Alice dah semakin membesar.
suaranya kuat, dah tak suara baby² lagi.
ya ibu bapa, sila rekod suaran tangisan bayi anda pada usia 3 bulan
lepas tu suara dia dah tak comel lagi, dah kuat :p
mommy senang tengok perkembangan Alice.
sejujurnya, kadang kala bila tengok Alice
tak nampak macam bayi
tapi macam kanak².
jari jemari Alice makin penuh dan tegap
kakinya makin kuat.
kata daddy dulu Alice besar ni saja
sambil tunjuk separuh comforter baby.
sekarang dah nak sama panjang :)
Yang tak kelakar pon dia ketawa juga ... kelakar la Alice nih :p
ketawa
paling menghiburkan Alice dah ada sense of humour.
Alice belum pandai buat lawak lagi
tapi bila nampak apa² yang kita buat, yang dia rasa kelakar
Alice akan ketawa.
ketawa betul²
ketawa macam betul² geli hati
ketawa terhibur
ketawa sampai chuckel 1 badan
kemudian pandang tempat lain! :)
kadang² kalau kita buat bunyi pelik²
atau mimik muka yang bukan² pun Alice ketawa.
tu pun boleh terhibur
pelik la Alice ni :p
fizikal
secara fizikal, Alice makin kuat
Alice dah boleh meniarap lama².
Alice boleh keluarkan tangan yang tersepit bila meniarap.
Alice boleh baring semula dari keadaan meniarap.
Alice boleh tolak dengan kaki dia yang kuat.
susah sebenarnya nak belajar meniarap atau merangkak.
macam kita, apa² yang kita nak tau kita google atau rujuk youtube.
Alice cuba jaya, semua belajar sendiri.
mommy nak juga ajar tapi tak pandai nak sampaikan maklumat supaya Alice faham.
mungkin mommy akan tunjuk youtube baby merangkak.
baru Alice tahu nak buat apa :p
meniarap
antara meniarap, duduk, berdiri
Alice paling suka berdiri.
meniarap guna banyak tenaga
sampai Alice berpeluh².
mommy suspect Alice tak tahu apa matlamat meniarap.
mommy suspect Alice tak tahu meniarap akan berikan dia mobiliti.
sebab tu kalau meniarap lama² Alice bosan dan jerit²
sebab dia lost
what's the point?!
duduk
duduk pun Alice suka
sebab banyak benda dia boleh nampak.
setakat ni Alice belum boleh duduk sendiri.
cuma dia tahan makin lama duduk di Bumbo Seat.
tu pun kalau ada cerita tv best.
kalau tidak, Alice bosan juga :p
sekarang guna play gym yang mama Mia bagi masa Alice baru lahir dulu
Alice dah boleh pegang dan angkat badan dia.
cuma belum boleh tarik badan sampai ke posisi duduk.
bagus Alice, itu la gunanya play gym
biar Alice belajar aktiviti fizikal! :)
berdiri
berdiri paling Alice suka.
berdiri latih kaki dia yang kuat.
berlatih seimbangkan badan.
berdiri jadi tinggi.
berdiri boleh tengok lagi banyak benda, lagi luas kawasan.
berdiri seronok - kadang² macam nak terjatuh, terguil²
Alice ketawa, terhibur
Alice rasa berdiri adalah pencapaian yang besar.
dia bangga bila berdiri.
Alice buat muka gembira
macam dia dah capai sesuatu yang besar.
Alice suka bila mommy puji Alice kuat :)
kadang² Alice tak mahu pegang tangan mommy
pegang sebelah saja, yang sebelah tangan lagi usik macam² benda yang tercapai.
daddy yang ajar kaki Alice boleh naik sampai boleh sentuh pipi dia :p
stranger anxiety
yang mencabar mungkin stranger anxiety
memang express betul Alice dalam usia 3 bulan lagi dah kenal orang
dan tak semua orang yang Alice suka
ada yang dia terkejut bila jumpa.
mommy akan kupas pasal stranger anxiety ni dalam 1 entry berasingan.
mommy pun baru je belajar sikit².
kesian juga bila Alice nangis kuat² bila tengok orang.
kesian kat orang tu dan kesian kat Alice juga.
sabar ya sayang. mommy & daddy jaga Alice :)
happy² joy² :D
dari segi peribadi, mommy dan daddy nak Alice jadi baby yang ceria
bagun pagi senyum
bila tengok muka mommy dan daddy, ketawa.
bila main, berbual, sayang², Alice riang.
oleh sebab itu mommy selalu ingatkan diri
bila apa² jadi, senyum.
bila Alice mula nak bad mood, mommy ketawa dulu.
kadang² Alice bad mood bukan ada apa pun
tapi Alice bosan :p
bila mommy usik² senyum² ketawa²
terus Alice ketawa sama :D
kadang² menjaga bayi banyak cabaran
mommy anggap semua tu sekadar perkara yang kita lalui hari².
tak susah pun.
bila Alice yak, kena tukar lampin
mommy kata 'baby mommy sihat, dah yak pun' :)
bila Alice penat meniarap dan mula jerit²
mommy kata 'wah baby mommy so strong!'
tepuk tangan dan cakap dengan penuh excitement!
setiap kali Alice buat baik, dengar cakap mommy
mommy nyanyi lagu 'Good Girl Baby Alice' dengan sayang².
Alice suka lagu tu :)
Alice tau tu lagu dia bila dia baik! :)
(dah banyak giler lagu mommy buat untuk Alice!
lagu good girl, lagu dancing², lagu Nur Alicea Zara
patut selalu je bila dapat baby orang karang lagu eh)
:D
alolo comelnya, macam rupa Jepun dah! :)
makan
wah menjelang bulan ke-6 dah nak sampai masanya Alice mula makan.
mommy dah patut mula cari info pasal makanan pertama bayi.
ada lebih kurang 1 bulan untuk bersedia.
ada apa² cadangan?
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment