semenjak dua menjak nih mommy asyik penat saja.
balik rumah, menyusu baby Alice sampai terlelap.
bila jaga dah malam sangat.
sedangkan banyak lagi kerja yang tak siap.
sebenarnya bukan banyak sangat yang mommy kena buat pun.
stock up pampers Alice.
sediakan baju Alice nak pakai esok & bungkus sepersalinan dalam beg.
pam susu.
cuci & sterilize pam & botol.
labelkan botol.
pack puting botol untuk Alice.
pack beg mommy - sapu tangan, pam manual, botol dan sterilized plastic untuk simpan susu.
2 atau 3 kali seminggu masa weekdays cuci & sidai baju.
cuma bila awal² lagi dah terlelap, banyak perkara tertunda.
nak buat kerja pun bukan semua boleh sekali jalan.
ada masa baby Alice lapar, kena la feed dulu.
feed lama, kadang² terlelap lagi :p
kenapa entah asyik letih saja.
nak kata puasa, orang lain pun puasa juga.
mommy kena pilih makanan berkhasiat yang beri banyak tenaga.
tak boleh juga makan sampai kenyang sangat, nanti cepat mengantuk.
mommy pun kena buat aktiviti fizikal juga la.
bina stamina.
apa yang buat mommy terdetik ialah kejadian semalam.
tak ada apa² yang drastik berlaku semalam.
daddy ajak mommy berbuka di luar. (**tq sayang!)
The Curve saja lah, dekat.
yang tak syoknya di Curve selalu kita makan di Kenny Rogers atau Wareong Penyet saja.
yang lain banyak western.
isteri dan ibu yang macam mana selayaknya untuk daddy & baby Alice?
tak kisah la makan di mana, yang nak dijadikan cerita ialah waktu hampir berbuka.
mommy dapat text dari Farah SaraKids
(wah sekarang dah boleh cakap 'Farah is my one of my personal friends' ke?) :p
berbalas² mesej yang panjang².
Farah bertanyakan pasal pam Modu yang baru mommy dapat semalam dan hal² lain.
yang mengesankan, bila Farah beritahu dia masak (tak perlu sebut la masakan apa, buat terliur je nanti!) untuk berbuka.
ayat yang buat mommy jealous '... and buat popiah dengan kids'
ramai pengikut blog Farah mesti tau yang Farah suka luangkan masa dengan anak²nya.
juga yang paling penting dan selalu jadi inspirasi - Farah suka buat macam² aktiviti kreatif bersama anak².
buat aiskrim susu ibu, buat flash card untuk adik Ian, buat bunga dari sisa pengasah pensil, masak kek batik, buat home made play doh ... macam² lah.
bila Farah beritahu yang dia buat popiah dengan anak², mommy terfikir ...
nanti mommy akan jadi mommy yang best ke atau mommy yang bosan?
nanti Alice suka spend time sama mommy?
ke balik kerja letih terus tidur atau tengok tv saja.
paling teruk kalau mommy sibuk terkejar² buat itu ini tak layan Alice pun :(
mommy kena pandai uruskan masa.
mommy untung ada daddy yang tak berkira buat kerja rumah, jaga Alice dan masak makanan best².
tonggak keluarga adalah ibu.
kalau ibu pandai mengasuh & mendidik anak serta menguruskan rumahtangga baru keluarga tu bahagia.
mommy kena buat keputusan dalam sedar.
bukan just let loose, go with the flow sampaikan tak perasan ada banyak perkara terabai.
ini azam baru mommy 11 Ramadhan 1432!
semoga semuanya teratur!
lets start small.
tambah tenaga.
malam ni mommy nak minum air panas supaya segar sikit dan tak mengantuk sangat.
mommy nak riba Alice waktu menyusu dan letak dia selepas dia kenyang - supaya mommy tak terlelap sama.
mommy nak siapkan beg Alice, pam susu (sambil spend time tengok tv sama daddy) dan tidur awal.
lepas sahur baru pam susu sekali lagi.
orang lain buat apa untuk tambah tenaga waktu bulan puasa eh?
minum Shaklee?
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment