damdiduuu

Saturday, August 20, 2011

berbuka: Bengkel BST :)

tahun ni macam biasa kita berpeluang lagi berbuka puasa di bengkel BST Setapak.
ramai yang datang terutama waktu hampir berbuka.
selepas berbuka pun masih ramai yang sampai, terutamanya yang ada majlis berbuka puasa di luar.
meriah sangat!

dari tahun ke tahun macam² perubahan yang kita boleh nampak.
dulu makan ala buffet free seating, tahun ni dah siap kerusi meja dan khemah sekali - terima kasih kepada abang² gagah yang pasang khemah malam sebelum tu :)
menu pun makin berkembang.
tahun ni dah nak mula tradisi pot luck yang tetamu pun turut menyumbang makanan yang semuanya meyelerakan!
menu baru: bbq kambing!
ada kena mengena ke bbq kambing dengan band Santau yang datang? :p

tetamu² yang datang pun banyak yang berubah.
ada yang siap datang semata² nak tengok Abang B.
ada yang dulu datang sama kawan² brotherhood, sekarang dengan awex skinbyrd.
ada yang dulu datang sempoi, sekarang dah jadi tokey besar.
ada yang dulu datang sendiri², sekarang dah ada edisi baru.
ada muka lama yang datang dengan semangat baru, kawan lama yang baru nak rapat di luar gig dan ramai tetamu² baru (ke Zaza je yang dah lama terperuk tak kenal orang?) :p
Zaza pun dulu datang selepas dijemput & dipesan berkali² oleh Ali JB, kemudiannya datang bersama (baru nikah!) dan tahun ini team Ali JB bertambah lagi 1: ada baby Alice :)

2009: posing sambil bakar bbq


2010: bakar ikan sambil senyum


2011: rileks je, baru nak bakar arang


baby Alice, tahun ni tak ada bunga api la, stok bunga api dah kena tahan sebelum puasa lagi


tahun lepas: Tok Yuu bagi budak² main bunga api best²!


air bertambah umph sebab tokey besar yang bancuh!


A'an: ingatkan masuk Nazi kena perang, rupanya kena angkat air!


baby Alice: daddy, tahun depan kita bawak lagi 1 baby ke? :p


hmmm ... ada gak yang tak berubah dari tahun² lepas. ada apa dalam mulut Gopal eh?!


terima kasih untuk semua yang berusaha, yang menjayakan, yang menyumbang dan memeriahkan majlis.
gambar² ada di fb Zaza Si Photographer, cumanya bila dah pegang baby kena kurang sikit pegang kamera (moga baby Alice cepat besar, boleh jadi back up photographer nanti!)
yang tak dapat hadir kali ini insya Allah nanti ada majlis raya dan majlis² akan datang :)

2010: dulu seronok tengok orang main mercun (yang bukan mercun bola ye!)

*pasal mercun bola yang bising gamat ni macam mana eh? nak kata 'tidak' tak syok pulak, nak kata 'ok' sekarang dah ada baby rasa tak berapa nak in la pulak bila baby nangis². berpada² la eh :)

p/s: kepada mereka yang masih bercakap pasal facism, racism dan brotherhood, moga² mereka pun akan merasa kemeriahan sebegini dalam hidup mereka :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...