damdiduuu

Tuesday, July 23, 2013

kontroversi: bacaan ayat Al-Quran untuk si mati

agak kontroversi
bila fb Fan Page Isu Politik Semasa
memetik Sham Kamikaze berkata:

"Tidak ada nas atau dalil pun
yang menceritakan
bahawa bacaan Al-Quran itu
akan sampai pahalanya kepada si mati,
jadi janganlah kita membuat kerja
yang nabi tidak buat.
Persoalan apabila kita mendapat berita kematian
apa yang nabi buat?
Nabi
apabila mendapat berita kematian
nabi mendoakan almarhum."


boleh jadi
kontroversi sebab
pendek sangat kenyataan tu.
sedangkan kalau kita tengok sendiri
(tengok sampai habis 16 minit 49 saat ya!)
video bertarikh 27/12/2012 di youtube
diambil daripada
slot tazkirah di TV Al-Hijrah
bertajuk "Hadiah Kepada Si Mati"
mungkin boleh dapat lebih penerangan.


apa yang ditekankan dalam video ini
ialah untuk lebih mendoakan si mati
bukan setakat tulis kat fb: "al Fatihah"

apa nak buat?
memandangkan diri sendiri pun
tak arif (tak tahu menahu?!)
dalam bab² agama ni
jadi ditanyakan pendapat
pada seorang kawan.

kawan tu pun
suruh kembali kepada Al-Quran dan sunnah.
sunnah tu bukan simpan janggut, kahwin 4 (duh!) atau pakai jubah
(coat & tali leher dipakai sejak zaman Turki Usmaniah,
bukan orang putih yang design!)
tapi sunnah
ialah cara Nabi saw
melaksanakan perintah yang diwahyukan.

diberinya (atau lebih tepat disuruhnya cari) beberapa potong ayat:

36. Ya Sin

[69](Nabi Muhammad bukanlah penyair)
dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya,
dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya.
Yang Kami wahyukan kepadanya itu
tidak lain melainkan nasihat pengajaran
dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

[70]Supaya ia memberi peringatan
kepada orang yang sedia hidup (hatinya),
dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab)
terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

6. Al-An’am

[106]Ikutlah
apa yang telah diwahyukan kepadamu  
dari Tuhanmu,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.

[116]Dan jika
engkau menurut
kebanyakan orang yang ada di muka bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu
dari jalan Allah;
tiadalah yang mereka turut
melainkan sangkaan semata-mata,
dan mereka tidak lain
hanyalah berdusta.

2. Al-Baqarah

[170] Dan apabila dikatakan kepada mereka
"Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah”
mereka menjawab:
“(Tidak),
bahkan kami (hanya) menurut
apa yang kami dapati
datuk nenek kami melakukannya”.
Patutkah (mereka menurutnya)
sekalipun datuk neneknya itu
tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama),
dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

Pengajaran daripada ayat² tersebut:

1) Al Quran diturunkan sebagai
i - nasihat/pangajaran/penerangan
ii - peringatan untuk orang yang hidup
(bukan untuk faedah orang yang dah mati)

2) ikut wahyu
bukan ikut orang musyrik

3) ramai orang buat
tak bermakna perkara itu betul

4) perkara yang diwarisi turun termurun
kena selidik
adakah perkara itu
diputuskan oleh orang arif yang mendapat hidayah

pendapat ulama
kalau rasa
macam Sham Kamikaze ni lebih pandai main gitar je
(dia pun mengaku dia bukan ustaz,
dia baru nak start)
boleh tengok video ini
(lagi sekali, tengok sampai habis ya
tak lama pun, 5 minit 27 saaat sahaja.
jangan tengok sekerat²
lepas tu pung pang pung pang macam nak rak!)
untuk dengar penerangan
daripada ustaz Asri:


wallahu a'lam

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...