damdiduuu

Monday, July 30, 2012

perkembagan bayi: Alice 15 bulan

jengket
Alice dah pandai berjalan
cuma pada ketinggian lantai yang berlainan
mungkin akan goyah sikit.
kat tangga - kita belum ajar lagi.

yang terbaru kita nampak
Alice mula jengket².
dah dapat angkat seluruh berat badan
dan jengket pada kaki bahagian depan
mungkin Alice cuba nak lompat
bila kita kata 'jump'
Alice seronok nak lompat
tapi tak naik pun, cuma goyang² saja
:)


ada sekali pergi Giant Kota Damansara
ada budak main ride goyang² ni sekejap saja
lepas tu dia pergi tempat lain.
mommy pun ambil kesempatan untuk beri Alice main free
:p

dancing
sama macam baby lain rasanya
bila dengar muzik yang rancak di tv
Alice akan menari
atau ikut menyanyi sama.

Alice juga beri perhatian bila orang bercakap di tv
atau waktu azan.
kadang² Alice ikut azan sama²
tapi dalam versi dia sendiri.

angguk
yang paling ketara pada usia 15 bulan
Alice dah mula angguk dan geleng kepala.
walau pun mommy rasa
ada kalanya Alice angguk
sebab ikut kita angguk.
baru perasan
yang setiap kali mommy tanya Alice
dengan ayat yang berakhir dengan '..ok?'
Alice tak jawab 'ok' atau 'tak'
tapi Alice angguk kepala
sebab setiap kali mommy tanya macam tu
mommy (tak perasan) mesti angguk kepala.

rasanya Alice cuma mirror kita punya perlakuan
tak tahulah dia setuju
atau pun tak ada kena mengena dengan persetujuan dia pun anggukan tu.
... tapi memang comel sangat²
:)

me love hugs!
ada sekali mommy tanya
'Alice sayang mommy tak?'
(sambil tak sedar angguk kepala)
Alice angguk kepala.
mommy tanya lagi
'Sayang sikit ke' sambil tunjuk isyarat 'sikit'
'sayang banyak' sambil angkat dua² tangan ke atas tanda 'banyak²'
Alice seronok kata 'banyak!' sambil angkat tangan dia ke atas isyarat 'banyak²'

mommy punya la happy!
terus mommy hug Alice 'yay!'
tapi yang Alice suka buat banyak² kali
bukan part isyarat 'sayang banyak²' tu
tapi Alice suka part mommy hug dia banyak² kali :D
oh i love you so much!
alahai baby mommy!
:)

vocab
ada sebutan Alice yang agak jelas
antaranya 'bottle'
bila tanya Alice
'Where's your bottle?'
Alice akan pergi ambil botol
atau pergi ke tempat botol
dan tunjuk pada kita kalau botol tu di tempat tinggi yang dia tak sampai.
sambil tunjuk dia akan cakap banyak perkataan
tapi yang jelas disebut adalah 'botel'.

'bag' Alice sebut 'pack'
'shoes' Alice sebut 'choose'
dan beberapa perkataan lain yang ada bunyi lebih kurang sama

faham
boleh kata Alice faham apa yang kita cakap.
setakat nak suruh
'keep Tigger/bantal/pampers in your drawer'
atau
'close drawer'
atau
'drink water'
atau
'put on/take off shoes'
atau
'give daddy' (mommy suka sangat ayat ni, boleh relax sikit bila Alice pergi kat daddy) :p
tak ada masalah.

malah waktu makan koko krunch
sebab tiap kali buka penutup
(letak sikit koko krunch
dalam bekas makanan kecik
senang bawa keluar jalan²
atau di rumah saja)
pesan kat Alice
'Take one only'
sampaikan bila buka saja penutup
Alice pulak yang cakap
'take one only' :p

yeah, Alice suka makan koko krunch.
bila dia nak koko krunch
dia akan beri daddy atau mommy bekas berisi koko krunch
sambil cakap
'Nak nak nak!'
bila nampak kotak koko krunch masa pergi groceries shopping pun Alice boleh kenal
terus dia tunjuk dan kata 'Nak nak nak!'

tapi yang cakap 'take one only' tu dulu la
waktu mula² kenal koko krunch.
pegang 1 koko krunch
dan makan gigit sedikit demi sedikit sampai habis.
sekarang tak tahu la dia tengok budak tadika makan ke
atau macam mana
Alice boleh masukkan 3 biji koko krunch sekali dalam mulut
kemudian kunyah dengan bersusah payah.
tak tahu la total semua sekali berapa yang Alice boleh kunyah sekali ngap
tapi bila sampai ke koko krunch yang ketiga
terus mommy tutup bekasnya
tak mahu Alice ambil lebih.
bahaya!


sebelah tangan pegang koko krunch
sebelah tangan pegang susu.
resepi terbaru ciptaan Alice
ialah makan koko krunch dengan fresh milk.
rupanya baby pun tahu
koko krunch sedap makan dengan susu!
:p

manja
tak tahu kenapa
tapi sejak akhir² ni
nampak sangat yang Alice manja dengan daddy dia.
mungkin sebab selalu sangat dengan mommy
jadi bila daddy ada saja
Alice suka peluk kaki daddy
mintak dukung
dan tak mahu turun.
sama mommy pun tak mahu!

daddy suka layan Alice agresif
tickle Alice
(sampaikan Alice suka kacau orang lain
tunjuk 1 jari sambil cakap 'tick tick tick tickle!' dengan suka hati!)
letak Alice atas bahu atau kepala,
terbalikkan Alice kaki ke atas
dan yang paling Alice suka
buai kat kaki
bila daddy duduk kat sofa :D

moga Alice selalu sayang
dan selalu dengar kata mommy & daddy
:)

belum sihat
hmm .....
Alice masih belum sihat
malah batuk dan selsema jadi makin teruk.
mungkin sebab hari tu hari Ahad
paed yang biasa tak buka klinik
jadi kita ke klinik biasa saja
ambil ubat mommy dan Alice.
mommy sakit tekak
Alice batuk
sama² selsema.

doktor beri mommy antibiotik, ubat batuk & ubat selsema.
untuk Alice ubat minum warna putih untuk batuk & warna merah untuk selsema.
tak ada antibiotik untuk Alice.

masuk hari ke-2 mommy dah rasa bertambah baik
tapi Alice tak nampak pun kurangnya.
batuk masih berkahak
dan hingus banyak.

moga cepat sihat baby mommy!

nursery
awalnya memang nursery ni quick fix solution
tempat nak letak Alice sementara
sambil nak cari nursery baru yang murah sikit.
tapi lama² kita jadi suka :)

boleh katakan Alice dapat layanan extra istimewa kat nursery.
bila dah campur dengan budak² tadika
semua pun dah tahu nama Alice.
pagi² Alice datang dah siap mandi.
ada sekali cikgu suruh budak² semua 'keep toys'
semua orang kena simpan toy.
Alice saja ada toys sebakul.
tinggal ada seorang lagi boy tu pegang 1 toy
budak yang keep toy tu kata 'bagi kat Alicea'

sekali tu pulak
Alice tak ada mood
boleh pulak dia nangis waktu mommy nak pergi kerja
terus cikgu cakap
'semua orang, mari main dengan Alicea' :p

dah la Alice ada favorite toy
iaitu bekas toy bentuk rumah
dan ada bongkah² kecik
yang kita masukkan dalam rumah tu
ikut bentuk² dia.
dah la kakak pengasuh siap² bagi Alice saja main toy tu.
pesan kat budak lain
'bagi Alicea main toy tu, dia suka toy tu'
:p

hmmm ... kena cari la toy bentuk² tu untuk Alice main ya?

belajar belajar belajar
kat rumah Alice tak henti² belajar itu ini.
sekarang yang tengah 'in'
ialah baca magazine Pa & Ma (ada banyak gambar baby)
dan magazine Pengantin (daddy kata Alice nak jadi designer).

kalau pasal baca buku ni
sekejap saja Alice boleh baca buku sendiri
lepas tu sibuk nak baca buku mommy
(sekarang mommy tengah baca novel yang mama Pi pinjamkan
Divine Justice, David Baldacci)
apa tah seronoknya baca buku mommy
semua tulisan saja tak ada gambar
tapi Alice seronok sebab baca sama².
dapat tunjuk² dan komen itu ini
:p

Alice juga suka main tudung saji.
terbalikkan tudung saji jadi bekas besar
masukkan bola kecik² dalam tudung saji
macam² dia boleh main.

siap dengan mainan Alice waktu umur 3 bulan
iaitu playgym yang mama Mi hadiahkan
(mommy request playgym yang asing daripada mat, bukan yang lekat sekali dengan mat)
boleh pulak Alice ambil bawa masuk dalam bilik
dan playgym tu la yang buatkan dia leka
waktu change pampers :p


Alice masih suka main piano
tapi guna satu jari sana pada satu masa.
kalau nak buat kelakar
Alice main piano guna foot, guna butt
atau berdiri dua² kaki atas piano (ni bahaya, mommy tak bagi!)

tak sampai sebulan lagi nak raya
moga² waktu raya nanti Alice dapat rehat sikit masa traveling.
tak sibuk sangat nak belajar itu ini sampai tak boleh tidur.
bila cukup rehat baru Alice senang nak bersosial.
hmmm ... kena ajar Alice cakap 'Selamat hari raya' ni
baru boleh dapat duit raya banyak²
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...