ada budak rambut tegak² kat living hall tengah layan cd cerita budak².
nampak je aku unlock pagar tangga dia datang berlari.
"Ameng! Ameng!" pinta budak rambut cacak siap tadah tangan.
uh?! ah sudah!
datang pulak sorang lagi budak perempuan pendek.
pun tadah tangan!
"Ameng! Ameng!" budak perempuan tu pulak minta.
apa benda ameng tu?
gula² yang budak sekarang suka makan ke?
tak pernah dengar pun.
lagi pun aku mana tau perihal semasa gula²
setakat lolipop chupa chups tau la aku
tu pun selalu tersalah sangka bila masuk email dari churp churp (bila tengk burung biru baru sedar!) :p
lagi pun sekarang kan bulan puasa.
kalau tak tu ada la gula² polo dalam poket aku kot.
sekarang ni lipstick ada la.
tak kan nak bagi budak² makan lipstick?!
"Ameng! Ameng!" budak rambut pacak dah tak sabar.
ooooooooooooooooooooooooooooooooh!
nak salam rupanya
amin!
asal la slow pulak aku pagi Selasa nih.
selamat berpuasa!
p/s: anak orang kaya ramai yang comel² & peramah² belaka :)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment