damdiduuu

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

jalan² tepi tasik

balik dari Jalan TAR yang penuh sesak
daddy bawa kita jalan² kat tasik.
aman sikit ambil udara segar.

Alice apa lagi
tak duduk diam
ambil kesempatan
jalan sini sana
tengok itu ini
main sana sini
jogging sama orang lalu lalang
habis semua perkara dia nak belajar!

tenang sikit bila dapat relax kat sini.
senang² nanti kita datang lagi ya
:)


Alice, dah lama kita tak datang sini kan ...


mari tengok tasik,
daun, bunga, rumput dan keindahan seluas alam.


see mommy, say cheese!
:D


sekejap saja scene duduk sama² ni.
Alice boleh duduk dalam 1 posisi selama 1 saat 30 detik - maksima!
budak kecik siap ada bunga atas kepala
:)

Saturday, August 4, 2012

zakat fitrah 2012

itu hari kita perasan
kat Giant Kota Damansara ada kaunter zakat.


daddy duduk kat kaunter amil


bayar zakat fitrah untuk 3 orang
daddy, mommy & Alice


Alice tengok daddy bayar zakat


aku terima nikahnya
eh salah!
:p


amil bacakan doa


untuk Selangor tahun 2012
kadar zakat fitrah ialah RM7 seorang.
2 resit saja?
mana lagi 1?!


budak kecik yang seronok dapat pegang resit sendiri
:D


biar pun dah jadi macam kertas belacan
Alice nak juga pegang resit dia sendiri.
thank you, daddy!
:)

Friday, August 3, 2012

Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

dah lama aku perhatikan
orang ramai suka susah²kan untuk berpuasa.
itu tak boleh
ini tak boleh
sedangkan puasa itu seharian
mesti ada kelonggaran.

daripada Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa
di sini diringkaskan
kemudahan dan kelonggaran yang diberi oleh Allah
kepada hambanya yang berpuasa

mandi
- mandi selepas Asar tidak mengurangkan pahala puasa
- (apa lagi ini dah jadi kebiasaan
setiap kali balik dari kerja
atau balik dari keluar jalan²,
bukan perkara yang sengaja dibuat kerana penat/lapar/panas ketika puasa!)

berkumur, memberus gigi
- memasukkan makanan/minuman ke dalam rongga yang terbuka
itu membatalkan puasa
- tidak batal puasa jika
* bercelak
* menggunakan ubat titis mata berpada²
* menyapu minyak rambut
* berkumur
* memberus gigi

mandi wajib
- masih sah puasa
jika mandi wajib selepas masuk waktu subuh
(hanya pada waktu subuh sahaja, tak boleh la tunggu sampai pukul 10 pagi!)

muntah dengan sengaja
- perlu ganti puasa jika muntah dengan sengaja
- kalau tak sengaja, puasa tak perlu diganti

imsak
- boleh makan sampai muazzin azan subuh
- imsak waktu berjaga² (lampu kuning)

musafir
- boleh berbuka, perlu qada puasa
- kalau suka puasa, boleh terus puasa waktu musafir

tak sengaja
- tak batal puasa kalau tak sengaja
* makan dan minum
* keluar air mani
* tertelan air mandi/ air hujan
* terbiasa rasa masakan

wallahu a'lam

:)

hantu Jalan TAR


Friday, July 27, 2012

rajin di bulan puasa


1) bubur lambuk, bukan bubur lombok!
2) jangan salah gunakan bubur lambuk itu!

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan tiba lagi :)

1st day puasa kali ini
abang kerja
bersahur berdua sahaja di rumah.
kemudian selepas abang balik kerja
ke Seremban untuk berbuka sekeluarga ramai²
:)

param
di Seremban
mungkin sebab hari pertama
bazaar Ramadhannya sederhana
tak ramai membeli
tak banyak gerai
dan tak banyak pilihan.
kita sampai pun agak lewat.
kebetulan pula
kat rumah dah agak lengkap juadah berbuka dan sahur
jadi kita tambah² saja.
alhamdulillah
:)

Alice si penjual tapai
esoknya bila dah balik ke Damansara
alhamdulillah
ada rezeki ke bazar Ramadhan TTDI.
susana yang berbeza sekali.
semua gerai yang best²
kebanyakannya makanan berat
semua kena beratur panjang.
memang demoralizing!

bila dah banyak gerai
ramai pelanggan
dan banyak ragam
ada la penjual yang mewar²kan jualan
'Taufu fa!'
'Taufu fa!'
'Taufu fa!'
bila dah dengar banyak² kali
Alice pun ikut sama jerit² jual taufu fa :p

kemudian bila ke gerai yang lain
Alice jual tapai pulak.
sampai serak² suara jerit
'Tapai!'
'Tapai!'
'Tapai!'
cepat betul dia tangkap bila orang tu jerit ulang²
:D

pusara
mama Mi, papa Zuri dan Hilmiey
sempat balik kampung
bersihkan kubur arwah mak.
terima kasih banyak²!
insya Allah bila ada kesempatan
kita ke sana pulak sekeluarga.
buat masa ni hanya setakat jarak jauh saja
:)

meriah
memang seronok bila ahli keluarga berkumpul ramai²
rasa bertuah dapat menumpang kasih
pada mereka yang selalu memberi.
rezeki yang tak dijangka melimpah ruah.
mama Su, mama Pi, mama Mi, papa Zuri, Hilmiey.
hati jadi riang, hilang semua stress dan timbul harapan
agar keriangan ni
akan dipanjangkan, disuburkan
dan dikongsi dengan lebih ramai lagi pada masa akan datang
:)

gambar
entry kali ini tak ada gambar.
macam tahun² sebelum ini
seboleh²nya mommy tak akan publish foto makanan di blog sepanjang Ramadhan.
gambar lain pulak dah tak ada
sebab tau² je album kat mobile phone dah kena delete :p

masih panjang lagi Ramadhan kali ini
moga kita semua makin kuat, makin sihat, makin senang dan makin taat.
tahun ini kita bercadang² nak raya di Singapura & Kedah
moga semuanya dipermudahkan
:)

Friday, July 20, 2012

ucap selamat dari MB Negeri Sembilan



semoga berkat dan sempurna ibadah kita pada tahun ini.
semoga dibukakan pintu hati
dilimpahkan rahmat, kurnia, hidayah dan rezeki
serta dipelihara dunia dan akhirat
:)


Tuesday, August 23, 2011

double whammy!

masa ambil Alice dari nursery, pengasuh baru saja panaskan botol terakhir Alice.
tak minum pun, bawa balik.
sampai rumah macam biasa mula² sekali mesti simpan susu.
teringat susu tadi.
tanya daddy 'nak feed Alice? ada 1 botol baru je panaskan'
'bagi lah' jawabnya.

dengan suka hati daddy feed Alice.
tak habis pun, separuh je kot.
jadi la tu.

pagi dalam pukul 3 mommy terjaga.
siapkan barang² Alice.
kemudian baru terfikir - tadi dah simpan susu ke?
tengok dalam beg mommy ada 1 botol dan 2 plastik

selamatkan 1 botol susu bagi kat daddy, terlupa lagi 10oz dalam beg! dah 9 jam kat luar peti ais, tak dapat diselamatkan walau macam mana sayang sekali pun! :(


paginya pergi nursery, bila buka peti ais nak simpan susu Alice ada nampak berita buruk - birthday cake yang sangat mengiurkan di pagi hari puasa!
dah terbayang² je 1 hari! :p

what to do? double whammy!

selamat menabahkan hati di bulan puasa!

Wednesday, August 3, 2011

bukak buku fardhu ain: PUASA

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa"

Terjemahan Surah Al-Baqarah, ayat 183

puasa (makna perkataan: menahan diri)
- menahan diri dari lapar & dahaga
- menahan diri dari melakukan perkara² yang membatalkan puasa
- menahan diri dari perbuatan sia²/ pergaduhan
- dari terbit fajar hingga terbenam matahari
- disertakan dengan niat

niat puasa
- malam sebelumnya tanamkan dalam hati - esok nak puasa, tak nak ponteng! :D

lafaz niat puasa fardhu Ramadhan
- lafaz niat ni sebagai panduan saja, yang penting ialah niat untuk puasa, bukan niat nak tuang puasa dengan jayanya! :p
- 'Sahaja aku berpuasa fardhu Ramadhan kerana Allah' atau
- 'Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadhan, fardhu ke atasku kerana Allah'
- lafaz niat borong sebulan tambah 'sebulan Ramadhan pada tahun ini' tapi kalau puasa terhenti (ponteng/uzur/puasa terbatal) kena niat semula, lafaz niat sebulan dah tak kira

jangka masa untuk berniat
- dari terbenam matahari hingga terbit fajar - sebab tu ramai yang buat habit masa nak berbuka puasa baca
1. doa untuk berbuka puasa
2. doa makan
3. lafaz niat puasa pada esok hari
- atau lagi afdhol lafaz niat ramai² sama imam lepas solat sunat tarawih & witir :)

siapa WAJIB puasa?
- manusia yang berakal, waras/siuman, tidak gila
- baligh
- mampu/ tiada keuzuran (keuzuran yang dibernarkan syarak je, bukan uzur yang buat²!)

syarat sah puasa
- tak cukup syarat, puasa tak diterima
1. Islam
2. berakal - tak sah kalau tak siuman/ kanak² yang belum boleh membezakan baik & buruk
3. suci dari hadas besar
4. puasa pada jangka masa yang dibenarkan, bukan waktu haram puasa.

rukun puasa
- kalau tak sempurna 2 rukun ni, tak sempurna la puasa
1. berniat untuk puasa
2. menahan diri dari melakukan perkara² yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

perkara² yang membatalkan puasa
- memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka
- keluar air mani/ haid/ nifas
- gila
- pitam/pengsan sepanjang hari
- sengaja muntah
- murtad

perkara sunat ketika berpuasa
- insya Allah dapat banyak pahala sunat bila buat perkara² ni:
- bersahur, melewatkan sahur, sebaiknya berhenti sahur sebaik sahaja sebelum masuk waktu Subuh (bukan melewatkan sahur sampai waktu Zohor/ Asar ye!)
- segera berbuka sebaik terbenam matahari dengan buah kurma, makanan manis yang tidak dimasak atau air
- menjamu orang berbuka puasa
-memperbanyakkan ibadah dan amalan² baik

golongan yang diizinkan berbuka
- ala baru lapar sikit dah nak cari alasan, golongan ni HARUS je berbuka, bukan wajib pun. siapa golongan yang diizinkan berbuka? cari la sendiri ... (orang puasa tak baik marah!)

selamat berpuasa! :D

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa!

budak kecik dah siap try baju raya! keh keh keh :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...