damdiduuu

Wednesday, September 21, 2011

Panduan membeli barangan bayi: afterthought

Alice dah nak masuk 5 bulan
(peluang cerah nak tercapai susu ibu esklusif 6 bulan yay!) :D
rasanya dah boleh review balik pasal barang bayi yang sebelum ni

lampin

saiz lampin
tali pusat tanggal pada hari ke-7.
tapi pusat kering lambat
sebab PPUM tak bagi spirit untuk keringkan pusat
dan kita pun tak tau perlu spirit tu! ... alahai anak pertama.
selepas tu Alice kena umbilical hernia.
bulan ke 3 baru sembuh.

masa pusat belum kering kita pakaikan Alice lampin lipat² kat bahagian perut tak nak terkena pusat.
lampin New Born guna 3 paket x 52pcs
selepas tu guna saiz S.
sekitar bulan ke 3 - 4 dah nampak kecik, tukar ke saiz M.

lampin New Born ada poket untuk bahagian pusat
tapi rasanya yang saiz S pun ok untuk bayi baru lahir.
banyak hospital swasta yang bayar mahal & hospital kerajaan pun biasa guna Pureen Dry 5 saiz S.
(mulanya nak kata 'hospital bagi' tapi sebenarnya harga lampin dah termasuk dalam bil, jadilah 'hospital guna')
rasanya selagi bayi duduk dengan kita, selagi kita ada 24 jam stand by boleh tukar lampin bila² masa, tak kisah sangat nak pakai lampin murah pun.
dah hantar nursery rasanya baru kena jaga² sebab di nursery tukar lampin ikut jadual.
setakat ni Alice ok dengan Drypers.
kalau google, ada yang kata lampin bocor bukan sebab lampin tapi sebab cara pakai yang tak berapa tepat.
setakat ni Alice belum ada masalah lampin bocor lagi, alhamdulillah :)

berapa orang yang diperlukan untuk tukar lampin bayi baru lahir? :D


kuantiti lampin
lampin, pada awal² bayi lahir memang guna banyak.
tak tahu la sebab kita yang tak berpengalaman ke atau memang gitu :p
ada kalanya tengah tukar lampin bayi membuang,
atau dah cantik² berbedak bayi membuang,
atau selepas tukar lampin ke 2 sebab situasi sebelum tu - bayi membuang lagi!
sudahnya 3 lampin baru settle!) :p
lama² lepas masuk bulan ke 2 dah kurang.

sekarang Alice dah dihantar ke nursery.
biasanya tukar lampin:
bagun pagi, mandi: 1 pc
hantar ke nursery: 6 pcs tapi mungkin guna 2-3 pcs saja
balik rumah 7pm: 1 pc kalau perlu
malam 9pm: 1 pc kalau perlu
sebelum mommy/ daddy tidur 12am: 1 pc
lepas tengah malam kita tak tukar sebab Alice ok saja tak komplen :p

kalau keluar, biasa disediakan 8 pcs lampin dalam beg Alice
termasuk kemungkinan kalau kena stay overnight mana², selamat :)

*mak ai! cerita pasal lampin je dah panjang berjela!

lain² yang berkenaan dengan lampin:

wet wipe:
Pureen 80s x 2 kat Tesco dalam RM11
pilih yang ni sebab unscented takut kulit bayi sensetif kalau banyak sangat bahan kimia :)

rash cream:
yang dicadang guna oleh pengasuh ialah Bepenthene harga kurang RM10 rasanya
katanya lebih bagus daripada rash cream yang pink tu

powder:
yang best guna, licin halus mulus Johnson & Johnson ori,
yang berubat bedak Agnesia/ Aiken

pengelap:
lepas lap dengan wet wipe, anginkan bagi kering & dab² dengan tisu sebelum letak bedak

changing mat:
kalau kat luar guna changing mat yang dapat sekali dengan baby bag.
kat rumah tak guna pun.
cuma lepas mandi saja guna changing mat untuk alas sementara nak siapkan Alice :)

tempat kegemaran kita tukar lampin & siapkan Alice selepas mandi ialah atas katil mommy & daddy.
masa awal² dulu ada je la pengalaman tau² tilam basah tak perasan bila.
sekarang bila dah pandai, sentiasa letak kain pengelap (ni guna kain bedung, tak guna towel) di kawasan berjaga² jadi boleh serap kalau berlaku tumpahan :D

rasa macam panjang je lagi topik ni.
bukan topik lampin, tapi topik barang² bayi.
sambung lagi lah ya :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...