damdiduuu

Sunday, September 18, 2011

Alice penat :(

baru sampai hotel, sian Alice meragam

padat!
itu la jadual Alice.
dari Tapah ke Cameron Highlands.
jalan bengkang-bengkok.
daddy sedap drift sampai gear tak masuk.
mommy muntah 2 kali :p

Alice nangis².
tak tahulah Alice nangis sebab tak kena layan, Alice pening kepala atau telinga berubah tekanan.
mommy tak larat nak layan.
mommy pening.
daddy sabar saja drive sambil Alice nangis².
bila berhenti, daddy tukar lampin Alice.
thank you, daddy!
mommy
tak larat, ingat dah check in baru nak tukarkan lampin Alice.

di Tanah Rata hujan lebat.
mulanya kita bagi Alice tidur di bilik lepas check in.
petangnya bila hujan dah reda kita ke pasar malam.
bukan hujan berhenti.
cuma reda.
hujan lagi sikit² :p

sempat la Alice bersejuk dan berhujan.
kemudian daddy belikan payung & sweater untuk Alice kat pasar malam.
sebelum tu balut dengan sweater mommy saja :p

sejuknya makan alfresco malam²!

malam makan steam boat.
damn!

makan kat hotel saja tapi alfresco la pulak.
daddy naik semula ke bilik untuk ambil tutup kepala Alice.

lepas makan kita ke kedai cenderahati di sebelah hotel.
sekejap saja.
Alice sejuk sampai bersin² walaupun dah pakai sweater, tutup kepala dan balut² dengan nursing poncho.
penat sangat, Alice tidur nyenyak malam tu.
cuma terbangun beberapa kali macam biasa untuk menyusu.

Alice berbalut pun sejuk, walau pergi kedai sebelah hotel saja

esoknya selepas sarapan kita keluar jalan² ke ladang² dan pusat cenderahati.
kemudian terus balik ke Kuala Lumpur.
dalam kereta Alice meragam.
mungkin pening agaknya dia.
mommy sabar² pujuk Alice banyak² kali.
daddy sabar² drive balik.

penat, Alice dalam perjalanan balik sebelum ke Kampung Pandan

sampai rumah dekat 3 petang.
mommy mandikan Alice.
tak mandikan dia di Cameron Highlands takut sejuk sangat.
lepas mandi Alice tidur.
semasa mommy angkat Alice untuk bertolak ke Kampung Pandan, Alice terjaga.
dalam kereta Alice meragam sebelum tidur.
kesian dia! :(

hampir ke destinasi di Kampung Pandan, mommy cuba kejut Alice.
Alice tak mahu bangun.
dah sampai, dah diangkat dari carseat baru Alice bangun.
natijahnya?!
mood Alice tak baik di majlis aqiqah Ainul Mardhiah.
kesian dia :(
Alice menangis dari awal kita datang sampai balik.
dah nak balik dalam kereta pun menangis lagi.
mommy pujuk² lama² baru Alice tenang.

mommy tak dapat nak ambil gambar, semua mama Mia yang tolong


di sana ramai yang cuba dukung dan pujuk Alice.
ada yang tanya - Alice penat?
Alice nak tidur?
Alice lapar?
Alice nak menyusu?
Alice kembung perut?
Alice panas?
Alice tak selesa pakai baju kurung?
... jawapannya semua di atas kot :p
satu rumah tu semua orang dengar Alice menangis kuat² sangat
(rasanya tak sampai satu Kampung Pandan lagi la!).

Ainul Mardhiah tengah sedap tidur lepas marhaban :)


Alice mood tak berapa baik nak kawan² dengan semua orang :(


puas mommy pujuk baby princess baru dia ok sikit!


balik rumah daddy & Alice sama² tidur.
sama² penat.
sama² rasa tak berapa sihat.
daddy siap berhenti di petrol station muntah².
tak tahu kenapa sakit perut.
kesian daddy & baby mommy :(

sayang sungguh kita tak dapat datang awal untuk majlis aqiqah tu.
dah habis marhaban.
nak tunggu lama² pun mommy tak sampai hati tengok Alice meragam.
daddy moyok saja tak cukup rehat masih penat.
mommy pun tak sempat borak² sama mama Mia yang dah sarat - minggu depan agaknya nak bersalin :)

terima kasih untuk Ainul Mardhiah sekeluarga yang sudi menjemput.
tahniah dah selamat aqiqah :)
ramai ahli keluarga pakai baju raya cantik² tema ungu!
makan semua sedap².
kuah ayam manis, mommy suka.
masakan kambing memang sedap, banyak ramuan dan daging kambing segar!
ulam raja pun dah lama tak makan, baru dapat merasa nikmatnya.
yang paling special - cupcake dalam goodie bag!
hahaha mommy memang suka cupcake dengan fresh cream! :)

cupcake mommy suka! terima kasih banyak! :D
waktu ni di petrol station - Alice tak berhenti nangis lagi, daddy muntah² :(

mudah²an Ainul Mardhiah sekeluarga diberkati, sentiasa dilindungi, semakin bahagia dan selalu senang :)
moga² majlis lain Alice dapat datang kawan² sama semua orang, mood baik & tak meragam.
selamat hari raya!
(eh boleh cakap 'angpow lai lo' ke?)
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...