damdiduuu

Saturday, July 6, 2013

pendant light

pendant light ada banyak jenis.
ada yang boleh pasang di ruang tamu
ada yang untuk meja makan.

white mash

awalnya nak pilih lampu 

yang white mash macam di bawah ni.
putih, senang nak sesuaikan dengan kipas chrome atau putih.
ringkas,
tapi pilihan ni kena reject
sebab nanti habuk senang melekat
dan susah nak dibersihkan.








transparent colorless & white glass 
pilihan lain ialah permukaan licin
dan kaca yang senang dibersihkan.
lampu tranparent/ putih
boleh masuk dengan apa² warna perabot/langsir






crystal 
yang paling special tentunya lampu yang banyak kristal.
dengan chrome/silver pun cantik
dengan gold pun cantik
:)





gold
... kan kan kan?
:D




industrial
ada home owner yang suka design yang industrial

macam batu bata tak dicat,
bare concrete,
design rumah yang banyak besi dan cermin.
nampak sturdy dan ringkas.
lampu ni sesuai juga untuk dapur.




 white floral
fuuu bukan senang nak pilih barang yang ada motif besar.
macam lampu kat bawah ni
kena pilih lampu lain dalam ruang yang sama,
corak langsir,
sofa,
permaidani,
alas meja
yang sepadan.
paling tidak, bila lampu dah bercorak
yang lain biar plain.
sebab tu selalunya designer yang pilih corak² berani
jadi hasilnya pun kalau betul
nampak macam hasil kerja designer
:)



 






colored - Moroccan inspired
lampu yang sesuai dengan Moroccan theme.
penuh warna warni.
boleh banyangkan soft furnishing yang mewah
langsir beralun lembut
dan bantal² gebu yang empuk.



colored - urban chicmemang cantik betul!
sesuai dengan ruang tema putih - merah.
cumanya corak yang prominent 
kena disesuaikan dengan corak soft furnishing yang lain.





clean round design
agak klasik juga pilihan lampu yang bentuk bulat² ni.

old time favorite.
kalau tengok rumah² celebrity
lampu yang cantik² ni
kalau kecik
dia akan letak 3 serangkai
atau 2 untuk bagi seimbang.
maknanya lebih daripada 1.
... bila kita nak jadi celebrity ya?
:p



fuuu rare sungguh lampu yang gold ni :)
harga pun golden juga!

*nak pilih yang mana?
mesti la yang paling cantik.
mana yang paling cantik?
ikut cita rasa masing² :)

*lampu disusun ikut harga
walau pun tak banyak beza
kita kena tengok the bigger picture juga.
kalau nak beli 1 lampu saja ok la
tapi kalau nak beli lampu, kipas, suis, tiles, langsir
kena budget juga jimat cermat.

*harga lampu tak termasuk bulb dan upah pasang/ wiring

*harga pada Julai 2013


*nak beli kat mana?
tag harga kuning: Houses of Lighting, Puchong
tag harga putih: Top Ten Lighting, Puchong

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...