aku tau dia sayang
bila dia tengok Diva channeldengan isterinya
bukan cerita tangkap ikan gergasi atau dokumentari pasal haiwan
aku tau dia sayang
bila dia beli durian
3 bekas polystyrene penuh
tapi dia makan seulas saja.
(isterinya orang kampung
suka durian kampung yang isinya nipis tapi manis!)
aku tau dia sayang
bila dia yang masukkan baju ke dalam washing machine
selepas diasing²kn oleh isterinya
untuk dicuci.
bertrip² pulak tu!
aku tau dia sayang
bila dia marah²
waktu isterinya ada banyak kerja
sampai lewat masih belum makan.
kalau isteri kena pergi kerja luar daerah
dia siap ambil time off untuk hantarkan!
aku tau dia sayang
bila dia marah² anak
untuk diajar disiplin.
ada masanya kena bertegas juga.
anak ni dengan ibu selalu tak lut marahnya.
aku tau dia sayang
bila dia sabar
yang biasanya dia tak peduli
- selepas ditegur supaya lebih prihatin.
nampak besar usahanya.
tak senang dia nak mencuba
tapi dia sayang
:)
aku tau dia sayang
bila setiap kali ziarah emak
balik dengan niat baru - untuk berjasa.
isteri bantu setakat yang mampu
sekurang²nya boleh balik jumpa emak tiap² bulan.
aku yang ada dengan Alice hari² pun
selalu rindu bila Alice tidur atau di nursery.
inikan pulak emak yang jauh di mata.
abah pun rindu anak²nya
bila nampak cuba nak berbual kosong :)
tak tahu berapa lama masa yang dipinjamkan.
tak tahu apa cabaran akan datang.
aku usahakan yang terbaik
sebagai tanda penghargaan , syukur dan terima kasih.
pernikahan sudah 3 tahun.
Alice dah 2 tahun 2 bulan.
tak ada apa lagi yang aku nak mintak lebih dari kurniaan.
alhamdulillah!
p/s: barang² Esprit, perfume Big Pony Ralph Lauren
ada pilihan yang murah kat JPO
:D
nak beli kasut?
kena check material dia dulu!
:p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment