damdiduuu

Sunday, July 22, 2012

magis

satu perkara yang aku suka sangat
ialah ambil gambar.
kalau guna kamera
gambar lebih cantik - sharp, detail dan komposisi warna lebih menyerlah
lecehnya
kamera besar
dan baterinya kena siap sedia charged.
saat² indah tak tunggu bila kita nak
seluk beg cari kamera
keluarkan kamera dari casing
ada memori yang cukup
dan bateri siap bercas.
saat² indah selalunya datang ikut suka
selalunya kat tempat yang tak boleh bawa kamera
selalunya waktu candid
waktu yang orang tak jangka dirakam gambarnya.

ada masanya kamera telefon yang banyak berjasa
malah salah satu faktor terbesar
dalam pemilihan telefon bimbit
ialah kamera yang bagus.
pernah juga memori kad 4G di telefon penuh
bukan sebab aplikasi atau download
tapi sebab ada beribu² gambar.

Ahad 22 Julai 2012
hari yang sangat lain daripada hari yang biasa.
bila tengok gambar di memory card
cuma ada 6.
sepatutnya ada seribu lebih.
mungkin waktu beri Alice main telefon
tengok video sewaktu dia meragam
tak sengaja boleh terpadam semua gambar dalam album tu.
habis lesap semua gambar dan video terbaru.


macam tak logik kamera ada 6 gambar saja?!
kamera lama, lepas tapis² masih tersimpan 913 gambar (folder My photos)
kemera yang sebelum tu pun masih ada carry forward 28 gambar (folder e900)
3 generasi punya simpanan!
:D


yang paling sayang
belum sempat copy
gambar malam pertama puasa.
rasa macam malam dah lewat sangat.
dah penat, tapi kuatkan semangat teman Alice
(tq daddy temankan kita juga!) :D
yang nak ikut mama Pi dan mama Su keluar.
selepas beli barang dapur
lepak mamak
dengan Alice berdiri atas baby chair
mama Su dan mama Pi kiri kanan
pegang tangan Alice tak mahu kasik jatuh.
serta macam² gambar menarik
gelagat mama Su, mama Pi dan Alice di mamak malam tu
:)

hahaha nak marah pun tak tahu nak marah siapa.
redhalah.
good riddance.
diri sendiri pun tak akan sanggup untuk delete semua gambar dan video.
masa untuk mulakan koleksi baru!
:D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...