alhamdulillah dapat juga ke Pureen Warehouse Sale nih, ingatkan dah terberanak tak sempat nak pergi, jadi kebanyakan barang² baby dah beli pun :)
tips ke Pureen Warehouse Sale daripada info di internet:
- jangan bawak baby atau stroller sebab panas & sesak
- kalau nak beli sikit² baik pergi shopping complex lagi selesa
Verdict:
- traffic jem tak ingat punya! kat jalanraya & kat warehouse sale!
- ada 2 sections: bahagian depan toiletries, food stuff & bahagian belakang baju².
- mengambil masa dalam 20 - 30 minit nak pergi dari bahagian depan ke belakang sebab orang terlalu sesak.
- bila dah ke belakang, jalan tutup tak boleh ke depan semula
- beratur panjang & lama
- ramai yang ambil baju lepas tu tak letak semula yang reject, orang kemudian semua tinggal seluar je, baju tak ada
- kesian masih ramai yang bawak baby - yang baru lahir pon ramai! :(
the damage
RM49 baju²
RM3 parking weekend flat rate kat 3 two square
RM8.50 beli Vitagen & Peel Fresh kat kilang Vitagen depan tu je - best minum tengah² panas :D
RM60.50 total
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment