oh ya, sebenarnya peraturan pertama yang mommy langgar ialah co-sleeping.
sebelum baby lahir beriya² nak baby tidur dalam cot.
pernah juga usahakan, tapi belum bersungguh².
sampai sekarang, baby cot belum guna sangat lagi.
Alice dah nak masuk 5 bulan, tapi belum tetapkan lagi bila dia kena tidur dalam baby cot.
isu terbesar ialah feeding.
waktu baby baru lahir, untuk galakkan penyusuan susu ibu, bayi diberi minum on demand, no restriction
sekarang Alice masih menyusu malam²
co-sleeping is very relaxing to both parent and baby.
ya la, kita nak kerja esok agak berat juga kalau tiap² malam bangun 3 kali untuk feed baby.
kalau co-sleeping boleh self service saja.
bila Alice merengek, kata kat dia 'Here you are, help yourself' :p
biasanya menyusu malam sekejap saja.
menyusu yang masa nak tidur tu yang sikit azab, lama dia tak mau lepas.
terjaga sikit pun cari susu juga.
moses basket
moses basket pernah guna masa awal² baru lahir.
masa tetamu nak tengok Alice.
letak Alice dalam moses basket kat ruang tamu.
kemudian tak guna sangat dah.
nak tunggu Alice besar sikit, jadi boleh buat moses basket tu port dia main :)
kalau tanya sekarang, perlu ke moses basket?
jawapannya untuk Alice - tak perlu.
boleh letak atas tilam baby saja kalau tetamu nak tengok baby kat luar bilik kan :)
tilam nipis (portable) bayi
sejujurnya memang tak niat nak beli tilam ni
kenapa?
sebab mommy minimalist kot?
kita budget baby tidur di cot - sudah ada tilam cot
kalau co-sleeping atau tidur di tempat lain, alas comforter saja.
alhamdulillah mama Su belikan Alice tilam portable
asalnya untuk bawa ke nursery.
sekarang Alice tak guna tilam di nursery.
jadi tilam letak di rumah saja.
tilam ni diguna bila kita bawa Alice duduk di ruang tamu.
tak kira la untuk duduk tengok tv
atau untuk Alice bersenam.
tilam lagi tebal dari comforter.
bila baby dah 3 bulan lebih, dia dah mula meniarap
kadang² tengah belajar meniarap dia bang kepala atas lantai
jadi bila atas tilam selamat sikit sebab lebih tebal :)
comforter
Alice guna comforter untuk alas tidur,
untuk selimut semasa feed, selepas mandi pagi².
untuk alas tidur, ada kalanya Alice muntah
ada kalanya Alice yak banyak sampaikan bila tukar lampin terkena comforter sekali
(sekarang kita dah pandai, bila yak banyak terus alas guna changing mat untuk selamatkan comforter dari tercemar) :D
2 helai comforter dah memadai
walaupun ada masanya kejadian berlaku berturut², dua² comforter pun kena cuci
cuma tak selalu, sekali (setahun?) sekala je :)
malam² untuk selimut, Alice guna comforter besar mommy & daddy
cumanya Alice ni selalu kita selimut, dia buka,
kita selimut lagi, dia buka lagi,
kadang² pagi selsema.
(selsema sikit saja ada bunyi², bukan sampai hingus meleleh² masuk mulut!) :p
mungkin Alice tak selesa sebab dia cepat berpeluh, termasuk waktu tidur
di Cameron Highland dulu saja rasanya yang dia tidur tak berpeluh :D
bantal, bantal peluk, bantal semi-bulat bayi (ada lubang untuk kepala)
di kelas antenatal, Paed yang amat terkenal di kalangan ibu bapa baby ada sebut juga berkenaan bantal.
katanya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung
belum tahu lagi bernafas melalui mulut.
jadi biar baby tidur tanpa bantal
supaya kepala bayi menghadap ke atas
jadi pernafasannya lancar.
bila tidur guna bantal
kepala jadi mengadap ke bawah sedikit
jadi pernafasannya sedikit terkesan.
melainkan mungkin jika guna bantal untuk bayi yang ada bulat di tengahnya untuk kepala bayi.
Alice bertuah mama Su belikan macam² bantal untuk dia
baby Bugs la, sama set tilam ada bantal & bantal peluk.
sekarang Alice belum guna lagi bantal & bantal peluk
bila dah besar sikit nanti baru mommy bagi dia :)
mommy belikan Alice bantal karipap
yang ada lubang tengah² tu.
bukan untuk guna pun sebenarnya,
tapi mommy hantar juga ke nursery sebab tak mau di nursery Alice diberi guna bantal lain yang kurang sesuai.
di nursery Alice guna bantal ni.
kalau perhatikan baby, masa lahir leher dia belum 'tumbuh panjang' lagi.
sebab tu kita kena berhati² bila angkat bayi
kena sokong di bahagian antara kepala & bahu.
bila dah lama², bila baby dah pandai kawal dan sokong kepala dia, baru kita nampak leher bayi dah tegap dan lebih panjang.
itu lah beza bayi dengan orang dewasa.
kita tidur kena guna bantal sebab nak sokong kawasan tengkuk.
untuk baby, masih dekat sangat lagi kepala dengan badan dia.
tak guna bantal pun tak apa.
aik?!
kelengkapan tidur yang penting cuma comforter, bantal karipap je?! :p
untung ... untung! :D
fit pun xde baby cot..xde moses basket..
ReplyDelete