damdiduuu

Tuesday, July 16, 2013

usaha berhenti menyusu

Alice dah nak masuk umur 2 tahun 3 bulan.
mommy?
nak Alice berhenti menyusu!


Alice dah besar
dah boleh drive car
.... eh?!
:p


pemakanan
ini bukan soal nutrisi.
Alice dah makan makanan yang sama dengan kita.
di sekolah bekal susu HL
3mL pukul 12 tengahari
3mL pukul 5 petang.
(yup, tak ada bagi susu formula untuk bayi/kanak² pun)
selain bekal cereal dan air kosong
- untuk tambah snacking
selain yang sekolah sediakan.

di rumah
waktu lunch/dinner makan sama dengan kita
(versi yang tak pedas dan children-friendly)
waktu lain snacking cereal, roti, satay
minum air sejuk/air manis tengok apa yang ada
selain snak wajib Alice - coklat.
bila keluar mesti minta aiskrim.


Alice suka sup, masakan ayam dan ayam goreng.
Nak bagi Alice makan
kadang² ikan pun mommy kata kat Alice 'ayam'
:p


kenapa nak berhenti?
mommy penat.
as selfish as it may sound.

Alice tak perlu menyusu malam².
ini lebih kepada tabiat.

menyusu malam² dalam masa yang panjang
tak boleh tukar posisi
buat mommy sakit pinggang, sakit belakang,
stress!
tak boleh jadi ibu yang baik bila stress!

Alice selalu menyusu
1) waktu dia bosan.
2) waktu lapar yang bukan masa makan.
3) paling kritikal - waktu nak tidur.
tak kira nap atau malam.

Alice ni pulak jenis yang selagi dia tak betul² lena
selagi tu la melekap tak henti².
bila terjaga
cari balik mimilk.

perkara² yang Alice belajar
kadang² yang kita tidak dijangka.
bila mommy cakap Alice serap makumat macam sponge
terus Alice sambut 'pan bob pe pen!'
sponge bob square pants ya kakak
:p



faham
Alice bukan tak tahu dia sepatutnya berhenti menyusu.
Alice tahu.
mommy selalu jelaskan pada dia.
cuma susah dia nak buang tabiat dari lahir.
sampaikan bila nak mimilk
bila mommy pujuk tak bagi
Alice pergi kat daddy.
baik² lembut² saja Alice mintak kat daddy
'Daddy, nak mimilk boleh?'
Alice suruh daddy dia mintak kat mommy.
daddy pun jawab 'Kiss mommy, sayang mommy, mintak kat mommy baik²'
macam mana nak tolak tu?
-__________-


aktif, sihat, suka berbual,
bila mood baik
'kakak anak daddy. anak daddy comel'
'kakak princess' (twirl sambil pegang hujung baju)
bila merajuk
tunduk, cebik bibir,
duduk diam² kat kerusi sambil tekup muka atas meja
:p


kebaikan susu ibu
ok. enough.
dari segi nutrisi dah cukup.
Alice dah lebih 2 tahun.
dah makan makanan seimbang.
antibodi Alice alhamdulillah ok.
bila budak² di sekolah demam, batuk, selsema
dah hujung² musim baru Alice berjangkit
dan bila diberi ubat
(atau kalau demam selalu mandikan dan sejukkan dengan air)
cepat dia sihat.
kecenderungan untuk Alice menyusu malam² lama² ni
buatkan dia jadi montel.
amoi pipi bulat.
makin besar
(makin kurang menyusu)
makin kurus.
keluar dagu,
tangan & kaki jadi makin panjang dan kurus.


bila keluar selalu pastikan Alice ada snack.
kadang² kita tak jangka bila yang dia akan lapar
(budak aktif memang macam ni!)


usaha yang dah dibuat

- sentiasa sediakan
air dalam botol air
(Alice suka botol air yang boleh tuang,
bukan yang minum dengan straw)
snack cereal dalam bekas kecik²
(kalau bekas besar
nanti bila dah tinggal sikit
cepat lemau)
paling ideal 2 jenis cereal
dalam 2 bekas kecik
(ada pilihan)
dah habis refill lagi.
boleh makan dan minum bila² Alice lapar.

- balik dari office
beli snack yang lain
bagi variety sikit
roti krim,
waffle,
muffin,
etc.
yeah
, mommy selalu beli yang vanilla
sebab coklat/perisa lain nanti comot/kotor baju.
selfish again, i know!
-________-

- sediakan buah untuk snacking.
Alice suka orange & anggur
:)

- selalu ingatkan Alice dah besar
dah 'happy birthday to you'
(Alice sendiri yang kata
bila dah 'happy birthday to you'
jadi 'kakak dah besar!')

- minta Alice tidur 'macam kat sekolah'.
kat sekolah tak menyusu pun lelap je!

- cuba cara lain untuk tidur
tepuk
(sampai penat tangan
kemudian berhenti tepuk
kata 'mommy tired, mommy wanna sleep') :p
sapu bedak,
urut belakang sebelum tidur,
tengok 'Good Night Safari'

(Alice bila nak tengok video kata 'nak ai-pap') :p
tapi hampagas (hampa + hampas!) semua tak jalan.
nak tidur cari mimilk jugak
-__________-

- letak asam jawa
dan kuah kari
(mimilk pedas!).
time basah² tu ya dia tak nak
bila dah kering sikit
2 - 3 minit lepas tu
dia sebat jugak!
pandai sungguh anak mommy!
-__________-



tips makan kat luar:
mesti bawa
1) bib! supaya baju tak kotor ... selalu terlupa :p
2) bawa small toy yang melekakan
3) paling lethal: ipad/tablet pasang Upin Ipin/ Sponge Bob

ops Sayang
nak berhenti menyusu
ini taktik kita

1) makanan seimbang
- sarapan, makan tengah hari, makan malam lengkap
(Alice paling lapar waktu pagi bangun tidur
dan petang balik dari nursery)
- light snacking pagi dan petang

2) susu
- kat rumah pun nak sediakan susu HL
untuk waktu sarapan
dan snack petang.
minum dalam cawan ya nak!

3) kawan
- berkat makan berjemaah
- Alice tiru apa yang kita buat

4) main yeah!
- bonding. tak ada apa yang Alice lebih suka
daripada main sama² ketawa² :)
- ada perkara yang engaging
ada aktiviti yang mengisi masa lapang
tak la sikit² nak mimilk

5) permintaan
- kena berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual
berbual banyak² kali
untuk beri Alice faham
kenapa dah tak perlu menyusu.
banyak² kali!
ok, next step sila sediakan skrip pujukan yang meyakinkan!
mak bapak zaman sekarang kena pandai psikologi!

6) tolong!
- mari, siapa nak jaga Alice
supaya dunia dia terbuka luas
kenal ramai orang
belajar banyak perkara
dan tak minta mimilk dari mommy dia :p
ibu yang terbaik
ialah ibu yang boleh minta bantuan
dan terima bantuan
daripada orang lain
:D

7) input
ada cadangan?

semoga berjaya!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...