damdiduuu

Friday, August 5, 2011

buka puasa: Traders Hotel

tahun ini saya berazam untuk tidak upload sebarang gambar makanan sepanjang Ramadhan :)
terutama sekali gambar² makanan yang menggiurkan ketika majlis berbuka puasa.

alhamdulillah, boss berbesar hati menaja makanan berbuka puasa untuk staf PJ & Bangsar.
awalnya dah tempah meja di Sekinchan Ikan Bakar Kota Damansara.
buffet RM39.90.
uncle Hussin nak bagi boss makan ikan bakar!
(selalu celebrate birthday asyik makan pizza, uncle Hussin tak berapa nak suka sangat, jadi untuk buka puasa dia pilih yang ngam dengan selera dia!).

pada saat² akhir, boss kena berada di 2 tempat pada 1 masa.
beberapa jam sebelum buka, masih mencari² tempat sesuai.
Mandrin Oriental & Madam Kwan Suria KLCC full house!
akhirnya kita macam biasa ke Gobo Chit Chat Traders Hotel, KLCC.
company ada coprate account dengan Hotel Traders ni, kita selalu bawa manufacturer Korea ke Traders Hotel.

amboi! baby Alice dapat layanan VIP lagi!


masing² tak sabar nak dukung baby Alice


daddy tanya - baby Alice sejuk ke?


sayang mommy yang selalu dirindu² :)


Meet Uncle Hussin - expert ada 5 cucu :)


dah penat, baby Alice nak cepat balik tidur :p


sebab bawa baby Alice, mommy duduk sama director². sebelah mommy tu director yang hadiahkan Alice baby bag :)


baby Alice sentiasa dapat perhatian.
antara komen boss & kawan² pejabat mommy:
- baby Alice rupa macam daddy :D
- baby Alice ada Korean look (hahaha mommy kata sebab mommy kerja kat Korean Trade Center)
- rambutnya lebat & cantik walaupun dah cukur pada hari ke 7 selepas lahir (lahir dulu rambut Alice lagi panjang dari ni!)
- macam yang daddy cakap, boss pun kata tangan kiri Alice lagi kuat dari tangan kanan, kidal agaknya - orang kidal kreatif!
- baru 3 bulan tapi kuat, tanya mommy makan apa :p

belum makan makanan pejal pun dah ke majlis buka puasa.
alhamdulillah, moga makin bertambah rezeki baby Alice.
kita dah tak sabar nak berbuka sama mama Su, mama Pi, mama Mia & papa Zuri Sabtu ni yeah! :D

p/s: staff Bangsar tak buka puasa sama sebab sibuk jual wallpaper kat KLCC. kat exhibition ni antara masa yang terbaik untuk beli wallpaper - boleh dapat wallpaper harga lebih murah & free installation charge (biasa RM250 per roll)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...