damdiduuu

Wednesday, April 20, 2011

persediaan belanja baby

Fi tanya
"Sebelum beranak....berapa banyak duit kena tabung???"

wah susahnya nak jawab soalan tu.
sangat² subjektif.

bersalin
yang pertamanya dari segi bersalin dan antenatal check up
yang nih bergantung berapa banyak office cover
save banyak bila office cover terutama bab bersalin
tapi kalau tak cover bersalin pun boleh ke hospital kerajaan atau semi kerajaan
kalau hospital kerajaan mungkin boleh dapat kurang RM100 termasuk epidural dan c-sec
semi-kerajaan macam PPUM atau HUKM kurang RM1,000

antenatal
antenatal check up kalau ke pusat kesihatan kerajaan mungkin beberapa ringgit saja
semi-kerajaan kurang RM50 sekali check up bergantung kepada apa test yang kena buat dan berapa banyak ubat yang kita nak bawak balik
secara kasar sepanjang kehamilan 12 kali kena pergi antenatal check up
selain daripada monthly check up, paling tidak sekali eloklah ke kelas antenatal, macam² perkara boleh belajar.
harga kelas antenatal bergantung pada hospital.
ada juga masa² emergency yang ibu penat, bengkak kaki atau ada perkara² kecemasan yang kena pergi klinik, jadi kalau tak ada doktor panel kena juga budget untuk kecemasan.

nursery
play pen? baby cot? moses basket? crib?
terpulang citarasa masing².
murah mahal semua ada.
setakat nih yang paling murah rasanya baby cot Ikea RM165 dengan tilam yang beli masa MyDear Warehouse Sale RM65
lebih murah playpen sebab tak perlu beli bumper pad
cumanya alhamdulillah untuk baby Alice aku dapat 50% diskaun untuk bumper pad dan set comforter Sweet Cherry masa Jusco 1 Utama buat Renovation Sale dulu
moses basket pon beli as it kat MyDear Warehouse Sale RM30 saja - baby kecik tak terus tidur dalam baby cot sebab tu beli jugak moses basket nih

secara umum: senarai secara kasar


feeding
paling bagus untuk bayi mestilah susu ibu
kalau nak beli Madela Free Styler Double Pump kena la simpan dalam RM2.3k
selain tu pam manual pun ada.
BPA free feeding bottle dari belas² ringgit sampai ratus² ringgit pun ada.
nak beli deep freezer untuk simpan EMB boleh budget dalam RM800
selain tu mungkin kena beli botol/bekas plastik untuk simpan EBM, cooler bag, ice pack, strelizer, warmer, nursing pillow.

health
termometer, minyak baby, medicine dropper antara barang penting yang kena sediakan

bathing
yang paling asas ialah baby bath tub
ada sling, bathing toys terpulang pada keperluan

travel
travelling system - car seat, baby carrier, stroller boleh dapat dari puluh² ringgit - macam display set masa warehouse sale - sampai ke riban² punya
selalunya orang beli yang besar dan dasyat sebelum baby lahir
lepas tu beli yang ringan ala-payung bila dah selalu travel
atau guna sekejap je sebab baby bila dah besar sikit tak suka duduk dalam stroller
ramai yang lagi suka sling/baby wearing

baju
yang paling ibu² suka shopping mestilah baju dan aksesori berkenaan.
yang nih terpulanglah nak OshKosh B'gosh, Baby Gap atau beli masa Pureen Warehouse Sale.
kalau kat Pureen Warehouse Sale boleh dapat RM3 sehelai seluar/baju.
yang lain² tu sendiri mau ingat la.
secara kasar mungkin kena sediakan 10 - 15 helai baju baby
ramai orang cakap nanti dapat banyak hamper baju & toiletries

toiletries
ramai ibubapa suka beli jumbo size kat warehouse sale
ada jugak yang banyak sangat hamper sampai tak bukak² & tak habis² :p

accessories
antara barang yang boleh ditambah termasuklah changing table atau paling bangsat changing mat
cloth diapers 1 set diaper & liner boleh dapat dalam RM50-60, mungkin perlu 10 - 15 set
cuma kalau hantar anak pada orang mungkin bukan semua nak guna cloth diapers
ada masanya kena juga guna lampin pakai buang - paling mahal rasanya Mami Poko dalam RM39 untuk pek 52 pcs
1 bulan untuk bayi baru lahir boleh budget nak guna dalam 150 keping diapers (kalau salah tolong tunjukkan)

Mommy's Stuff
barang ibu kena beli berperingkat sebab dari semasa ke semasa berat badan bertambah.
ramai yang rasa baju, seluar, pakaian dalam dan kasut lama² tak muat.
selepas bersalin pula nak kena ada nursing bra, nursing pad, nursing dress, nursing cover, set bersalin, tungku letrik dan bengkung.
sebaik sahaja lepas bersalin nak urut pun kena upah bidan urut tradisional.
kalau 'tak cukup tangan' boleh juga upah confinement lady untuk masak, mandikan baby, basuh baju dan sebagainya.

antara barang yang beli masa ada promotion dan warehouse sale - sapa yang boleh dapat lagi murah dan berbaloi memang dia terer! :D


menjawab soalan tak entry nih?
TAK PUN eh? :p
rasanya sama jugak la kalau orang tanya nak beli rumah kena ada saving berapa untuk perabut, langsir, grill, lampu, tiles, etc kan?
semuanya ikut budget dan citarasa masing²

cumanya kalau kita tengok the big picture kita tak akan beli barang mahal² sampai membazir.
tips persediaan untuk bayi
- bersalin di hospital semi-kerajaan mungkin lebih mahal dari hospital kerajaan tapi pakar dan peralatan yang lebih baik (hospital kerajaan pun dapat banyak pujian sekarang nih terutama yang rakan bayi dan rakan bapa!)
- pilih hospital kerajaan yang baru, cantik mata memandang
- pilih hospital yang ratio nurse/doktor - pesakit rendah untuk dapat layanan baik
- membeli belah di baby warehouse sale memang dapat jimat banyak berbanding harga biasa kat shopping complex
- membeli belah di baby warehouse sale boleh juga jadi membazir kalau berbelanja tak ingat dunia!
- antara baby warehouse sale yang popular Pureen, MyDear, Viva House, Anakku dan sale barang baby banyak kat Anakku, Sogo, Metrojaya, Jusco
- elakkan last minute shopping sebab barang baby & ibu nih banyak, kena pandai plan baik²
- ada baju Baby Kiko yang harga sampai RM30 sehelai (baju sahaja), tapi ada romper Baby Gap yang boleh dapat RM10 sehelai - tinggal nak kena pandai cari :)

selamat berbelanja! :D

1 comment:

  1. salam saya nak tanya dalam anggaran berapa ribu nak kena prepare, insyaallah saya akan dapat twin dalam bulan 9 ni so agak agak berapa ribu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...