damdiduuu

Showing posts with label sale. Show all posts
Showing posts with label sale. Show all posts

Monday, August 13, 2012

barang baby murah kat Tesco

hari ini pagi²
sebelum masuk pejabat lagi
dah ke Tesco.

macam biasa waktu kita tak banyak duit
Tesco akan tawarkan barangan keperluan
pada harga lebih rendah



Drypers
lebih kurang seringgit lebih murah
daripada harga yang diletak pada awal bulan
waktu dapat gaji


wah tak sangka kat Tesco ada jual pelembab ni
kalau tak salah di farmasi harganya lebih mahal.
pelembab ni bila disapu pada leher dan tengkuk baby Alice
boleh cegah ruam panas.
krim ni dicadangkan
oleh paed di KJMC
untuk Alice
satu masa dulu
:)

Saturday, July 14, 2012

barang baby: AEON 1 Malaysia Sale Carnival

memandangkan kita masih tak dapat beberapa barang
di Kiko Warehouse Sale
jadi pencarian diteruskan.
masih awal pagi.
tergerak juga nak ke Pureen Warehouse Sale
yang kebetulan dibuat pada minggu yang sama.

mengenangkan susahnya nak dapat parking
bersesak² dengan orang yang nak memilih baju
dan baby supplies
kita buat keputusan
untuk ke Jusco/ AEON saja.
biasanya kita ke One Utama - dekat dengan rumah
tapi selalunya hujung minggu susah nak dapat parking.
apa barang yang ada pun kita macam dah boleh jangka.

untuk tukar selera
kita ke AEON IOI Mall
kebetulan dari Kiko Warehouse Sale Puchong
boleh la singgah sekejap
sebelum daddy masuk kerja petang nanti.
(kebetulan Sabtu ni tiba² daddy kena kerja)

bila dah ke shopping mall
dan bukan warehouse sale
kita pendekkan sikit senarai barang yang nak dibeli.
asalnya nak cari barang Alice -
kasut, skirt, jeans, travel set toiletries
dan kalau ada duit lebih beli tops.
jadi bila ke shopping mall
kita tengok la apa yang boleh dapat
:)




pre walker shoes.
pada umur 14 bulan
Alice paling selesa pakai kasut yang tapaknya nipis dan lembut
saiz 2.
cari warna hitam, senang boleh matching dengan apa² warna baju.
tak tahu ni jenama apa :p
tapi designya cantik.
harga asal RM16.90
selepas 20% diskaun jadi RM13.52




daddy berkenan pulak
dengan sandal ni.
ada bunyi² (tengok video: Alice suka sangat sandal ni!!) :D
tapak tebal
materialnya tebal
dan wangi!
harga asal RM27.90
selepas 10% diskaun jadi RM25.11



selepas dicuba saiznya
dan pilih daripada beberapa cutting & design
kita beli jeans Anakku
(saiz 0 - 6 months kalau tak salah)
pinggang ada getah
harga asal RM59.90
selepas 50% diskaun jadi RM29.95

top warna hitam yang comel
saiz 2
harga asal RM31.90
selepas 50% diskaun jadi RM15.95

kesimpulan yang kita boleh buat
waktu ada sale
harga barang di shopping mall
lebih kurang sama dengan warehouse sale
cuma mungkin jenama yang kita tak biasa dengar
walau pun ada saja pilihan yang cantik²
dan suasana lebih selesa.
shopping kat mana² pun
kena berhemat dan stick to the list :)

tq daddy!
waktu hujung minggu
keluar jalan² cari barang
juga waktu untuk meluangkan masa buat aktiviti sama² dengan ahli keluarga.
rindu daddy
rindu Alice
selalu!
:)

Thursday, May 31, 2012

harga waktu sale: lampin pakai buang untuk bayi

Selepas kenaikan harga Drypers
kita pun meninjau² apa lagi pilihan lampin pakai buang yang ada.
oh ya, jangan la kata kalau harga sama
tapi bilangan lampin dalam pek tu dikurangkan
maka tiada perubahan harga.
macam mana nak jadi pengguna bijak macam tu ...

tak ada dalam senarai: Huggies, Pureen dan lain²
ada sesiapa boleh tambah?
harga diambil pada 31 Mei 2012
waktu sale
di Tesco Mutiara Damansara.

Mami Poko L56 RM43.90 : RM0.78 sekeping


Whoopee L60 RM29.90 : RM0.50 sekeping


Fitti L60 RM28.95 : RM0.48 sekeping


Drypers L68 RM31.90 : RM0.47 sekeping

Pet² L68 RM30.90 : RM0.46 sekeping


Hey Baby! L58 RM26.90 : RM0.46 sekeping


Tesco Choice L72 RM27.90 : RM0.39 sekeping


Tesco value L72 RM22.95 : RM0.32 sekeping

tugasan anda: sila bandingkan kualiti!
selpas melihat harga,
mesti bandingkan sendiri kualiti setiap item
jadi pemilihan bukan pada faktor harga semata²

p/s: kalau nak guna cloth diapers kena ada ilmu, baru boleh jadi. terutama yang hantar baby pergi nursery :)

Saturday, October 1, 2011

sale

ingat hari ni nak keluar petang.
mommy tak ada nak pergi mana² pun.
cuma nak ambil pam Modu yang hantar servis di SaraKids.
kalau keluar petang senang sikit.
lepas tu daddy boleh la hang out sama kawan² ke :)

pagi² lagi macam biasa Alice dah bangun.
Alice ni bukan tau nak tidur lama sikit hujung minggu
dia tau sampai masa dia bangun :D
mommy pun mandikan dan feed.

malam tadi daddy merungut tak dapat tidur
sampai bawa tab tidur sama
tak tau la apa yang dia online atau main sampai lewat²
(yang mommy tau dia komen fb mommy pas tu gelak²!) :p
mommy budget daddy nak tidur lagi
tapi awal² lagi daddy dah suruh siap.

mommy kata 'keluar petang la?'
daddy mumble² 'pukul 5 dah habis'

rupanya daddy teringin nak pergi Padini warehouse sale kat Shah Alam.
alooo kenapa tak bagi tahu awal²
kalau tahu, lepas subuh terus mommy siap.

sampai Shah Alam kita ke SaraKids.
rupanya pam Modu mommy masih ada pada Farah, belum hantar ke SaraKids lagi
jadi mommy turun bawah beritahu daddy.
daddy kata kita pergi Padini dulu la.

mulanya nak cari parking yang dekat dengan gudang Padini
pusing punya pusing
lalu depan Padini
rupanya orang yang beratur di luar nak masuk ke dalam gudang punya la ramai!
paling kurang di luar 200 meter orang yang beratur!
yang di dalam tak tahu la macam mana rupanya.

kita pun batalkan niat nak membeli di Padini.
selepas SaraKids, kita ke Jaya One PJ


sale di tempat yang sama
tak ramai orang
barang pun tak berapa nak banyak
dan tak berapa nak murah.
kasut sukan masih RM100 - RM200.
t-shirt yang cantik harga RM29.90 - RM39.90 walau pun materialnya nipis macam t-shirt RM10 saja

mommy memang tak ada budget nak beli apa².
daddy belikan Alice
socks Gerber cantik yang ada bintik² rubber bentuk tapak kaki meow kat sole dia
leggings
dan t-shirt Osh Kosh.

ada banyak mainan RM5 tapi parts dia kecil
takut nanti Alice masukan dalam mulut
jadi tunggu Alice besar sikit la
nanti baru boleh beli mainan IQ banyak² :)

thank you, daddy :)
kiss daddy penyet²!
:*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...