memang kalau boleh
nak biar Alice membesar dulu.
bila dah boleh berdikari sikit
dah umur 2 tahun
baru kita plan pasal adik Alice.
tapi baru² ni
bila tukar doktor
dan tukar kepada depo provera yang 2 bulan
dah rasa lain macam.
rasa was².
musykil dengan keberkesanan suntikan kali ni.
kenapa?
pertamanya sebab sakit lama sangat.
selalunya kawasan suntikan baik selepas 3 hari
kali ini sakitnya lama.
lagi pulak ada rasa macam ketulan
atau bengak di dalam.
ada juga rasa perbezaan fisiologi
lain, tak macam tengah buat terapi hormon.
memang la ada beza
antara normal dengan ambil suntikan.
bersedia?
slow², bit by bit
redha la
kalau rezeki awal :)
lebih² lagi banyak faktor luaran yang menggalakkan
ramai ibu² yang dikenali tengah mengandung.
tak masuk lagi cerita Farah SaraKids
yang telefon² je cakap
'Soalan pertama - you tengah mengandung ke, Zac?!'
antara perkara besar untuk baby ke-2:
1) masa
kalau mengandung sekarang
Alice akan dapat adik
pada umurnya 15+9=24
ngam² 2 tahun
2) antenatal checkup
swasta
- tiap² bulan scan
- banyak supplement
- boleh pergi weekend (abang & Alice boleh teman, yay!)
- budget RM200 sekali visit
kerajaan
- banyak test² tambahan yang swasta tak buat (glucose test I & II)
- waktu menunggu lama
- weekday (kena minta excuse dengan boss, ambil time slip, kena pergi sorang²)
- budget kecik tiap kali visit
3) bersalin
semi-kerajaan
- deposit 500$
- kalau tak salah sekarang suami boleh masuk labour room & selepas bersalin boleh pilih untuk duduk di bilik kecil, bukan wad besar
- dekat dengan rumah
kerajaan
- kos rendah
- sampai sekarang masih lagi dengar (baca!) cerita yang dah nampak kepala baby baru panggil misi
4) nursery baby
nursery Alice sekarang
- RM555 sebulan kalau boleh jemput dia ngam² tepat 6.30 petang setiap hari tanpa gagal
- kira dalam RM1,200 untuk nursery sahaja kalau nak hantar Alice & adik di tempat sama
pilihan lain
- hantar rumah orang (dua² orang: aku & abang tak yakin dengan pilihan ni)
- hantar nursery jauh
5) tukar kerja
maternity leave
- untuk layak dapat gaji penuh
waktu cuti bersalin
ialah kena kerja lebih daripada 3 bulan
kat syarikat tu
- maknanya aku kena stay kerja kat sini
- atau masuk kerja kat syarikat lain
paling lambat bulan November 2012
(3 bulan dari sekarang)
bonus
- kalau stay kerja sini
insya Allah boleh dapat bonus 1 bulan
menjelang Chinese New Year tahun depan.
ringan sikit nak bayar bersalin dan keperluan² lain
upgrade
- ramai yang suruh aku tukar kerja daripada terperuk kat sini
rata² point out English aku bagus.
boleh dapat gaji tinggi kalau English bagus?
6) barang baby yang perlu beli baru
- sterilizer (Alice punya dah terbakar - ganaz tak mak Alice?!) :p
- pam susu (entah kenapa aku nak Madela Free Styler yang harga RM2,900
mungkin sebab kalau guna pam ni boleh pam sambil buat kerja kat cubicle
senang, efisyen, tak perlu time out)
- barang² lain akan difikirkan kemudian
7) jantina baby
- terus terang aku kata
memang lebih mudah kalau dapat anak perempuan LAGI.
baju pun tak payah nak beli sangat
yang hari² punya boleh recycle baju Alice lama²
- kalau dapat anak lelaki alhamdulillah
tapi banyak perkara aku kena belajar
terutama dalam mendidik dia.
anak lelaki aku tak akan layan macam Alice.
- ada sekali daddy tersasul cakap 'good boy, Alice'
bila ditegur, daddy kata 'eh, tersalah. daddy nak anak lelaki la ...'
8) nama baby
kalau perempuan
- dulu pernah nak beri adik Alice nama Alyssa Zandra
tapi mama Mi kata sama je bunyi macam Alicea Zara,
eja je lain :p
- daddy nak bagi nama Melayu sikit macam
Natasya Athirah Aelina Zarina Farhana
(ni nama 5 orang ke?!)
kalau lelaki
- mama Pi cadang nama Alex (defender - sama makna dengan Alexis)
jadi Alice & Alex
- Adrian (rich, from Italy,the dark one)
- Aiden/ Aden/ Aidan (little fire)
- Aisy (mewah, kaya raya)
- Zafri (kemenanganku)
- Zarif (periang)
- Zharif (cerdik/ terang)
- Zafeer (teguh)
- Zhafir (yang menang/ beruntung)
- Leroy Jethro (The King, Notable above all/outstanding): nama watak hero NCIS
kena tunggu daddy bagi nama la
makin lama makin banyak idea dia
:)
so how now brown cow?
bila nak buat pregnancy test?
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment