damdiduuu

Monday, September 19, 2011

kawan tak nak kalah!

korang ada tak kawan yang tak nak kalah?
semua nak dia je lebih daripada semua orang?
ramai?
semua kawan pun macam tu? :p

dulu aku pernah tolong Mika & Micro Music buat gig di Paul's Place
tahun 2008 kalau tak salah.
antara barang simple yang aku pernah buat ialah writing board.
bukan papan hitam/ putih untuk tulis tu.
alas tulis yang boleh bawak kulu kilir.
ada tali ikat pen.
senang nak buat guest registration.
kepit kertas registration kat board tu guna klip kertas besar.
tulis guna pen yang berikat kat klip kertas besar tu.
settle.

wah tak sangka ada gambar ni!
Mika with whatever left of the writing board! :p

benda ni kalau nak beli kat kedai berapa sen je rasanya.
alang² boleh buat sendiri, DIY je lah kan.
kata indie :D

*selingan:
masa aku mula nak draft business plan untuk Micro Music, soalan pertama aku tanya Mika -
'Kenapa kau organize gig?'
(soalan dah alih bahasa sebab masa tu aku belum fasih sangat lagi berbahasa Melayu.
bila dah tengok dalam scene ramai pak we Melayu kiut², baru aku biasakan cakap Melayu) :p
jawapan Mika
(juga alih bahasa)
'Aku nak bagi peluang kat budak² baru main gig sebab masa aku mula² main muzik dulu tak ada platform untuk budak² baru perform kat gig. Semua organizer pilih band² besar yang boleh tarik crowd & buat duit je'.
terkedu aku.
mulianya niat dia.
sayangnya ada band baru yang tak jamming, tak sedia apa², terus datang nak perform.
(datang lambat lak tu.
dah datang lambat, lepak makan kat mamak dulu.
main drum koyakan snare, pecahkan cymbal, rosakkan mic & cable.
pas tu tak support band lain.
datang selekeh² tak bawa kawan² pun.
kalau bawa awex, band boy, photographer, manager, crew ramai² sume nak masuk free.
tu belum cerita yang tak datang tapi tak bagitau organizer lagi tu ...
amboi banyaknya komplen, Zaza!) :p
bila main tak tight, gig start lambat sebab band datang lambat, bila main tak ada crowd support - organizer yang disalahkan.
apa boleh buat ....
btw, aku tak jadi pun buat business plan untuk Micro Music sebab tujuan dia bukan untuk untung.
last² aku draft plan untuk melicinkan operasi je, untung rugi boss yang kira sendiri :p
sebab tu rasanya aku suka je tolong² kat gig² kecik sebab aku tau azabnya nak organize gig kecik berbanding untung dari segi wang ringgit
* tamat selingan. kata pun selingan. nak berapa panjang?!

zaman dulu², shooting band Kelip² kat Paul's Place :)

berbalik kepada cerita asal
aku pun buat la writing board ni kat opis.
guna barang² opis terbuang :p
potong kotak
balut dengan majalah
nak bagi best sikit, ada part yang balut guna kertas A4 putih
kasik budak² conteng² time dorang bosan :D
tak lama pun boleh guna board tu.
kejap dah terlipat
biasa la barang free
(mental note: lepas ni kalau nak DIY mesti buat barang yang durable!)

yang aku nak cerita sebenarnya bukan pasal writing board tu.
tapi pasal member yang tak nak kalah.
kan kat opis aku potong kotak & balut dengan kertas majalah.
korang tau apa budak opis aku buat?
potong majalah buat penanda buku!

... mulanya aku ingat - perasaan aku saja kot.
mana tau dia betul² perlukan penanda buku ke masa tu kan.

kemudian aku pergi makan kat Tesco Mutiara dengan si fulan tu.
kebetulan masa tu sohabat sejati aku, Farah kerja situ.
aku ajak Farah makan sama
walau pun Farah dah bosan makan kat semua restoran kat Tesco Mutiara :p
biasa la bila semua orang jumpa Farah confirm borak lama punya
sebab Farah kaki kelentong

korang tau apa jadi lepas tu?
si fulan budak opis aku beriya² bawa housemate dia jumpa aku.
... sebab dia pun ada best friend?
... erk?!

di situasi lain
ada budak ni pulak sakit hati
sebab housemate tak bagi pinjam kereta baru
tak dapat nak tayang kat orang opis
konon² pergi kerja dengan kereta baru.
tak nak kalah punya pasal, dia pun beli la kereta baru
lagi gah daripada kereta member tu.
lepas tu dengar lama juga dia ikat perut
hidup tertekan sebab tiap² bulan tak cukup cash ...

ada pulak member yang konon kata tak mau letak gambar anak kat fb
letak pun gambar sipi² je
gambar mahal, katanya.
tak tau lah nak mengaku masih dara ke apa.

sampai la bila member tempek gambar² anak bergumbira di event sana sini
baru dia mengelabah.
tiba² bukan main banyak gambar anak tu!
satu scene siap sampai 4-5 shots
meriah sungguh album anak dia.
sampaikan sebelum raya pun dah siap ada pre raya shoot.
hari raya lagi la
dia orang pertama yang upload gambar raya
tak nak kalah punya pasal!

layan gambar Alice sudah!
Alice baru lahir, tidur saja. Bibir pun masih lebam belum warna pink lagi :)

korang rasa orang yang tak nak kalah ni orang yang macam mana?
aku pernah terbaca kat satu laman web
laman ni tempat hasil karya seni & fotografi kreatif
agak porno juga la laman web tu :p
design kat laman web tu sangat elaborated!
semuanya grand dan overkill.
kat situ ada tertulis
'Minimalism are for quitters'
(Eceh ... kantoi! korang tau ke laman web apa tu?) :p

aku yang self-proclaimed minimalist ni macam sentap juga la kot.
cumanya, mungkin ada kebenaran kat situ.
kalau kita beriye², bersungguh² baru la boleh berjaya.
dah alang² grand, kena la teruskan
tak boleh patah balik.
mungkin juga minimalist tu apa² hal boleh ubah sikit² pas tu dah jadi ok
mungkin juga minimalist tu quitter.

mungkin orang yang tak nak kalah tu rasa dalam hidup ini dialah juara?

Farah pernah cerita pasal sepupu perempuan dia
famili ada business kat UK
di Malaysia sepupu tu drive BMW 2 pintu.
bila orang himpit, dia bagi je jalan.
bila pergi Pavillion nak beli handbag Coach, sales person tak layan
sebab sales person lagi seronok attend mak datin yang pakai gelang emas sampai siku.
sepupu tu sabar saja, dia tak kisah
dia kata 'Bio le ...'
(hahaha kantoi bila cakap Bahasa Melayu tau lorat Perak je!) :p

gambar hiasan: apa ada dengan Coach?

jadi macam mana?
orang yang senang dan gembira tak kisah pun nak bersaing dalam hal yang remeh temeh?
atau orang yang tak nak bersaing tak pernah menang?

... ntah² korang pun sama tak nak kalah kan?!

1 comment:

  1. A'kum..salam perkenalan. Tengah goggle2..sebenarnya nak cari wall paper..then terjebak plak dengan blog u. Emmm..wall papernya menarik tapi maybe out of my bujet =) tapi i really love ur blog..so i follow sini ek..
    *BTW baby alice so comey!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...