damdiduuu

Thursday, July 25, 2013

Alice 2 tahun 3 bulan: Kakak Princess!

fuuu dalam pada sibuk buat projek besar
(besar la sangat!)
teringat dah lama tak merakam perkembangan Alice.
berapa umur dia?
(duoboleh ... Rembau most wanted y'all!) :p
2 tahun 3 bulan.

 'Diddy ati ati ati.
angan atuh atuh atuh'
itu pesan Alice pada daddy
pagi²
bila daddy nak pergi kerja.
kalau hati² tak jatuh ya kakak :p

a wu yu
Alice suka tunjuk
yang dia sayang kita
dengan cara hug
sambl kata
'aaaaayaaaaang daddy/mommy'.
tak kira masa orang suruh duduk tegak
sebab nak sikatkan rambut
nak betulkan baju
nak pakaikan kasut.
ikut suka dia je bila dia nak hug :p

macam biasa
nak ikat rambut
ialah mission impossible
sebab Alice tak boleh freeze lebih daripada 1 saat
o_0


asyik nak tidur saja nak mimilk.
mommy tanya 'kat sekolah kakak tidur macam mana?
kat sekolah tak mimilk pun kan?'
Alice tunjuk cara dia tidur kat sekolah
:)

mandi
mommy pernah terbaca
yang akan ada satu stage
di mana kanak² tak nak mandi.
mula² mommy pelik juga
sampai la satu masa
pagi²
Alice tak nak bangun tidur,
tak nak mandi,
tak nak minum susu
(susu HL dalam botol),
dia cuma nak mimilk dan nangis sambil tidur :p

kalau suruh mandi
dia jawab
dia takut air.
boleh?
o_0

ikut hati memang mendapat budak tu :p
tapi itu loose-loose situation.
masa untuk 'orang dewasa kena jadi lebih pandai daripada kanak²' pun tiba.

tak payah cakap pasal mandi.
tanya Alice
'Kakak kuat tak?
kakak boleh tolong mommy ambik bath tub?
mommy nak mandi bubble'
'kakak mandi bubble!'
mommy tak boleh mandi bubble, Alice marah! :p
cepat je dia pergi ambil tub.
'fuuuu ... kakak kuat la!'
angkat tub plastik je pun
:D

letak tub dalam bilik air
letak shower gel dalam bath tub
letak air dalam tub.
tarik tinggi² macam buat teh tarik.
banyak bubble dalam tub.
sementara nak tunggu siap
Alice bagi semangat
'mommy! ...mommy! ...mommy! ... yeaaaa!'
:p

mommy bersyukur kita duduk dekat dengan tempat kerja.
walau keluar pejabat lambat
tapi ambil masa yang singkat untuk sampai rumah.
jadi lepas hantar atau ambil Alice di nursery
kita ada masa untuk jalan²,
tengok bunga,
tengok dog,
main²,
nyanyi²
dan spend good time sama Alice dalam 5 - 10 minit
:)


bosan
bukan hari² pun best mandi bubble.
memang Alice suka
kalau letakan banyak² bubble atas kepala dia
pas tu tunjuk kat cermin.
macam pakai crown.
bubble crown.
princess bubble.
:D

jadi bila mandi bubble tak jalan
mandi shower pulak.
letak rubber mat bawah shower head
pasang shower kecik sikit
seronok la Alice mandi macam orang besar.

esok² sama juga.
cepat bosan.
nak kena tukar².
(mencabar betul nak didik anak ni kan?)

pukul 4.20 pagi
Alice dah siap sahur :D


puasa
macam mana puasa?
Alice kecik sangat lagi.
beza bulan puasa ni
ialah kita duduk standby kat meja makan
untuk berbuka.
jadi Alice pun sama
excited nak duduk kat high chair makan sama².
Alice makan awal
dalam pukul 7 macam tu.

bila Alice nak suap mommy
mommy kata belum buka puasa lagi.
mommy tanya 'kakak nak buka puasa?'
dengan mulut tengah mengunyah Alice jawab
'kakak nak buka puasa' :p

sahur jarang Alice bangun.
pernah beberapa kali dia terjaga
tengok kat bilik tak ada orang
pergi ruang tamu
tak nampak mommy
terus panggil
'mommy ooo mommy!'
pada hal mommy ada duduk kat meja makan.
tengah sahur.
kes jalan sambil buka mata kecik² la ni :p

tengok orang sahur
Alice pun kata 'kakak nak makan!'
bila kita kata kita sahur.
Alice pun kata dia nak sahur sama
:p

kalau pakai sunglass nanti gelap
jadi tengok macam ni saja.
sunglass ni maSu bagi mommy
(tq maSu!)
tapi Alice kata ni pekpekel dia.
hai ... tiba² boleh jadi spectacle kakak ya kakak
-_______-


menu apa?
bulan puasa awalnya mencabar
sebab bila di rumah
siang² tak ada makanan.
kalau cuti
baru mommy sedar
- kena sediakan makanan untuk kakak! :p
(1st time mom, macam ni lah!)

setakat ni siang² bila di rumah
Alice makan
cereal dengan susu HL,
spaghetti,
roti,
keropok ikan (daddy gorengkan),
fish ball,
nugget,
menu senang²
yang tak payah masak nasi sejemput untuk dia saja.

sejak dah berazam nak berhenti menyusu
mommy siap² standby susu HL kat rumah.
pagi bangun tidur
dan petang balik dari sekolah
mommy panaskan (suamkan?) dan beri pada Alice.
kalau tak nak susu saja
boleh makan cereal dengan susu.

bila Alice minta nak menyusu
mommy suruh dia habiskan susu HL dulu.
(biasa la, kadang² tak jalan juga!).
alhamdulillah
daddy
pun sokong.
bila Alice nak sangat menyusu sampai nangis²
daddy ingatkan Alice - mimilk sikit saja tau!


alhamdulillah bila ada plan nak renovate rumah Seremban
bagi peluang untuk kita berkumpul
jalan² shoping² sama²
:)

warna warni kehidupan
Alice suka makan telur.
omelet Alice makan semua.
telur rebus Alice makan yang putih saja
tapi Alice minta pada mommy
'nak yang itaaaaam aje' :p

koko krunch duo pun sama.
Alice pilih.
Alice makan yang coklat saja.
yang putih dia bagi kawan kat nursery makan :p
bila mommy suapkan koko kurnch duo dengan susu kat rumah
Alice beritahu 'tanak yang itam' :p
jangan tipu!
kalau suap juga yang putih
masa Alice tengah kusyuk tengok tv
nanti Alice luahkan balik! :p

pergi 'gerai' kat Jalan TAR dalam The Curve
aik ... usya peplum pink, Alice?
hmmm siapa nak sponsor ni
:p

waktu nak masuk kereta
Alice akan cakap
'nak duduk belakang!'
pada hal dia nak duduk kat sebelah driver :p

Alice suka makan coklat.
bila keluar mesti minta aiskrim.
jadi bila nak keluar
kalau Alice tak nak duduk di toddler car seat kat belakang
senang saja.
tanya saja nak aiskrim ke nak duduk depan?
diam la dia
baik saja dia duduk kat car seat
bila kita beritahu
kita nak pergi 'eko'.
budget asal pergi Tesco je dapat coklat & aiskrim :p

untuk birthday Alice baru ni
maPi bagi hadiah pelampung buaya besar.
(tq maPi!)
bila kita nak pergi mandi sungai, daddy?
:D
nyanyi sama²
satu lagi hobi Alice
selain daripada makan coklat
ialah main iPad
(Alice sebut 'ai pep').
Alice suka tengok video Upin Ipin, Sponge Bob, nursery rhyme
(yang tengah in sekarang - Itsy Bitsy Spider),
main game Monster University,
Candy Crush (main ikut suka),
Ginger Cat,
ketuk² drum
dan ambil gambar
(tau² ada banyak gambar hitam dalam camera roll) :p



A B Ci G F G Jey K elle emopi ku ar ef Korobi wou o u eks jek jek
... korobi pun ada ya, Alice?
:D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...