damdiduuu

Monday, August 15, 2011

putus cinta :(

mulanya aku nak review pam Modu hari ni.
dah ada cukup points yang terfikir masa mengepam selepas sahur pagi tadi.
malangnya sampai² pejabat je jadi down.
mengenang nasib diri.
dengan cinta gila (macam lagu Grey Sky Morning la pulak!) yang tak kesampaian.

sejak minggu lepas aku terkenang² terbayang².
bila di rumah kurang sikit sebab melayan Alice & dibuli daddy Alice :p
bila di pejabat yang jadi teruk.
lebih² lagi waktu melayari laman sesawang.
tak ada lain yang dicari.
google, youtube, facebook hanya satu nama tu yang berulang² kali di taip.
tapi jawapannya masih lagi hampa.



belum ada kata putus.
ya?
tidak?
mungkin?
tidak pasti?
mungkin tidak?!
aduh komlikatednya hidup!

korang tau tak harga emas tengah tinggi?
dulu masa harga kat bank RM169, kedai jual RM180 segram, tak termasuk harga upah.
minggu lepas harga bank naik sampai RM179 (hari ni baru RM169.60).
pahatkan dalam minda: harga kat kedai = untung untuk kedai + upah, jadi lebih mahal!



korang tau tak sim kad sedia ada boleh potong kecik kat The Mines upah RM5?
jadi boleh guna sim kad broadband Maxis RM48 sebulan tak perlu langgan pelan data ipad RM70.

harga emas tak susut.
cuma gelang emas hanya boleh dipakai saja.
ipad 2 sangat² convenient siap boleh download Angry Bird HIGH DEFINITION lagi!
tapi berapa lama kita boleh terhibur?
machine + smart cover RM2.5k dan siap (daddy Alice!) kena bayar Maxis bulan² :p
dah la nak connect USB (save gambar dari kamera) pun kena guna kabel.

di manakah nilai kebahagiaan?
sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan!
:(

p/s: dramatik tak? keh keh keh :D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...