cepat sangat masa berlalu :)
milestone yang agak penting juga
dalam perkembangan Alice.
budak kecik yang sentiasa happy
tepuk tangan dancing²
have shoes will travel
paling ketara - berjalan.
kalau waktu mula belajar berjalan
perkara terpenting yang Alice nak mahirkan ialah keseimbangan.
waktu belajar memang mencabar.
paling sakit kalau Alice jatuh muka dulu :(
sampaikan Alice bercerita dengan suara sedih
yang dia sakit sangat²
sambil buat aksi cium lantai.
sakit sangat la tu.
bila jatuh, Alice jadi terkekang sekejap.
bila jatuh, Alice sambung dengan merangkak.
lama sikit baru berjalan semula.
bila dah mahir imbangkan badan
Alice lebih yakin untuk berjalan.
kalau jatuh pun Alice akan bangun dan sambung jalan.
tidak merangkak lagi.
masalahnya, pada tahap ini
Alice ingat asalkan imbang saja
dia dah boleh pergi mana².
Alice tak tengok pun depan dia
atas lantai ada toy atau majalah
bila pijak jadi licin
boleh terjatuh.
atau lantai tak sama level.
dah masuk 14 bulan
alhamdulillah makin bijak dan makin hati² berjalan
walau pun ada kalanya kena ingatkan
'Alice, slow down'
bila dia teruja sangat nak mengejar sesuatu yang menarik.
lasak
bila dah mahir berjalan
maknanya Alice mahu berjalan
tak mahu didukung saja
tak mahu duduk di stroller saja
dan tak mahu duduk di trolley saja masa shopping.
(memang dari bayi Alice cepat bosan kalau dibiar duduk/baring saja)
bayangkan
di Guardian kalau tak silap
barang promosi disusun
stacked up
dengan kepingan alas transparent sebagai tapak.
tak ada rak
cuma barangan tu disusun tinggi².
yang Alice pulak
datang² saja terus ambil barang yang di bawah sekali.
hui tak dapat dibayangkan
botol shampoo jatuh macam domino!
sebab tu kena selalu awas.
Alice, nursery is this way!
pengembaraan
hari pertama Alice pergi ke nursery
berjalan kaki dari kereta.
punya la lama nak sampai!
pada hal kereta parking kat sebelah nursery saja.
Alice tengok pasir la
tengok daun la
tengok bunga la
tolak pagar la
pergi rumah jiran la
cari kucing la
tengok kereta orang la
punya la banyak aktiviti sebelum sampai nursery!
bekas susu kegemaran Alice
Alice yang bawa.
rupanya kalau Alice jinjing memang cecah lantai.
sudahnya, sampai nursery - kena cuci dulu
ada pasir la
rumput la
macam² lekat
:p
separation anxiety
bila dah sampai depan pagar nursery
Alice berat hati nak masuk.
Alice tak mahu masuk.
bila dah masuk pagar
nak keluar balik.
bila dah masuk pagar
peluk kaki mommy kuat².
sampai depan rak kasut
duduk atas lantai
tanggal kasut
bangun, simpan kasut kat rak
lepas tu cepat² peluk mommy kuat².
bila pengasuh ambil
memang Alice menangis :(
cuma kalau ada kawan lain
main toys sama²
baru Alice suka.
mommy bye² pun dia buat tak tahu saja
dah sampai depan pagar nursery
masuk bab lain pula ...
masuk tadika
sebenarnya masuk umur 13 bulan
bila Alice dah boleh jalan sikit²
Alice pun dipindahkan.
tak duduk di Baby Department lagi
tapi campur dengan 2 years old.
kejutan bagi Alice
dan kejutan besar juga bagi mommy :p
paling mommy tak bersedia
bila pagi² ramai dengan budak tadika dan 2 years old
Alice tak boleh concentrate menyusu.
budak tadika pun kejutan juga
tak pernah tengok baby menyusu
jadi ditanya
'kenapa dia gigit?'
mommy pun terangkan
'dia tak gigit, dia drink milk sarapan, dia hisap saja. kalau gigit sakit ouch ouch ouch!'
bila ramai sangat orang
dan Alice sibuk nak tengok itu ini
Alice berhenti drink milk
ditanya pula
'kenapa dia tak hisap?'
lalu dihalakan Alice dengan lembut
'hisap la, hisap la'
:p
perubahan
paling mommy kesal
Alice tak boleh nak concentrate drink milk
jadi kena feed Alice awal² di rumah sebelum datang ke nursery.
tapi
the only constant in life is change.
kita tak boleh halang perubahan
tapi mesti buat perubahan tu jadikan kita lebih baik lagi.
dalam pada sedih² tu
(untuk mommy sesuaikan diri, bukan Alice sesuaikan diri!) :p
balik hari pertama
terus pengasuh² beritahu
Alice dah nak jadi macam budak tadika
nak angkat beg sendiri
nak makan suap sendiri
:)
alhamdulillah
dulu pun Alice gigih berlatih berjalan
sebab di nursery ada baby yang berlatih berjalan juga.
sekarang
budak² tadika
tunjukkan contoh kepada Alice untuk jadi lebih berdikari.
beg untuk Alice
belakang tu bekal untuk mommy
:)
beg comel
sebagai hadiahnya
mommy pun belikan beg kecik kenit
supaya Alice boleh bawa sendiri beg dia.
cuma untuk letak 5 keping pampers
dan 2 pasang baju.
dalam poket depan
ada bedak baby pek kecil
sama wet wipe.
apa boleh buat
rupanya beg kecik cinonit tu pun
terlalu berat untuk Alice.
Alice boleh heret saja
kalau sandang kat belakang
tak boleh balance.
ok la tunggu Alice besar sikit
nanti boleh bawa bag pack sendiri
:)
kemahiran asas
antara berubahan lain
pengasuh sewaktu di Baby Department dulu
ajar Alice mandi
siap Alice pandai cangkung untuk wash wee wee :D
nampak sangat 1st time parent - tak tahu apa nak kena ajar kat anak :p
bila Alice dah biasa mandi air sejuk
dan pandai cangkung
kita dah tak guna wet wipe
bila change pampers
(atau change diaper bak kata Azman Saini Abdul Salam Babji)
kita bawa Alice ke bilik air.
nak pakaikan bedak dan pampers selepas tu
macam biasa
masih ada banyak cabaran juga
Alice masih suka jalan sana sini main itu ini bogel²
alhamdulillah tak ada kebocoran lagi sampai sekarang :p
health & beauty
sampai sekarang juga
leher Alice masih sensetif
mudah meruam dan gatal²
jadi kita masih sapukan krim Ezzera pada leher & tengkuk selepas mandi
ikut nasihat doktor.
alhamdulillah ruamnya cuma muncul sikit kadang²
:)
daddy masih lagi potongkan kuku Alice
selalunya seminggu sekali
dan tengok kalau perlu lebih kerap.
bila kuku panjang
memang hidung, pipi, kening dan dalam cuping telinga mudah berdarah
sebab Alice garu
bila berpeluh
bila ngantuk nak tidur.
mujur luka pada kulit Alice cepat sembuh!
bawa beg sendiri nak pergi nursery
:)
opinionated
bila dah besar
Alice ada pendapat dia sendiri.
Alice sendiri yang tentukan
nak minum susu yang mana
dan bila nak tukar posisi.
Alice sendiri yang buat keputusan.
bila mommy pujuk 'minum sini'
Alice tak mahu.
Alice lebih tahu cita rasa dia,
Alice ada kegemaran sendiri
:p
agaknya selepas 14 bulan
susu ibu dah kurang kualiti
dan baby dah rasa banyak makanan
Alice sampai boleh buat resepi dia sendiri.
nak tidur?
minum gilir².
air kosong sejuk sikit
minum susu sikit.
kemudian
air kosong sejuk sikit
minum susu sikit.
ulang² secukup rasa
kemudian tidur sambil pegang botol air kosong.
kalau terjaga boleh sambung minum air kosong :p
apa agaknya rasa resepi Alice tu ya?
:D
rambut Alice dah panjang
tapi daddy tak bagi potong.
hari² pengasuh ikat rambut Alice.
hari² juga daddy tanggalkan sambil kata
'rambut baby daddy dah cantik, tak payah ikat²' :p
fesyen: ikat pokok kelapa
fesyen: ikat riben
fesyen: ikat 2
penatnya aktif!
sejak campur dengan budak tadika
Alice lebih senang tidur malam.
setakat ni belum lagi terjaga malam² main² lama².
tidur 9 malam sampai 7 pagi
selang beberapa jam terkejut nak menyusu.
alhamdulillah kesihatannya baik
cukup aktif
macam² nak belajar
dan mulut ada saja nak bercerita dan menyanyi.
belum masuk bab tepuk tangan dan menari bila dengar lagu best² lagi :p
nak? takkkk!
antara perkara yang Alice belajar dari budak tadika
apa² yang dia nak
dia tunjuk dengan jari telunjuk
sambil kata 'Nak'.
terutama biskut dan coklat :p
bila cakap 'Tak' pula
cakap panjang² sambil geleng² kepala
terhibur Alice :D
pasal makan
Alice makan saja apa yang kita makan
tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.
Alice suka makan guna tangan
jadi bila kita dah suap masuk mulut pun
kalau sayur, dagaing atau ayam tu kepingan agak besar
Alice akan masuk tangan dalam mulut
ambil makanan
pegang
dan makan sikit².
Alice suka suap mommy makan :)
walau pun yang disuap tu cuma besar habuk :p
Alice juga suka sikat rambut mommy
(ala, seraut dua je, bukan sikat betul² pun)
dan wash mommy's face waktu mandi
(usik² pipi mommy guna tangan Alice yang basah je sebenarnya).
mommy happy sangat Alice suka buat aktiviti dengan mommy
:)
Alice memang cepat bosan
sebab itu dia ke sana ke mari hiburkan hati
:)
lencongan
sejak pandai berjalan
memang Alice makin banyak perkara yang dia nak belajar.
kadang² memang boleh alihkan perhatian
bila Alice nak ambil beg kertas
yang ada macam² barang kat dalamnya
kita kata 'That's not your bag, Alice. Your bag is here'
jadi Alice tak akan sepahkan beg kertas baru
tapi cuma main beg kertas dia
yang dah rupa macam kertas belacan :p
bila Alice nak kacau benda yang tak boleh dimain
macam biasa kena beri gantinya.
kalau kata 'No!' saja
tapi tak ada ganti pengisian lain
Alice akan meragam.
macam biasa, kita orang dewasa mesti jadi lebih bijak daripada baby.
alhamdulillah
Alice jenis yang agak senang juga dijaga.
sekarang Alice dah tak menangis bila jumpa strangers
(dengan sayarat strangers tu tak cepat² sangat nak dukung/usik dia)
tapi Alice akan ambil masa
tak mahu salam dengan stranger.
Alice malu dan paling muka :)
oh ya, Alice boleh sebut 'kakak'
jadi makcik² semua terhibur bila Alice panggil kakak
:p
cobaan!
bila tak dapat apa yang dia nak
Alice akan lembutkan badan baring atas lantai.
yang ni masih boleh dipujuk baik² lagi.
atau kalau agresif sikit
akan menangis sambil mengeliat² badan
tak mahu diletak dan tak mahu didukung.
bila dah macam tu
kita tahu la Alice tengah lapar, penat dan ngatuk.
ubatnya yang sangat mujarab cuma minum susu dan tidur.
mungkin sebab
Alice bukan jenis yang suka menangis tak tentu pasal
buat mommy jadi pantang betul
bila orang pukul baby yang tengah menangis.
ini untuk mengingatkan diri sendiri juga
supaya banyak² bersabar.
tak ada baby yang tengah menangis akan tenang bila kena pukul.
kena tarik nafas dalam²
dan ingat balik waktu baby happy, waktu baby sayang kita
pada waktu baby tengah menangis ni
adalah 2 minit yang baby betul² perlukan kasih sayang kita.
sabarlah!
ingat tak doa untuk ibu bapa?
ampunkanlah dosa kedua ibubapaku.
kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasihi aku
sewaktu aku kecil.
part ' ... sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil'
kalau anak kita baca doa tu
tapi waktu anak kita kecik
kita tak sabar, asyik nak melempang je kerja
nanti Tuhan pun lempang kita tak?
:p
apa lah yang dia cerita tu ...
i story you!
bila berbual
yang paling ketara pada tahap ni
Alice dah ajak kita berbual.
boleh dikatakan Alice dah faham apa yang kita cakap.
tinggal lagi kalau nak ikut arahan tu
belakang kira.
bukan isu faham
tapi lebih kepada isu patuh.
bila berbual
Alice dah mula tunggu kita punya reply.
bila berbual mesti disambut.
mesti dibalas.
bila ditanya mesti dijawab.
walaupun Alice faham apa kita cakap
tapi kita cuma boleh teka² saja apa yang dia berceita panjang² tu.
waktu Alice nyanyi lagi la
tak tahu apa lagu dan lirik yang dia tengah nyanyi :p
ada kalanya Alice licik juga.
mommy duduk buat kerja sambil tengok tv
Alice main
sambil sebut '... bek! ... bek! ... bek!'
konon² macam dia main beg.
tapi sebenarnya tangan sebelah pegang beg
tangan sebelah lagi main kasut!
memang mommy puk
bila Alice main kotor atau main wayar!
bila tanya Alice 'Mommy puk nak?'
Alice akan cakap 'Puk' sambil tepuk peha dia kuat².
bukan Alice tak faham kalau main wayar atau main kotor kena puk.
tapi best, tak dapat ditahan dirinya.
kena la puk dengan mommy!
*bukan tak boleh tegas dengan baby
80% kasih sayang
20% tegas
ikut kata Dr Fadhilah Kamsah.
tapi jangan la pukul baby waktu tengah naik angin
pukul macam nak lepas geram!
ITU MEMANG TAK BOLEH!
pada mommy, biasanya baby tak ada pengisian
tak tahu nak buat apa
itu yang macam² dia cari idea sendiri.
untuk Alice, setakat selepas balik dari nursery
nak letak baju kotor dia
di bakul laundry
memang Alice buat sendiri.
kita cuma perlu ajak dia
dan tepuk tangan
atas job well done :)
pagi² pula
ajak Alice lipat comforter.
Alice bukannya larat nak pegang bucu comforter
nak lipat sama².
tapi Alice suka bila kita lipat comforter
kibas²
comforter kena muka dan badan dia
senyum lebar dia.
macam tu la cara dia 'help mommy fold comforter' :p
bila ada aktiviti
tak la dia merayau sana sini
cari itu ini tak tau apa dia jumpa.
Alice dah besar
:)
wah panjangnya update
baru 14 bulan ni!
:p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment