damdiduuu

Sunday, July 8, 2012

beginner photo editing tutorial: beach photo

kalau dapat bercuti ke Male, Maldives
memang seronok.
air lautnya jernih
boleh nampak ke dasar.
lagi² kalau ada kamera DSLR mahal
dan pandai setting.
memang segala²nya seindah alam ciptaan Tuhan.

tapi kalau bercuti di dalam negara
dan kebetulan
pantai tak berapa nak bersih atau cantik
serta kamera pun tak berapa nak mahal,
masih boleh juga dapat gambar yang ok.
tak malu la setakat nak tengok sendiri dan buat koleksi peribadi :)

paling senang edit gambar
guna saja apa aplikasi yang ada kat pc.
free.
senang.
boleh edit yang simple².
contoh di bawah ni guna Windows Photo Gallery

Contoh 1: nak langit & laut lebih biru


1. kurangkan Contras
- sebab gambar ni ada bayang di muka
- bila kurang Contras, imej yang terlindung dengan bayang nampak lebih jelas


2. naikkan Saturation
- bila Contras dah kurang, warna akan jadi sedikit pudar
- naikkan Saturation untuk naikkan warna


3. turunkan Color Temperature
- kalau suhu warna lebih rendah, gambar akan jadi lebih biru


4. naikkan Brightness
- kalau gambar nampak gelap, naikkan sedikit kecerahan


foto asal


selepas diedit

secara kasarnya nak lebih warna:
temperature low: biru
tint low: hijau
tint high: merah
saturation high: warna lebih menyerlah

Contoh 2: nak laut biru


1. naikkan Saturation


2. turunkan Color Temperature


3. naikkan Contras


foto asal


selepas diedit

tak cantik pun?!
kecantikan tu sangat subjektif.
lain orang, lain citarasanya.
ini adalah sekadar panduan.
mesti cuba explore sendiri buat sampai puas hati.
bukan setakat gambar pantai atau laut saja
boleh cuba jaya untuk situasi lain.

selamat mengedit!
:D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...