damdiduuu

Saturday, July 14, 2012

barang baby: AEON 1 Malaysia Sale Carnival

memandangkan kita masih tak dapat beberapa barang
di Kiko Warehouse Sale
jadi pencarian diteruskan.
masih awal pagi.
tergerak juga nak ke Pureen Warehouse Sale
yang kebetulan dibuat pada minggu yang sama.

mengenangkan susahnya nak dapat parking
bersesak² dengan orang yang nak memilih baju
dan baby supplies
kita buat keputusan
untuk ke Jusco/ AEON saja.
biasanya kita ke One Utama - dekat dengan rumah
tapi selalunya hujung minggu susah nak dapat parking.
apa barang yang ada pun kita macam dah boleh jangka.

untuk tukar selera
kita ke AEON IOI Mall
kebetulan dari Kiko Warehouse Sale Puchong
boleh la singgah sekejap
sebelum daddy masuk kerja petang nanti.
(kebetulan Sabtu ni tiba² daddy kena kerja)

bila dah ke shopping mall
dan bukan warehouse sale
kita pendekkan sikit senarai barang yang nak dibeli.
asalnya nak cari barang Alice -
kasut, skirt, jeans, travel set toiletries
dan kalau ada duit lebih beli tops.
jadi bila ke shopping mall
kita tengok la apa yang boleh dapat
:)




pre walker shoes.
pada umur 14 bulan
Alice paling selesa pakai kasut yang tapaknya nipis dan lembut
saiz 2.
cari warna hitam, senang boleh matching dengan apa² warna baju.
tak tahu ni jenama apa :p
tapi designya cantik.
harga asal RM16.90
selepas 20% diskaun jadi RM13.52




daddy berkenan pulak
dengan sandal ni.
ada bunyi² (tengok video: Alice suka sangat sandal ni!!) :D
tapak tebal
materialnya tebal
dan wangi!
harga asal RM27.90
selepas 10% diskaun jadi RM25.11



selepas dicuba saiznya
dan pilih daripada beberapa cutting & design
kita beli jeans Anakku
(saiz 0 - 6 months kalau tak salah)
pinggang ada getah
harga asal RM59.90
selepas 50% diskaun jadi RM29.95

top warna hitam yang comel
saiz 2
harga asal RM31.90
selepas 50% diskaun jadi RM15.95

kesimpulan yang kita boleh buat
waktu ada sale
harga barang di shopping mall
lebih kurang sama dengan warehouse sale
cuma mungkin jenama yang kita tak biasa dengar
walau pun ada saja pilihan yang cantik²
dan suasana lebih selesa.
shopping kat mana² pun
kena berhemat dan stick to the list :)

tq daddy!
waktu hujung minggu
keluar jalan² cari barang
juga waktu untuk meluangkan masa buat aktiviti sama² dengan ahli keluarga.
rindu daddy
rindu Alice
selalu!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...