sepatutnya berhenti menyusu.
Alice tahu.
mommy selalu jelaskan pada dia.
cuma susah dia nak buang tabiat dari lahir.
sampaikan bila nak mimilk
bila mommy pujuk tak bagi
Alice pergi kat daddy.
baik² lembut² saja Alice mintak kat daddy
'Daddy, nak mimilk boleh?'
Alice suruh daddy dia mintak kat mommy.
daddy pun jawab 'Kiss mommy, sayang mommy, mintak kat mommy baik²'
macam mana nak tolak tu?
-__________-


aktif, sihat, suka berbual,
bila mood baik
'kakak anak daddy. anak daddy comel'
'kakak princess' (twirl sambil pegang hujung baju)
bila merajuk
tunduk, cebik bibir,
duduk diam² kat kerusi sambil tekup muka atas meja
:p


kebaikan susu ibu
ok. enough.
dari segi nutrisi dah cukup.
Alice dah lebih 2 tahun.
dah makan makanan seimbang.
antibodi Alice alhamdulillah ok.
bila budak² di sekolah demam, batuk, selsema
dah hujung² musim baru Alice berjangkit
dan bila diberi ubat
(atau kalau demam selalu mandikan dan sejukkan dengan air)
cepat dia sihat.
kecenderungan untuk Alice menyusu malam² lama² ni
buatkan dia jadi montel.
amoi pipi bulat.
makin besar
(makin kurang menyusu)
makin kurus.
keluar dagu,
tangan & kaki jadi makin panjang dan kurus.


bila keluar selalu pastikan Alice ada snack.
kadang² kita tak jangka bila yang dia akan lapar
(budak aktif memang macam ni!)


usaha yang dah dibuat

- sentiasa sediakan
air dalam botol air
(Alice suka botol air yang boleh tuang,
bukan yang minum dengan straw)
snack cereal dalam bekas kecik²
(kalau bekas besar
nanti bila dah tinggal sikit
cepat lemau)
paling ideal 2 jenis cereal
dalam 2 bekas kecik
(ada pilihan)
dah habis refill lagi.
boleh makan dan minum bila² Alice lapar.

- balik dari office
beli snack yang lain
bagi variety sikit
roti krim,
waffle,
muffin,
etc.
yeah
, mommy selalu beli yang vanilla
sebab coklat/perisa lain nanti comot/kotor baju.
selfish again, i know!
-________-

- sediakan buah untuk snacking.
Alice suka orange & anggur
:)

- selalu ingatkan Alice dah besar
dah 'happy birthday to you'
(Alice sendiri yang kata
bila dah 'happy birthday to you'
jadi 'kakak dah besar!')

- minta Alice tidur 'macam kat sekolah'.
kat sekolah tak menyusu pun lelap je!

- cuba cara lain untuk tidur
tepuk
(sampai penat tangan
kemudian berhenti tepuk
kata 'mommy tired, mommy wanna sleep') :p
sapu bedak,
urut belakang sebelum tidur,
tengok 'Good Night Safari'

(Alice bila nak tengok video kata 'nak ai-pap') :p
tapi hampagas (hampa + hampas!) semua tak jalan.
nak tidur cari mimilk jugak
-__________-

- letak asam jawa
dan kuah kari
(mimilk pedas!).
time basah² tu ya dia tak nak
bila dah kering sikit
2 - 3 minit lepas tu
dia sebat jugak!
pandai sungguh anak mommy!
-__________-



tips makan kat luar:
mesti bawa
1) bib! supaya baju tak kotor ... selalu terlupa :p
2) bawa small toy yang melekakan
3) paling lethal: ipad/tablet pasang Upin Ipin/ Sponge Bob

ops Sayang
nak berhenti menyusu
ini taktik kita

1) makanan seimbang
- sarapan, makan tengah hari, makan malam lengkap
(Alice paling lapar waktu pagi bangun tidur
dan petang balik dari nursery)
- light snacking pagi dan petang

2) susu
- kat rumah pun nak sediakan susu HL
untuk waktu sarapan
dan snack petang.
minum dalam cawan ya nak!

3) kawan
- berkat makan berjemaah
- Alice tiru apa yang kita buat

4) main yeah!
- bonding. tak ada apa yang Alice lebih suka
daripada main sama² ketawa² :)
- ada perkara yang engaging
ada aktiviti yang mengisi masa lapang
tak la sikit² nak mimilk

5) permintaan
- kena berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual banyak² kali
untuk beri Alice faham
kenapa dah tak perlu menyusu.
banyak² kali!
ok, next step sila sediakan skrip pujukan yang meyakinkan!
mak bapak zaman sekarang kena pandai psikologi!

6) tolong!
- mari, siapa nak jaga Alice
supaya dunia dia terbuka luas
kenal ramai orang
belajar banyak perkara
dan tak minta mimilk dari mommy dia :p
ibu yang terbaik
ialah ibu yang boleh minta bantuan
dan terima bantuan
daripada orang lain
:D

7) input
ada cadangan?

semoga berjaya!

Tuesday, January 15, 2013

diskriminiasi terhadap susu ibu


terbang RM160
:p

ada patut ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu
nak pergi survey pasal susu formula.
I'm in the wrong business!
:p

Wednesday, April 18, 2012

inspirasi susu ibu

pembakar semangat!
bila tengok foto yang dipost di fb Farah SaraKids
walau pun Ian dah nak masuk 2 tahun
tapi hasil pam masih mewah.
penuh!

Farah sekarang di Korea
(dengan boss saya!)
tapi masih giat mengepam
dan bakal bawa balik stok susu
dalam cooler bag warna pink
ke Malaysia
hujung minggu ni.


semoga mommy pun akan selalu rajin mengepam macam ni!

drink milk, drink milk!
sekarang Alice dah hampir nak masuk umur setahun.
di nursery dah kurang menyusu.
pagi dalam pukul 8.30 terakhir mommy direct feed Alice di nursery.
kemudian dari 8.30 pagi sampai 6.30 petang
10 jam
selalunya cuma habis 2 botol berisi 4 oz setiap satu.
botol ke-3 selalunya tak habis pun,
masih ada baki dalam 1 - 2 oz.
botol ke-4 tak berusik.

agaknya sebab tu rasa macam tak perlu pam susu banyak² :p

tak boleh!
tak boleh!
tak boleh!
akan diusahakan supaya Alice minum susu ibu
sampai umur 2 tahun.
dari dulu lagi Farah dah pesan
kejayaan ibu yang menyusukan anak
sampai 2 tahun
kuncinya ialah pengendalian susu perahan.
kalau baby ada sama, tak ada masalah.
part mengepam, menyimpan dan pengurusan tu yang penting.


waktu meriah.
semoga sentiasa diberkati rezeki baby Alice
:)

pemberian
Farah ni memang sumber inspirasi la!
dari blognya, fbnya, sms, email dan panggilan telefonnya (waktu dia tengah driving!)
semuanya sangat² dihargai!
Farah suka memberi.
daripada waktu tulis review Modu lagi
Farah dah beri macam².
baru² ni bila beri idea untuk rancangan tv dia
Farah beri kad Touch 'n Go gambar baby Alice.
bila buat teaser untuk program tv
siap lagi Farah kata nak beri nursing bra terbaru SaraKids, Koleksi Adelea
yang dia namakan Alicia.
terima kasih banyak², Farah.
moga Tuhan beri lebih banyak kepada Farah
dan semoga kita pun tergerak untuk memberi bila dah banyak sangat menerima.

alhamdulillah!

Wednesday, November 2, 2011

FABER upright deep freezer





selalu ibu² cari deep freezer
untuk simpan stok susu ibu.
yang ini suhunya boleh sampai -18 darjah celsius
(mengikut pada user manual)
jadi susu boleh tahan sampai 6 bulan.

ada jual dekat Tesco
(mommy tengok di Tesco Mutiara)
RM839

nak beli?
:)

Thursday, October 6, 2011

susu ibu: panduan untuk PENGASUH


ramai ibu yang arif pasal susu ibu.
giat mengepam.
gigih menguruskan EBM.
melabur wang, tenaga, masa dan kesenangan untuk mengumpul stok susu ibu.

malangnya bila sampai ke nursery, susu dipanaskan pada suhu maksimum.
selagi belum habis, akan diberi pada bayi tidak kira berapa lama pun.
(untung jika baby minum cepat, kalau jenis yang jimat² macam Alice...)

kadang² bukan senang kita nak sampaikan maklumat.
nak tegur nanti dikata nak mengajar.
nak membetulkan nanti dikata nak tunjuk handal.
banyak kerenah
leceh!

pada ibu yang anak² di bawah 2 tahun, marilah print dan beri panduan ini kepada pengasuh di nursery.
kata saja 'ni jumpa di internet'.
sebarang pembetulan & teguran - sila tunjuk ajar ya :)

download:
http://www.4shared.com/document/kGZlUnDp/Doc1_v2.html
waktu nak print sila set:
- Printer properties -> lay out -> pilih Page Format: Pages per Sheet:2
- jadi comel bila print keluar separuh kertas A4 :)

selamat mencuba!

p/s: kepada Cik Kaunselor Laktasi - berapa markah boleh dapat untuk panduan nih? :p

Friday, August 12, 2011

foto: hasil pam di pejabat

Farah SaraKids nak datang pejabat - tiba² belum pukul 10pagi lagi dah siap 1 botol :p nasib baik dah pam pulak tu - sebab Farah tanya! :p

bulan puasa: pukul 1 dapat 6oz

rezeki baby Alice - kat pejabat ada peti ais besar yang kosong tak ada isi apa² tapi hari² on. terlupa langsung bulan Julai ada buat stok beku (hari Jumaat) tak bawa balik rumah lagi.


Monday, August 8, 2011

puting botol: Pigeon


mommy, daddy & baby Alice nak ucap terima kasih banyak² tak terhingga untuk aunty Ain.
dia bagi mommy puting botol jenama Pigeon.
warna coklat terang, saiznya pendek (short neck), lubangnya kecil (jadi susu mengalir keluar perlahan) dan materialnya sangat lembut.
dia nak mommy cuba bottle feed Alice guna puting tu.
lebih mudah baby menyusu, katanya.
maklumlah, aunty Ain ada 2 babies.
tentu banyak pengalaman dia dalam hal menjaga & membesarkan anak² ni :)

dah lama sebenarnya aunty Ain bagi puting botol Pigeon tu.
dulu mama Mia beritahu dia yang Alice susah menyusu botol.
cumanya dulu daddy dah latih Alice guna puting botol Baby OK yang slow flow dan lembut.
mommy tak mau baby Alice confuse guna banyak² puting jadi mommy tak beri puting lain.

sampai la baru² ni bila pengasuh di nursery baru beritahu yang Alice masih tak suka menyusu botol.
mommy tanyakan pada kawan di office.
katanya guna Avent.
mommy ada botol Avent (yang mahal, imported dari England!) tapi belum guna lagi.
malangnya, bila daddy latih Alice minum guna botol Avent, Alice masih tak berapa nak suka.

daddy minta puting lain.
mommy beri daddy pilih dari semua yang ada - Doctor Baby, Pigeon, Anakku dan Bean.
daddy pilih yang paling lembut - Pigeon.
salin susu pada botol Bumble Bee (botol jenis standard sebab puting Pigeon jenis standard, bukan wide neck macam Avent).

syukur akhirnya dapat juga pujuk Alice drink bottle


daddy pandai pujuk dan ajar Alice dengan sabar menyusu guna botol.
ambil masa 1 jam 35 minit untuk Alice habiskan 2oz susu - sempat nap & main dulu, baru habis.
bila mommy pula cuba, ambil masa 1 jam 47 minit :p

baru mommy sedar puting Pigeon tu lagi lembut dari yang lain².
bila diterbalikkan botol yang mengandungi 2oz susu di dalamnya, tak ada susu yang keluar.
maknanya baby hisap baru keluar.
mommy juga terasa yang bila minum susu botol Alice lebih kerap burp - kalau menyusu terus kadang² burp tak keluar.
dan juga burp lebih kerap dan banyak.

budak kecik sibuk nak pegang botol sendiri :)


mommy bersyukur sangat²!
terima kasih untuk mama Mia & aunty Ain yang bagi cadangan bernas guna puting Pigeon!
mudah-mudahan semua baby senang menyusu untuk jadi sihat, pandai dan membesar dengan baik - tak kira jauh atau dekat dengan ibunya :)

*puting Pigeon RM12 untuk 3pcs di Camy Sunway Giza.

p/s: update dari nursery - pengasuh kata baby Alice dah pandai drink bottle & tak meragam sebab lapar lagi. lega sangat² hati mommy. syukur ya Allah! :)

Friday, August 5, 2011

penyusuan susu ibu: pam Modu

alhamdulillah!
sangat tak disangka²! :)

di Traders Hotel semalam semasa berbuka puasa kita borak² pasal baby Alice.
antaranya, mengenai penyusuan baby Alice.
selama ini mommy gunakan pam manual Anakku.
harga biasa RM79.90, mommy beli masa sale di outlet Anakku The Curve dapat RM60.
great bargain!
pam ni bagus, mommy puas hati.

bila boss dapat tahu yang mommy guna pam manual, cepat dia beritahu yang dia boleh dapatkan pam Modu untuk mommy, tak ada masalah.

untuk pengetahuan, boss (dan warga kerja) ni lah yang mempertemukan Farah SaraKids dengan pengilang Insan dari Korea.
kita jayakan supaya Farah dapat ke Korea dan pengilang datang ke Malaysia dalam usaha mereka merekacipta pam Modu.
sekadar pemudahcara, business matchmaking - kita cuma bantu pertemukan mereka.
SaraKids dan Insan yang bersama-sama melalui pengalaman pahit manis dalam menghasilkan Modu.

mommy kata tak apalah, pam yang sekarang dah ok.
bila boss beriya², mommy beritahu boss yang ada 2 unit display set di showroom.
boss kata ambil sajalah, cuma pastikan unit tu berfungsi, bukan sekadar dummy.

display set pam Modu di showroom


itu adalah antara bual kosong di majlis buka puasa tersebut, tak lebih dari itu.
mommy fikir leceh la nak ambil display set sebab hanya betul² ada pam sahaja tanpa aksesori.
siapa pula nak calibrate dan test pam tu, kita tak ada technical manual di sini.

esoknya dalam pukul 2 petang mommy dapat panggilan.
dari Farah SaraKids (loh gue ditelefoni celebrity kok gitu deh!) :p
mommy ingatkan pasal bag baby yang director beli dari SaraKids tu.
rupanya tidak.

'your boss want you to have a Modu pump'
katanya tak seronok la bila tau mommy guna pam manual saja.
punya la baik hati, Farah siap nak courier pam tu petang ni juga!
tak payah la cepat sangat, kata mommy.
minggu depan Farah nak datang ke pejabat mommy boleh bawa sama pam tu.
lagi pun kalau ada apa² tak tau bukan boleh tanya orang courier tu pun :p

alhamdulillah, Farah memang peramah, karekter dia jenis yang mudah masuk rezeki :)

bandingkan pam Modu versi awal dengan yang sekarang mengikut citarasa Farah. ibu² patut beterima kasih atas kecekalan Farah menghasil dan memasarkan pam Modu yang lebih stylo dan ringan!


phamplet pam Modu versi awal


walau pun belum ada dalam tangan, mommy bersyukur sangat bakal dapat pam Modu.
(siap special delivery oleh the famous Farah Farhan of SaraKids lagi! boleh direct mintak khidmat nasihat!) :D
pam ni antara yang terhangat di pasaran sekarang.
ciri²nya memudahkan pengepaman dan rekabentuk (warnanya!) menarik.
harga boleh tahan.

mommy ada juga berkira-kira untuk beli pam elektrik/bateri.
cuma masih menimbang² yang itu dan ini.
masih belum buat keputusan yang mana atau bila.
syukur, rezeki Alice! :)

rasanya tak sah kalau mommy tak review pam Modu ni nanti.
kena la guna dengan mahir dan tanya apa² yang tak tahu.
insya Allah
sharing is caring
.
moga segala urusan dipermudahkan :)

Friday, July 22, 2011

Senarai barang bayi: Kelengkapan Penyusuan Susu Ibu

baby Alice sudah hampir 3 bulan.
alhamdulillah :)
sebagai give back, mommy Alice review barang² baby yang berbaloi dibeli.
mana lah tau moga² dapat dimanfaatkan oleh ibu² lain (bapa² tolong sediakan budget ya!) :)

sebelum tu perlu dinyatakan - mommy Alice ni jenis orang yang ringkas.
tak perlu DSLR mahal untuk enjoy fotografi.
ada semi auto pun dah seronok giler shoot sana sini.
yang penting ialah orang dan situasi gambar tu diabadikan.
orang yang kita suka, kita kagum, family & kawan².
situasi yang tak akan berulang walau diskripkan.
buat sesuatu mesti ikhlas, baru kita puas hati :)

macam tu juga bila masuk bab lain.
asalkan perkara asas ada ikut kemampuan, hidup ni dah boleh dinikmati sepenuhnya!

peralatan menyusu

- mommy Alice nak buat penyusuan susu ibu ni sebagai mudah tapi tidak ambil mudah
- yang penting ialah galakkan (ajar) baby menyusu sebaik lahir walau apa pun cabaranya!
- bila baby dah menyusu elok, yang lain insya Allah akan jadi mudah :)
- sebelum Alice lahir lagi mommy dah set dalam minda: senang je menyusu ni, tak perlu peralatan mahal cuma kena perlu sabar & cekal demi baby

pam
- nak review semua pun tak arif sebab setakat ni hanya mencuba pam manual
- setakat ini pam manual memadai untuk kumpul susu bekal ke nursery sebab kelajuan, posisi lekapan, kekuatan semua boleh setting manual ikut keselesaaan, jadi tak ada masalah :D
- kebaikan pam manual - murah, ringkas, ringan, mudah dibawa, boleh pam bila² tanpa perlu charge/bateri/sumber letrik
- salah 1 ciri yang baik pada pam manual ialah semua parts senang dicuci (ada kontroversi di Korea susu bayi yang diperah menggunakan pam berpiston tercemar dengan gris yang diletak untuk melicinkan pergerakan piston)
- pam manual Anakku RM79.90, boleh dapat RM60 masa sales.

* sekiranya ibu² ada pam bateri/elektrik, uji pam - cuba sedut air yang tidak berwarna (contoh: air paip) dan lihat hasil akhir yang terkumpul. ada keladak sisa susu? ada habuk? ada kotoran? mungkin pam perlu dibersihkan?

botol
- ada 2 jenis botol (standard & wide neck) jadi pastikan beli puting yang padan kalau beli asing²
- sekarang dah banyak botol BPA free di pasaran (dulu memang tergila² beli botol mahal, tapi akhirnya sedar botol lain pun fungsinya sama saja)
- bayi baru lahir hingga 6 bulan hanya minum 3oz satu sesi, jadi botol 5oz sedang elok untuk dilekat pada pam & kemudian beri pada bayi
- botol Bumble Bee boleh dapat purata RM4 each untuk pack 10s, total dalam RM40 per set

* selalunya pam ada adaptor yang boleh lekatkan kedua-dua jenis botol standard dan wide neck kepada pam, jadi rasanya tak ada masalah nak memilih mana-mana jenis ikut suka :)


puting botol
- jangan tak tau puting botol saiz yang sama tapi berbeza brand (berbeza manufacturer) bebeza flownya
- sebaiknya untuk baby baru belajar, susu tak keluar sehingga baby hisap
- malangnya ada puting saiz S yang susu mengalir laju bila botol senget sikit je
- setakat ini puting yang lubangnya paling kecil (flow susu keluar perlahan) ialah jenama Baby OK
- ada puting orthodentic yang berbentuk mulut baby macam jenama NUK & MAM
- ada puting yang sangat lembut macam Tommee Tippee
- cuma NUK, MAM, Tommee Tippee banyak yang jenis wide neck. jadi kalau beli botol jenis standard kena la guna puting botol jenis standard juga :)
- Baby OK dirt cheap macam RM7 per 3s, yang lain mentioned dalam RM30 untuk 2s


plastik steril menyimpan susu beku
- untuk beri pada bayi sebaiknya pam hari ini (ke dalam botol), simpan di rak pertama dalam peti ais (bukan di tempat beku), esok selepas dipanaskan beri pada bayi
- untuk susu buat stok beku (mana tau kalau ada apa² kecemasan) senang simpan di dalam plastik, jimat ruang berbanding botol.
- Suri jenama tempatan RM29.90 untuk 50s


sterilizer
- sangat² memudahkan kerja berbanding merebus botol & peralatan pam
- cuma sediakan air paip dalam botol mineral kecil di sebelah sterilizer, dah boleh nyahkuman untuk seminggu :D
- rak ringan, muat untuk peralatan sehari (pam, botol, puting dan komponen²), mudah diguna, bukan punca stress :D
- Little Bean sterilizer & warmer RM159.90


Warmer
- seeloknya bekal untuk nursery supaya susu mudah dipanaskan, lagi² kalau nursery ramai kanak² & bayi yang minum susu formula
- bancuh susu formula senang - air panas, air sejuk & susu. kalau kita nak harap penjaga di nursery panaskan air, sediakan 50-50 air panas & air sejuk atau suhu 40 darjah, panaskan susu, tunggu hingga suhu susu sedang elok diberi pada bayi, nak ke mereka? kalau nak alhamdulillah, tapi kalau baby dah menangis kita sendiri kelamkabut juga nak panaskan susu (ni baru anak 1, di nursery lagi ramai!)
- Warmer harga package sama sterilizer

cooler bag
- kalau rumah dekat perlu cooler bag?
- kalau perah susu pukul 6 petang, perlu disejukkan? sempat je kan nak bawak balik rumah, simpan di peti sejuk sebelum 10 malam (pada suhu bilik susu tahan 4 jam)
- cooler bag untuk susu yang baru perah nak bawa balik rumah atau cooler bag untuk susu yang dihantar ke nursery?
- di pejabat dan nursery ada peti ais untuk sejukkan susu tak perlu cooler bag?
- semua bergantung pada situasi masing²
- rumah baby Alice dekat dengan nursery. nursey dengan pejabat sebelah². pejabat mommy ada peti sejuk 2 pintu (yang kosong tak isi apa², tetapi terpasang je setiap hari - memang rezeki Alice kot!), cuma kat nursery peti ais jauh jadi susu simpan dalam cooler bag untuk mudahkan pengasuh (susu dalam cooler bag tahan sekitar 12 jam)
- kalau lepas kerja nak terus keluar (daddy bawak jalan²!), mommy simpan susu baru perah dalam cooler bag Alice
- Jingle Jungle cooler bag RM19.90 muat 6 botol & 3 ice packs (kat nursery Alice diberi minum 3 botol saja)


ice pack
- cooler bag tak guna kalau tak ada ice pack :p
- ice pack yang mencukupi bila diletak dalam cooler bag dengan insulasi yang baik boleh simpan susu sehingga 14 jam
- cuma bekukan ice pack (letak horizontal cantik²) dalam freezer semalaman, esok dah boleh guna
- Autumnz reuseable ice pack RM23 per 3s


baby bag
- jagan underestimate beg bayi yang bagus
- bawa apa ke nursery? baju baby, mitten, booties, barut, bedung, lampin pakai buang stok 1 hari, wet wipe, tissue, bedak, miyak telon/yuyi, sapu tangan, towel, plastik isi baju kotor, alas tidur bayi (bawa balik untuk cuci), bantal bayi (bawa balik untuk cuci & jemur kat panas), warmer (weekend waktu siang daddy latih baby minum botol), cooler bag berisi 3 ice packs & 6 botol. pergh tak cukup tangan tu!
- untuk ke nursery memang kena bawa lebih berbanding outing mungkin muat beg kecil saja
- beg yang cukup besar memudahkan ibu² bawa barang² dan yang paling penting - bawa barang² bersama bawa baby dengan selamat tak terpenyet-penyet

lain²
- sapu tangan: mudah untuk bersihkan dan lap tumpahan susu masa mengepam & menanggalkan pam
- berus botol jenis span: lembut pada botol dan memudahkan kerja² mencuci
- mesh bag: lepas cuci pam masa basah² letak dalam mesh bag jadi cepat kering. tak perlu beli, kadang² beli barang bayi ada yang packaging dalam mesh bag
- bekas makan plastik: letak komponen² botol & pam dalam bekas plastik, jadi senang dibawa dari beg ke sinki ke sterilizer


semoga dengan susu ibu, baby selalu sihat, cepat pandai dan membesar dengan baik :)

Tuesday, July 5, 2011

perkembangan baby: 1 bulan - let down reflex

perkara yang paling manis masa baby umur 1 bulan rasanya ialah let-down reflex
1 - 3 hari bayi menyusu kolustrum
hari ke 3 susu dah mula keluar
tapi menjelang baby sekitar umur 1 bulan baru rasa let-down reflex yang kuat
yang bagusnya bila rasa let-down reflex ni jadi lagi bersemangat nak menyusu baby.
kita tau bila susu turun dengan banyaknya.
baby pulak kalau jenis menyusu laju², bila let-down reflex je terus tersedak sebab tiba² susu turun banyak
baby Alice la tu masa baru² belajar menyusu :)
daddy dia selalu pesan 'Alice, minum slow²' :D

pipi yang montel ni saya kekalkan dengan rooming in & menyusu tanpa had sejak lahir :D
... eh dia nih sikit² ada rupa mama Su kan?


yang cantiknya let-down reflex bukan berlaku sekali je dalam 1 sesi penyusuan
malah boleh berlaku banyak kali
kadang² baby dah kenyang, dah tidur² ayam pun susu boleh nak turun mencurah².
rezeki anak :)

bila mengepam, let-down reflex memang buat tambah semangat nak kumpul *susu fresh untuk baby menyusu botol di nursery esoknya
(*susu fresh maknanya susu perahan yang disejukkan di rak pertama dalam peti sejuk, bukan dibekukan. susu yang disejukkan boleh tahan 4 hari)
lebih² lagi kalau buat power pump.
selalu kalau power pump ni buat sebab nak cukupkan kuota
kalau target nak perah 1 sesi sampai 2 kali ganda hasil dari biasa.
jadi perah macam biasa, sampai boleh rasa let-down reflex yang kedua
pam sampai kosong
rehat (minum air, tengok tv, bertenang, etc)
dalam 5 - 10 minit kemudian mula pam semula.
ulang sampai puas hati :D
maha besar kuasa Tuhan - insya Allah kita akan dapat hasilnya sekuat mana yang kita usaha
baby akan dapat antibodi, nutrien dan kasih sayang yang dia selayaknya dapat :)

di pejabat, let-down reflex ni la yang mengigatkan dah sampai waktu mengepam!
siap ada penggera automatik!
let-down reflex macam berbunyi 'susu fresh! susu fresh'!
mari mengepam!
:D

Monday, June 20, 2011

kasih sayang dalam botol

Lawak Abang C tu bukan apa
aku terfikir baru-baru nih
the power of breast (sebab tak guna kalo nak cakap pasal mens' stupidity!) :p
bila baby Alice beralih dari menyusu cara biasa ke minum dalam botol
ye lah, nak hantar baby Alice ke pengasuh dah kan

baby Alice: no more kisses mommy, Alice gonna stay with strangers!


besarnya cabaran yang baby Alice kena lalui
dah la kena duduk dengan strangers yang tak akan layan dia macam yang mommy dia layan dia.
kena pulak minum susu dalam botol
tidur dalam baby cot
dan paling risaunya baby Alice tak hisap puting kosong
kalau boleh memang tak nak bagi puting kosong
tapi macam mana pengasuh dia nak pujuk bila baby Alice nangis tak selesa?
(nak ke diorang pujuk?!)
tak kan tiap-tiap kali nak sumbat susu?
.... sedihnya! :(

macam biasa bab ajar Alice perkara baru daddy dia la yang champion, sama mommy dia nangis saja tak mau bottle feed. anak daddy la katakan! tq daddy! :)


korang pernah tak tengok kat mom bloggers selalu dorang ada yang tulis 'I make milk, what's your super power?'
witty kan? :)

jangan la Alice mimpi Stranger Bunny: come Alice, stay with Stranger Bunny. Stranger Bunny feed Alice


... sedihnya! :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...