kalo ada rezeki lagi 2 minggu nak keluar dah :D
aku pilih Rabu 6/4/2011 untuk booking bersalin di PPUM.
kononnya Isnin gaji.
Malangnya boss sangkut di Singapore, Rabu atau Khamis baru dapat paycheque.
Kena keluar duit simpanan jugak lah nampaknya.
daddy Alice tak dapat teman - dia cuma boleh cuti selepas Alice lahir.
Alhamdulillah Gundutman sudi teman.
Dia nak cuti tapi tak de aktiviti & tak de member (ada gak orang cam nih dalam dunia nih!).
Gundutman pon baru je disahkan mengandung 10 - 12 minggu Sabtu lepas, dijangka bersalin akhir Oktober 2011.
Insya Allah Alice sudah 5 atau 6 bulan masa tu.
banyak la yang kami boleh kongsi :)
Gundutman siapa?
Adik bongsu aku.
Nombor 4.
Perempuan.
Aku punya suka la nak panggil apa :D
Kami nikah pada hari yang sama, 3 Julai 2010.
Kenapa?
Jinx ke? :p
Gundutman tunggu aku di stesyen train Amcorp Mall.
Aku baru je tau rupanya stesyen tu namanya Taman Jaya (bukan Stesyen Amcorp Mall!) :p
Jangan tanya train apa - sampai sekarang aku fail bab-bab train nih.
Kat Singapore ada MRT & LRT saja - tu pon rail LRT pendek je (sebab dia Light).
Malaysia punya aku belom khatam.
Confusing :p
Janji 9pagi.
Rupanya jalan sesak di Kg Penchala nak ke TTDI (suami sarankan ikut TTDI sebab LDP sesak).
Jalan nak masuk ke Seksyen 16 PJ pon sama sesak dekat Eastin Hotel tu.
Trafik perlahan.
Lalu dekat Hospital Mata Tun Hussin On, Hotel Hilton, Jalan Sultan, masuk dekat papan tanda mahkamah, hujung jalan tu stesyen Taman Jaya.
Korang tau antara mahkamah dengan stesyen Taman Jaya tu ada JPJ?
Boleh perbaharui lesen memandu kat situ.
Cuma jangan ikut jalan dari Hotel Singgahsana - sampai lusa tak jumpa jalan masuk atau papan tanda JPJ tu! (bercerita daripada pengalaman pahit nih!).
Jumpa Gundutman, beli air dan makanan alas perut di kedai majalah Stesyen Taman Jaya (walau dibekal kueh karipap & burger jawa oleh daddy Alice - thanx hun!) :)
Bertolak ke PPUM.
Ikut tiket parking, 9.34am - 10.50am kitorang parked kat sana.
Kena bayar RM2.00
Pertama kali datang kira-kira 7 bulan yang lampau, kitorang parking di tempat yang sama tapi merentasi Bagunan Timur dan menjelajah segenap pelusuk hospital untuk cari klinik utama.
Misi hari ini untuk parking di Trauma & Kecemasan.
Tidak kesampaian.
Parking dekat surau jugak yang jumpa.
Tak mau merentasi Menara Timur, aku & Gundutman bersepakat menyusur bangunan Dental (bahaya wo jalan tepi jalan yang tak ada kaki lima!) dah berjaya menemui Wad Bersalin sebelah bagunan Dental tu.
Rupanya Wad Bersalin tu betul-betul bertentangan dengan pagar automatik tempat parkir.
Namun disebabkan dah terlebih tawaf di kawasan parking, lambat sikit kita dapat buat kesimpulan tu :p
Yup, kita parked kat rooftop tak berbumbung tingkat 4A1 dan 2 ibu mengandung nih berjalan turun tangga - car park tak ada lift dan jalan pintas ke Bagunan Obstetrik ditutup! (jalan kaki kat ramp kereta sebenarnya - punya la bahaya! sebab penat kalau ikut tangga!) :p
Masuk je Wad Bersalin tu rupanya kat situ lah Klinik Ibu Mengandung.
Tanya kat kaunter 1 - kata nih pertama kali datang, belum pernah buat booking.
Kena ambik nombor giliran - kategori untuk booking.
Alhamdulillah, nombor semasa 2007, nombor kita 2008.
Makan masa juga tunggu nombor dipanggil.
Mulanya misi marah sebab lambat sangat datang - dah minggu 35 tapi belum buat ujian diabetik.
Sabar.
Dalam dunia ni tak ada siapa yang suka nak marah-marah tak tentu pasal.
Semua orang pun nak suasana kerja yang ceria & gembira selalu.
Aku terangkan aku susah ambil cuti, semua antenatal check up buat hujung minggu.
Misi puas hati dengan jawapan aku.
Cuma dia tak senang sebab jadual untuk ujian diabetik sudah penuh hingga bulan 5, takkan nak buat lepas beranak.
Kalau kandungan diabetik tapi tak dirawat kan susah.
Akhirnya aku TERPAKSA diselitkan juga hari Jumaat yang sepatutnya dikhaskan untuk pesakit yang sememangnya diabetik.
Aku bersyukur perkara ni tak jadi isu.
Aku sentiasa ingatkan diri yang PPUM ni semi-kerajaan, pesakit mereka ramai.
Hospital & pesakit sama-sama perlu tolak ansur.
At the end of the day all we want is just to get things done as best as we could.
Semoga aku akan sentiasa ingat & semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku :)
Jadi hari ni tak perlu bayar apa-apa, cuma ambil tarikh temujanji.
Bila dah sampai tarikh termujanji:
- Datang awal: nombor giliran boleh diambil seawal 7.30pagi (tekan Butang J)
bawa:
1. wang pendaftaran untuk bukan pakar RM31
2. wang pendahuluan RM500
3. IC ibu
4. IC bapa (salinan IC jika bapa tidak hadir)
5. kad biru PPUM
6. spesimen air kencing (atau boleh beri pada hari itu)
7. Surat rujukan doktor & laporan ultrasound
p/s: Kata misi seelok-eloknya datang lah pada bulan ke-3 kehamilan baru senang nak atur semua ujian :)
buku pink ada tak..
ReplyDelete