damdiduuu

Showing posts with label bayi 14 bulan. Show all posts
Showing posts with label bayi 14 bulan. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Alice: cabaran minggu pertama puasa

mencabar!
agak mencabar minggu pertama puasa ni.
bukan puasa yang mencabar.
Alice yang mencabar.


bercerai susu?
dan macam mission impossible pun ada!
keluar dari nursery
minum susu yang masih belum habis


jalan² gigit botol susu


tak boleh lepas
walau pun tak minum


me and my beloved milk!


dalam kereta sambung minum susu

awal dulu
Alice kena ruam lampin
agak teruk juga
sampai melecet.
bila wee wee, Alice menangis :(
bila dah sapu krim Zaricort
dan letak bedak Agnesia
beransur baik.
sayangnya ada satu petang
mommy jemput Alice di nursery
Alice yak
lampin belum ditukar lagi.
selepas daripada tu
ruamnya merebak
tak jadi nak baik :(

waktu mandi pun Alice trauma
tak mau wash butt
tak mau wash wee wee
takut sakit kena air.

ubat
ruamnya mesti diletak pelembab
Bepanthene.
bila disalut dengan Bepenthene
rasa selesa sikit.
ada lapisan pelindung tempat yang melecet.
tapi kalau tak ada pelindung
kalau tempat melecet kena bedak
Alice nangis :(
sekarang kita lebih kerap tukar lampin
terutama waktu malam
jadi ruamnya makin sembuh.

kesihatan terganggu
dalam masa yang sama juga Alice batuk².
kalau terbatuk waktu tengah tidur
mommy selalu berdoa saja
moga² tidur Alice tak terganggu.
kadang² Alice terjaga juga :(

ditambah dengan selsema!
kakak pengasuh kata
mungkin berjangkit daripada budak di nursery
ada yang selsema.
kesian susah nak menyusu
dan hidung berbunyi bila bernafas
waktu tidur.

dalam masa yang sama mommy pun kebetulan selsema juga.
mungkin sebab cuaca yang sejuk sangat
tapi kita orang dewasa senang boleh uruskan sendiri
baby yang tak pandai lap hingus
dan blow nose :(

tragik
yang paling tragis
tidur Alice tergangugu malam².
ruam, batuk, selsema
ditambah dengan sakit perut.
mommy dan daddy pun jadi tak cukup tidur.
mujur mommy banyak kerja
kalau tak mau terbongkang kat pejabat.
daddy tak tahu la macam mana.
tq daddy sebab daddy strong untuk kita :)


small leaves


big leaves


open gate


ketuk² solex kuat² ikut suka hati
sampai bising bunyi kenlentung kenlentang
:p

no biggie
keadaan Alice ini
adalah salah satu sub-topik
dalam salah satu chapter
sepanjang kita membesarkan dan mendidik Alice.
selain daripada kesihatan yang sedikit terganggu,
meragam malam²,
tapi waktu² lain
kita tetap suka hati main sama Alice
dan tengok telatah dia
yang tak boleh duduk setempat
dengan mulut yang banyak itu ini nak cerita :)

mudah²an Alice cepat sihat sepenuhnya
cepat belajar pandai²
dan dengar kata daddy, mommy & pengasuh.
selamat berpuasa!
moga amalan kita diberkatiNya!
:)

p/s: hari ni Alice masuk 15 bulan, alhamdulillah :)

Thursday, July 26, 2012

belajar cara baby Alice


boleh 'open gate' dari sini?


main kasut


main bayang² sambil main kasut


main bayang² sambil main kasut sambil main batu


main kejar² dengan bayang²


main kat pavement yang goyang²


main kunci


makan key chain!

Thursday, July 19, 2012

perkembangan bayi: Alice 14 bulan 3 minggu

secara umumnya tak ada perubahan drastik minggu ni.
selain daripada sejarah yang dilakar oleh baby Alice
semuanya biasa saja.
Alice aktif, ceria, banyak cakap dan menyenangkan :)


untuk kenangan
Alice 14 bulan atas vespa daddy
:)


fisiologi
sekarang boleh nampak
sistem pencernaan Alice
dah boleh dikatakan matang.
dah stabil.
biasanya Alice akan buang air besar
pagi sebelum mandi dalam pukul 7.30 pagi.

kalau tidak,
sebelum keluar rumah pukul 8 pagi.
maknanya dah pakai cantik²
dah minum susu
dah pakai kasut sedia nak keluar rumah
baru perasan yang Alice dah yak.
jadi kena wash butt dan change pampers semula.
agak mencabar juga
sebab pada masa ni biasanya Alice dah semangat berkobar² nak keluar.
jadi dia tak suka bila kena masuk balik change pampers.
dia rebel.

jangan tunggu lama²
mommy tak kisah.
tak apa la.
kita pujuk saja Alice baik²
untuk masuk change pampers.
masih awal pagi.
tak terlambat pun kalau setakat nak tukar pampers.
bagus bila tahu bila Alice yak dengan konsisten.
boleh agak apa yang dia makan.
dan bagus juga bila tukar pampers cepat
sebab kulit Alice ni agak sensetif juga.
kita boleh tau bila lambat tukar pampers
sebab akan naik ruam.

alhamdulillah
kalau di peringkat awal
ruam sikit saja
boleh sapu cream yang doktor bagi
Zaricort (sila dapatkan nasihat doktor!).
malam ni sapu
pagi esok dah baik ruamnya
:)

gangguan

ada juga masanya
bila Alice makan nasi
yak akan jadi lebih pejal.
sampai 2 hari tak buang air besar.
kemudian kita boleh nampak
dengan bersusah payah dia meneran
dan bila dah keluar yang panjang, padat dan keras
selepas itu dah kembali semula macam normal
pagi esoknya.
alhamdulillah!
:)


tak boleh berhenti
habis 1, mintak lagi
habis 1, mintak lagi
habis 1, mintak lagi
o_0


F & B
memang tak cukup dengan menyusu saja
memang kena beri Alice makan
dan minum air kosong sejuk segar
baru boleh kenyang.

awal² dulu mommy kata kat Alice 'let's eat rice'
Alice buat macam biasa saja
bila kata 'makan nasi'
terus Alice pergi kat meja makan dan tunjuk makanan atas meja.
oho kat nursery cakap 'makan nasi' kot
sebab tu tak faham 'eat rice'
:p

tak banyak Alice makan
nasi dalam setengah sudu besar
sayur, daging atau telur kecik²an
dan mommy suapkan pakai tangan.
kalau suap guna sudu
macam² jenis permainan Alice boleh main dengan sudu tu.
bila bagi Alice suap sendiri pula
memang tahap kena mandi selepas makan tu :D

mungkin pada masa terluang
boleh beri Alice makan suap sendiri
tapi untuk hari² biasa
biarlah dapat berkat kasih sayang daddy yang sediakan nasi & lauk best²
dan berkat air tangan mommy yang suapkan Alice :)

nak tahu dia dah kenyang senang saja.
suap makanan masuk mulut
kunyah²
pas tu diluahkan keluar pun sesuap lengkap juga.
sudah la tu.
enough.

drink water

dan daddy bawa Alice ke sinki
basuh tangan dan mulut
serta kemudian lap tangan dan mulut kering²
:)


how do you like this new glasses?
selain senyuman menawan
sun glass juga dapat menaikkan seri wajah! :p


tatish
oh ya, kita tak pernah beritahu
sebenarnya sejak Alice ada gigi 4 batang
Alice suka 'tatish'
bukan 'tatih'
tapi 'brush teeth' :D

awal² dulu Azman Saini Abdul Salam Babji
ada berkongsi tips² awal
untuk berus gigi baby.
memang mahal juga baby dental care ni
tapi alhamdulillah
kita jumpa pilihan yang murah
berus gigi Kiko dengan cover
sama ubat gigi Mukmin perisa strawberry untuk kanak²
yang boleh ditelan.
maaf tak ada gambar sebenar dan juga harga.
beli kat mana pun dah lupa :p


lebih kurang rupa berus gigi Baby Kiko
cover dia colorless
bukan cantik macam ni
:)


yang Alice suka bukan part 'brush teeth'
atau 'brush tongue'
tapi Alice suka makan ubat gigi :p
bila dah sedia nak 'go bath'
belum sempat buka pampers
Alice dah nak berlari masuk dalam bilik air
bila nampak
bath matt,
soap
(sekarang guna free sample baby body shampoo dari Drypers),
tooth brush
dan tooth paste
elok bersusun dalam bilik mandi.
yang Alice kejar dulu?
tooth paste!
orang brush teeth ambil tooth brush.
Alice brush teeth guna tooth paste container! :p

wet joy
macam biasa kena selalu sabar dan enjoy
bila mandikan dan berus gigi baby.
waktu mandi Alice banyak main
banyak tanya
banyak cerita
dan banyak eksperimen :)
kadang² agak mencabar
bila Alice leka main
dan susah nak dengar
bila kita beri instruction
untuk brush teeth
atau clean wee wee
atau wash butt.

ikut nasihat Prof. Dr. Rozieta Shaary
jangan 'kacau' waktu baby tengah concentrate
dalam 'Genius State'.
biar dia kusyuk belajar
beri masa sedikit
kemudian baru kita panggil.
baby jadi lebih alert dan lebih reaktif
berbanding dia tengah syok main
kita terjah suruh buat itu ini.

terima kasih atas ilmu yang dicurah Prof. Dr. Rozieta Shaary!
berkongsi secara percuma di fb
hanya Tuhan yang dapat membalas harga yang setimpal!


sangat teruja bila dapat keluar rumah
suka main sana sini ikut suka!
:D


kasut oh kasut!
macam biasa juga
Alice sangat suka kasut
asal dapat peluang nak main kasut.
bila balik dari nursery
atau nak pergi nursery
dalam kereta
asyik undo velcro kasut
tanggal kasut
dan buat apa² saja dengan kasut.
sekarang ni dah kurang sikit baca buku
mungkin kena beli buku baru :)


Alice suka pilih baju sendiri
:)


princess in the dungeon
kat rumah
kita sidai baju dalam satu bilik
indoor
dan dalam bilik tu
ada macam² barang yang disimpan.
sejak Alice mula berjalan ke sana sini
kita dah childproof rumah
termasuk bilik tu.

alat² tukang daddy
bahan² kimia
barang² berisiko
semua dah letak atas.
dalam bilik tu
cuma barang² tak merbahaya yang boleh Alice capai.
stok teddy bear banyak²
puting susu lama yang keras (masa Alice baru belajar minum botol)
kotak² bekas vespa kecik daddy
selipar hotel
dan dua tiga barang lain.

bila Alice masuk bilik tu
kalau tak pilih baju
semua barang dekat rak tu dia selongkar.
setakat 'pilih baju' tak apa.
selalunya Alice akan keluar bawa 2 hanger -
satu baju dan satu seluar
tapi bila tengok balik kat bilik tu
hanger lain dan baju lain semua bersepah² kat bawah
dah tak bergantung lagi.

kalau kita perasan
baby boleh fokus 1 perkara pada 1 masa
kalau tengah pegang 1 bola
beri bola lain,
bola awal tadi, dia tak sedar dia lepaskan.
sama juga kalau dah pilih satu baju
tapi kat bilik tu terjumpa pulak benda lain yang lebih menarik
dengan tak sedar
baju dia dah tinggal saja.

memandangkan masa itu sangat berharga
dan sangat terhad
mommy pun ambil keputusan untuk tutup saja bilik tu.
boleh jadi stress
kalau setiap kali Alice masuk
setiap kali juga kena kemas balik.
tunggu la bila kita ada masa lapang
kita main sama² kat situ ya.
sementara ni
main dan belajar saja kat tempat lain
selain daripada bilik tu
:)


suka sangat dengan susu
dan suka hisap tangkai beg susu
:)


puasa dan raya
dah nak masuk bulan puasa
mommy harap Alice boleh terus menyusu sampai umur 2 tahun
dan tak terkesan dengan bulan puasa.
memang bekalan susu dah tak berapa nak meriah akhir² ni.
moga ada rezeki Alice.
kalau kurang, harap² boleh tambah dengan makanan dan air kosong
bukan tambah dengan susu formula
:)

pasal puasa, tunggu masuk sekolah tadika
belajar puasa
macam mama Pi
yang mula puasa 30 hari lengkap
sejak umur 6 tahun :)
mudah²an!
insya Allah!


i love my daddy
main tab sama daddy :)
(daddy tak bagi amek gambar ni!) :p

Sunday, July 15, 2012

hari ini dalam sejarah!

sejak umur 3 bulan
Alice dah kenal orang.
sejak itulah bermulanya stranger anxiety.
Alice tak mahu dengan sesiapa
selain mommy dan daddy
tak kira dah berapa kali pun jumpa orang tu
Alice tak mahu.

sampai umur 13 bulan
Alice dah lebih terbuka dalam terima orang lain
selain mommy dan daddy.
bila diberi masa
dan diyakinkan dengan baik
Alice akan salam cium tangan
dan kalau nasib baik
dapat kiss (Alice kata 'pis!') kat pipi
:)

hobi baru
masuk umur 14 bulan
bila Alice dah biasa berjalan
Alice ada kegemaran baru
iaitu pergi keluar jalan².
outdoor.
maka Alice obses dengan kasut
sebab setiap kali pakai kasut
Alice akan dapat keluar jalan²!

yang tak disangka²
rupanya kegemaran untuk keluar jalan² ni lah
yang telah membuatkan Alice
teruja nak keluar rumah
tanpa mommy dan daddy! :0
huh?!
sejak dalam kandungan lagi
tak pernah Alice ke mana² tanpa mommy atau daddy!
takkan Alice nak keluar jalan²
masa mommy dan daddy tak ada?!


nak keluar punya pasal
tak ada mommy, tak ada daddy pun tak kisah!
Alice keluar juga!


ya.
hari ini dalam sejarah.
malam itu mama Pi dan mama Su tidur rumah kita.
pagi² bila mama Pi dan mama Su nak keluar
pergi beli sarapan
Alice dengan tak mandi
tak change pampers
terus ambil kasut
keluar ikut mama Pi dan mama Su
pergi mamak!

biar betul?!
mommy terkejut
tapi mommy biarkan saja.
mommy yakin walau pun dua² mama Pi dan mama Su masih bujang
belum ada anak
tapi mesti mereka akan jaga Alice dengan baik.
mommy memang tak sangka!
tapi tak apa la ...

daddy pula lain cerita
daddy beriya² suruh mommy ikut
walau pun mommy belum mandi dan tak siap².
daddy kata tak apa
sebab mama Pi dan mama Su pun keluar pakai baju tidur saja :p
daddy tak mahu nanti Alice menangis
kalau tak ada mommy atau daddy.
setelah dipujuk² baru la daddy redha :D

camner? camner? camner?!!!!
tak la lama mama Pi, mama Su dan Alice keluar.
cuma pergi mamak
beli roti canai, nasi lemak, sambal kerang, ayam goreng dan air milo panas.

mommy tanya
Alice nangis tak?
mama Su kata Alice asyik naik turun tangga.
kat mamak ada 3 anak tangga
jadi Alice asyik naik turun naik turun :p

naik kereta MyVi mama Pi
Alice berdiri kat seat depan
dengan mama Su duduk depan Alice.
mommy nampak dari tingkap rumah.
Alice berdiri saja sepanjang perjalanan?
Alice ni memang tak suka dipegang.
nak bebas buat itu ini tengok sana sini.

mama Pi kata juga
lambat sngat Alice jalan
asyik tengok itu ini
tapi sebab masa mama Su pimpin tangan Alice ok saja
jadi mama Pi pun bersabar tunggu Alice.

there's always the 1st time
pengalaman pertama (mommy!).
Alice seronok saja rasanya.
mommy yang tak sangka
rupanya Alice akan ikut orang yang nak keluar
walau pun secara umumnya
Alice suka duduk main dengan mommy dan daddy saja.
mungkin sebab Alice dah kenal
malam sebelum tu kita duduk berborak ramai²
sampai pukul 1 pagi.
(sampai pukul 1 pagi! cepat Alice lena dan tak bagun² sampai pagi)

hari ini dalam sejarah!
lepas ni apa pulak sejarah yang Alice nak lakarkan eh
:)

p/s: tq mama Pi & mama Su jaga Alice baik² dan sabar dengan kerenah Alice :)

Saturday, July 14, 2012

video : baby girl dan kasut!

salah satu ciri 'keperempuanan' Alice
dia suka sangat dengan kasut!
mungkin sebab baru pandai berjalan
jadi kasut adalah sesuatu yang baru bagi Alice.

bila dah dapat main kasut
memang suka sangat dia!
payah nak dilarang!
di nursery
Alice berat nak masuk
tapi cepat pergi bila disuruh
'take off shoes and put at the rack'.
siap sempat main kasut orang lain lagi!
:p



yang manisnya
baru² ini daddy pilihkan sandal
yang ada bunyi² untuk Alice
.
sebelum ni ada sepasang kasut yang berbunyi
tapi jarang diguna
sebab besar dan asyik tertanggal bila dipakai.
jadi bila dapat sandal ini
Alice suka sangat²!
disimpan dalam drawer tempat barang² kesayangannya!
bila nak pakai, bagi mommy,
mommy
keluarkan dari kotak dan pakaikan.

lepas pusing² pakai sandal lebih kurang
simpan semula sandal dalam kotak
tapi kotak diusung ke hulu ke hilir tak mahu disimpan :)
simpan sekejap, kemudian beri semula pada mommy
untuk keluarkan dan pakai lagi.
alahai baby mommy!
:)

Thursday, July 12, 2012

belajar menghargai alam ciptaan Tuhan

memang seronok tengok perkembangan anak membesar
sampaikan ada orang
tulis blog panjang² pasal baby
sebab nak rekod perkembangan bayi
untuk rujukan akan datang
(siapa la tu kan?!) :p

perjalanan
terbaru tentang Alice
ialah perjalanan nak ke nursery dan balik dari nursery.
bukan sampai ke rumah
tapi sampai kereta saja :p

dulu sebelum pandai berjalan
turun dari kereta mommy dukung
terus sampai masuk nursery.
sekarang turun dari kereta
mommy dukung sampai tempat selamat yang tak ada kereta lalu lalang
kemudian Alice jalan sendiri
sampai ke nursery.

betul² macam Alice in wonderland!
:D


pagi² nak pergi nursery
mommy ajar main pijak daun kering
sebab tengok Alice tertarik
bila pijak daun kering ada bunyi
:)


bila Alice leka sangat tengok itu ini
nak suruh dia jalan cepat senang saja
tanya dia 'Can you open gate, or you want mommy open for you?'
bersungguh² nanti dia pergi tolak!

mommy pun tak kisah
malah mommy galakkan untuk Alice meneroka.
itu saja rasanya peluang yang ada
untuk jalan² outdoor hari².
tempat pun selamat
tak ada kereta lalu lalang
sebab nursery Alice corner unit
dalam gated community area.

apa lagi kita keluar awal
(ikut tabiat baik daddy!)
jadi ada banyak masa untuk jalan² tengok itu ini
:)

mari belajar
Alice memang suka tengok itu ini.
paling dia suka
sentuh jalan bertar (yang ini ok lagi),
kutip sampah yang bukan semulajadi
(macam² orang buang - tin breath freshener la, bekas air minuman la),
sama usik sport rim kereta yang parking dekat situ
(yang ini tak boleh, kotor! nanti tangan hitam²!).

ada juga pokok bunga hiasan kat situ
tapi bila rimbun² ada banyak serangga.
lalu saja pun, tau² tangan Alice dah merah setompok!
tak apa lah, balik nanti sapu krim yang doktor beri
cepat baik bengkaknya :)



balik bawa beg sendiri.
ni confirm waktu balik sebab rambut ada ikat 2.
dengan daddy - tak suka dia rambut Alice berikat²!
:p


takjub tengok perkara baru
:)


ada akar pokok kat bawah
pavement terkopak
dan bergoyang² bila kita lalu atasnya.
antara laluan yang Alice suka
:)

menakjubkan bila perkara kecil² semua baby nak tahu
yang mengingatkan
kita ni selalu ambil mudah
kita asyik bekerjar sana sini
tak hiraukan burung berkicau
daun berwarna warni
orang lalu lalang
dan udara segar.
indahnya dunia ciptaan Tuhan!
:)

Wednesday, July 11, 2012

persediaan bercerai

Alice dah masuk 1 tahun 2 bulan
sekarang ni waktu yang agak molek
untuk bercerita pasal soal ni.

Alice dah makin berdikari
dah boleh berjalan
faham dah boleh patuh banyak arahan,
tak susah sangat menjaganya.
yang paling penting, faktor terbesar
sejak umur 6 bulan
Alice dah mula minum air kosong
dah makan makanan pejal.

jadi sekarang bila dah umur 14 bulan
boleh la lebih bersungguh²
untuk bercerai susu.


walau pun ada beg sekolah warna pink yang cantik
Alice lebih suka bawa beg susu dia!
:D


ohohoho tak ada gosip mak jemah di sini!

kenapa nak bercerai susu?
sebab utama ialah kualiti susu ibu dah menurun
dan baby perlu nutrisi daripada makanan
untuk kesihatan dan tumbesaran.
bila asyik menyusu, Alice jadi kenyang susu saja
kurang makan.

serta sebab selfish mommy Alice
ialah mommy nak tidur terus menerus dari 12 malam sampai 6 pagi.
tak mahu bangun menyusu.
bunyinya memang macam mementingkan diri
tapi rehat yang cukup tu maha penting.
semua orang pun perlu rehat.
part ni paling payah rasanya
sebab boleh agak
yang baby menyusu malam² bukan untuk kenyang
tapi untuk sumber ketenangan
:)

bab lain - setakat sakit
bila baby yang dah bergigi menyusu
rasanya itu biasa saja.
tak jadi faktor penyumbang pun.
pengorbanan seorang ibu
:)

cabaran terbesar untuk bercerai susu
ialah ibu bapa mesti berlipatkali ganda rajin
untuk sediakan makanan baby
yang bukan saja berkhasiat,
tapi segar, banyak variety dan sentiasa menarik.
di sinilah pentingnya kuasa gagah perkasa daddy
:D

perlu la sediakan sendiri
supaya tak beri makanan berproses
sejak awal lagi.

situasi sekarang:
pagi:
bangun pagi Alice lapar
nak menyusu seawal 6 pagi.

selepas mandi
dalam pukul 8 pagi nak menyusu
tapi boleh alihkan perhatian dengan main.
(kadang² kena paksa menyusu sebab takut lapar di nursery)

petang:
balik rumah dari nursery Alice lapar
lepas mandi
dalam pukul 7.30 malam
bentang rubber mat
dan beri Alice makan (suap sendiri)
nasi dalam setengah sudu besar
sama sayur yang dikecik²an
(pernah beri Alice makan keledek saja, kemudian kena sembelit!).
minum air kosong.

malam
dalam pukul 8 malam Alice main atau baca buku
kemudian sedia untuk tidur.
waktu tidur wajib menyusu sampai terlena.

tengah malam
terjaga beberapa kali
kalau tepuk² saja terus menangis kuat²
(kalau tepuk maknanya tak dapat susu!) :p
kadang² bukan minum pun
saja nak manja sama mommy
:)



tak dapat minum susu
dapat hisap tangkai beg susu pun jadilah!


baby-led weaning
cerai susu ditentukan oleh anak

kenapa
- perlu makan seimbang, tak bergantung kepada susu sahaja
- (emak baby!) nak tidur malam, tak mahu bangun menyusu

cara semulajadi
- belajar kegunaan gigi
- pengaruh sekeliling (kawan, ibu bapa)
- ingin tahu

proses
- jagan tawar, jangan tolak untuk menyusu
- tangguhkan
- singkatkan masa penyusuan
- menyusu waktu malam atau pagi sahaja
- tawar menawar
- sibukkan bayi dengan aktiviti
- makanan seimbang
- susu gantian?

cabaran selepas cerai susu
- kreatif pemakanan anak

tak boleh juga nak kata
senang atau susah
bila nak cerai susu
dengan keadaan ibu yang tidak mengandung
atau tak ada baby baru.
mana² situasi pun tetap ada cabarannya
:)

menjelang Alice *2 tahun
kalau boleh dah berhenti direct feed sepenuhnya.
insya Allah!
:)

*kalau berhenti menyusu sebelum 2 tahun
kena beri susu formula!

Saturday, July 7, 2012

berkelah tepi laut

tak ada yang lebih nikmat
selain daripada kesempatan
untuk meluangkan masa dengan keluarga
bila semua orang sihat, gembira dan cukup makan :D

rupanya bila Alice dah semakin membesar
abang nak beri peluang semula pada Alice
untuk rasa semua pengalaman
yang dah dilalui sebelum ini.
pergi zoo, aquaria, taman burung, berkelah tepi sungai dan laut, melancong sana sini.

Alice dah besar, katanya
lebih faham sekarang
boleh belajar dengan lebih berkesan
lebih seronok
tak macam waktu kecik dulu :)
mommy iakan saja.
sejujurnya
bila kena jalan jauh² tengah panas
(macam pergi zoo & taman botani!)
memang mommy lemah betul! :p

syukur abang ajak kita berkelah tepi pantai saja kali ini.
bawa Alice mandi laut
bagi kena matahari sikit
dah basuh kulit dengan air garam.
picnic, yeah!
:D

sebulum ini kita bawa Alice ke sini
ialah waktu umur Alice 8 bulan
.
rambut pun pendek lagi :)
muka pun lebih bulat dari sekarang :D


balik Seremban.
bagun pagi² punya la seronok
tengok bunga kat laman
:D


see Alice, snail!
so slow!



punya la banyak barang pembinaan mama Su belikan!


kita sampai dalam pukul 9 pagi
air pasang sampai atas
ombak boleh tahan besar!


mari mandi laut yeah!


bukan main tekun
Alice belajar korek pasir
daddy ajar


tq mama Su teman kita pergi berkelah.
nak mandi lama², Alice kecik lagi.
dah besar sikit nanti boleh berendam sampai malam sama²
(kalo daddy dia bagi)
:p


hahaha kena timbus!


apa daa kota salah bikin
ada pagar senget sebab tak muat! :p
mula² nak buat castle tapi tak jadi.
'mama Pi tak ada, tu pasal tak jadi!' kata mama Su
:p


aik? apa tu?!


lepas bina castle
acuan castle boleh buat bekas kuah roti canai :D


mama Su bagi Alice makan koko krunch
kiri kanan Alice makan punya la sedap! :p


nak bawa semua pengorek
tapi tak larat sampai nak terjatuh²
nasib baik mama Su sempat sambut Alice! :p


thank you daddy bawa kita picnic tepi pantai :)


dalam perjalanan balik
pokok tumbang.
daddy sama orang ni tolong tolak ke tepi.
kalau tak, sampai ke sudah kita duk tunggu tak boleh lalu!


cantik kan tempat ni
laut dan langit dah bersambung :)


Alice dengan Happy Meal.
awalnya dapat 2 toys yang sama
siap mama Su pergi tukar supaya dapat 2 toys yang berbeza :D


balik rumah Alice tak boleh duduk diam
sibuk nak usik itu ini belajar sana sini.
daddy suruh Alice cuci tangan.


nak gerak dah
Alice tolong kemas
how sweet :)
baby mommy dah besar, cepat saja belajar itu ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...