damdiduuu

Tuesday, September 27, 2011

Alice 5 bulan & stranger anxiety

ecece Alice sudah 5 bulan! :)


27 September 2011
Alice dah 5 bulan :)
alhamdulillah
syukur atas semua nikmat kurniaanNya :)

selain daripada belajar duduk dan meniarap,
cabaran lain bagi Alice ialah stranger anxiety.
sejak umur 3 bulan, Alice dah mula kenal orang.
alhamdulillah Alice sayang dan senang bila ada sama mommy & daddy
walau pun daddy selalu buli Alice :p

macam² daddy try buat kat Alice
selagi Alice belum menangis kuat², selagi tu la daddy seronok buli.
banyak juga yang kita dapat tahu bila daddy suka buli Alice.
kita nampak perubahan dia hari ke hari
apa yang Alice boleh tahan
apa yang Alice suka
apa yang Alice tak nak.
mommy pun tak mau Alice lembik², baby mommy kena strong!

walau pun best kena buli sama daddy, mommy tak nampak pun Alice lebih suka mommy atau lebih suka daddy
dua² pun sama saja pada Alice.
kalau mommy pegang Alice, nanti Alice tengok & senyum² pada daddy
kalau daddy pegang Alice, nanti Alice tengok & senyum² pada mommy :p

bulan depan dah nak mula makan makanan pejal
sementara ni makan tangan dulu. ngap² ... best!

stranger anxiety
bila baby dalam lingkungan 6 bulan, dia dapat bezakan diri dia, mommy, daddy dan orang lain
baby mula tau dia boleh harap perlindungan pada mommy & daddy.
bila jumpa orang lain, baby jadi keliru
baby takut mak dan ayah dia akan hilang
dan dia terpaksa kena tinggal dengan orang yang dia tak kenal.
kalau kita pada situasi tu, kita pun takut juga kan

panduan apabila berjumpa bayi dalam peringkat stranger anxiety

beri masa
jagan terus terkam atau tegur baby
bagi masa baby perhati sekeliling
bagi masa dia menilai persekitaran dia
bagi masa dia pertimbangkan - orang ni selamat atau bala
bagi masa dia sesuaikan diri dengan persekitaran.

eye see you
biar baby lihat anda dahulu
supaya dia tidak terkejut
supaya emosinya tidak terganggu.
supaya penilaian yang baby buat terhadap anda tidak tergugat.
biar baby nampak anda bukan ancaman
anda lovable
anda gorgeous (ceh, perasan!) :p

rehat
terutama untuk bayi yang penat, lapar, baru mengalami perjalanan yang lama dalam kenderaan
beri masa untuk baby berehat
kita pun kalau penat mesti mood cranky kan
siapa nak bersosial time penat² -_______-

you're boring!
tak ada sesiapa nak bersosial dengan orang yang membosankan!
nak cakap apa?
nak buat apa?
(orang yang pergi 1st date ngan korang mesti menyesal, kan?!) :p
cuba pegang sesuatu yang menarik perhatian bayi.
cuba buat bunyi yang menarik perhatian bayi.
cuba buat sebarang pergerakan/ mimik muka/ suara yang menarik perhatan bayi.
cuba fikir aktiviti yang boleh menarik perhatian bayi.
cuba la jadi orang dewasa yang menarik sket! :p

usaha tangga kejayaan
bila baby takut, anggaplah itu cuma sementara
jagan malu untuk terus mencuba
baby pun manusia macam kita.
kena hari dan masanya, insya Allah semuanya baik :)

bersosial - kemahiran yang mahu dipelajari :)

panduan ibu bapa menangani bayi dalam peringkat stranger anxiety

contoh tauladan
apabila bertemu orang yang asing pada baby, mulakan dengan bersalaman atau berbual mesra.
baby akan rasa selamat apabila dia melihat sendiri yang ibu bapanya menerima orang asing tersebut.
kita mesti selalu ingat bayi selalu meniru apa yang dia lihat
baby belum tau hirarki sosial atau konsep hormat
jadilah contoh yang baik supaya bayi akan jadi lebih bagus daripada kita :)

selamat
apabila berada di tempat asing, sentiasa pilih kedudukan yang senang dilihat oleh bayi
pegang atau peluk bayi untuk mententeramkanya.
masih terlalu banyak perkara yang perlu bayi pelajari
maka berikan dia suasana tenang yang membuatkanya berasa selamat.

demokrasi
jagan paksa bayi untuk bersosial ketika dia belum bersedia.
ibu bapa sepatutnya memberi bayi ruang untuk membiasakan diri dengan orang baru dan situasi asing
lama atau pada masa yang singkat - bergantung kepada anak itu sendiri.
paksaan akan membuatkan bayi lebih berasa tertekan.

bantu
jangan ambil mudah atau tidak mengiraukan kesedihan bayi.
apabila tiada bantuan daripada ibu bapa, bayi akan menjadi lebih tertekan dan tidak mahu berenggang langsung dengan ibu bapa.
sebaliknya, dengan bijak cuba bantu bayi belajar mengatasi kekeliruanya.

awak (tak) busuk!
terangkan kepada mereka yang mungkin berkecil hati dengan penolakan bayi
bahawa ini merupakan satu fasa normal dalam perkembangan bayi.
ia bukan disebabkan oleh apa² kekurangan mereka yang tidak disukai bayi.
nothing personal, babe!

tau tak?!
beritahu kawan dan sanak saudara cara yang betul untuk menghadapi bayi.
beritahu mereka yang bayi memerlukan masa untuk menghadapi situasi dan orang asing.
beri masa dan sedikit ruang pada bayi untuk menerima mereka.
cuba tawarkan permainan, guna suara lembut dan bersabar.
jangan terus angkat bayi, jangan paksa eye contact dan jangan gelojoh :p

sayang²
sentiasa beri bayi sokongan dengan kata² nasihat, kata² yang menenangkan, pelukan dan sentuhan.
pada peringkat ini, bayi amat memerlukan sokongan dan kasih sayang ibu bapa dalam menghadapi situasi asing dan belajar perkara baru :)

tegal
mulakan dari awal, perkenalkan bayi pada orang baru ketika bayi masih kecil supaya mereka menjadi biasa dengan suasana baru dan tidak terlalu terkejut apabila dikelilingi orang ramai

*Nota:
mommy perhatikan, Alice selalu menangis kalau tiba² berpaling, dia nampak muka orang yang dia tak biasa.
sebaliknya, kalau makcik² yang sabar, yang duduk saja senyap², bila Alice dah settle down, bila Alice pandang muka mereka - baru mereka agah² Alice, maka selalunya Alice akan ketawa.
mommy rasa mungkin Alice belum bersedia, tiba² orang sergah dia, sebab tu dia menangis.
untuk pengetahuan, doktor pediatrician yang profesional dan hari² cari makan dengan bekerja dengan bayi pun tidak expect semua bayi suka mereka.
kalau doktor yang arif pasal baby pun tak semestinya disukai baby, apa lagi kita.
no hard feeling, ok?! :)

selamat bersosial!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...