abang kerja
bersahur berdua sahaja di rumah.
kemudian selepas abang balik kerja
ke Seremban untuk berbuka sekeluarga ramai²
:)
param
di Seremban
mungkin sebab hari pertama
bazaar Ramadhannya sederhana
tak ramai membeli
tak banyak gerai
dan tak banyak pilihan.
kita sampai pun agak lewat.
kebetulan pula
kat rumah dah agak lengkap juadah berbuka dan sahur
jadi kita tambah² saja.
alhamdulillah
:)
Alice si penjual tapai
esoknya bila dah balik ke Damansara
alhamdulillah
ada rezeki ke bazar Ramadhan TTDI.
susana yang berbeza sekali.
semua gerai yang best²
kebanyakannya makanan berat
semua kena beratur panjang.
memang demoralizing!
bila dah banyak gerai
ramai pelanggan
dan banyak ragam
ada la penjual yang mewar²kan jualan
'Taufu fa!'
'Taufu fa!'
'Taufu fa!'
bila dah dengar banyak² kali
Alice pun ikut sama jerit² jual taufu fa :p
kemudian bila ke gerai yang lain
Alice jual tapai pulak.
sampai serak² suara jerit
'Tapai!'
'Tapai!'
'Tapai!'
cepat betul dia tangkap bila orang tu jerit ulang²
:D
pusara
mama Mi, papa Zuri dan Hilmiey
sempat balik kampung
bersihkan kubur arwah mak.
terima kasih banyak²!
insya Allah bila ada kesempatan
kita ke sana pulak sekeluarga.
buat masa ni hanya setakat jarak jauh saja
:)
meriah
memang seronok bila ahli keluarga berkumpul ramai²
rasa bertuah dapat menumpang kasih
pada mereka yang selalu memberi.
rezeki yang tak dijangka melimpah ruah.
mama Su, mama Pi, mama Mi, papa Zuri, Hilmiey.
hati jadi riang, hilang semua stress dan timbul harapan
agar keriangan ni
akan dipanjangkan, disuburkan
dan dikongsi dengan lebih ramai lagi pada masa akan datang
:)
gambar
entry kali ini tak ada gambar.
macam tahun² sebelum ini
seboleh²nya mommy tak akan publish foto makanan di blog sepanjang Ramadhan.
gambar lain pulak dah tak ada
sebab tau² je album kat mobile phone dah kena delete :p
masih panjang lagi Ramadhan kali ini
moga kita semua makin kuat, makin sihat, makin senang dan makin taat.
tahun ini kita bercadang² nak raya di Singapura & Kedah
moga semuanya dipermudahkan
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment