Pedas hot spring?
zoo Taiping?
last² sampai ke zoo Melaka.
kalau dah zoo ni mesti la abang yang punya kegemaran.
fuu kebetulan hari tu panas yang sangat².
tengah hari sampai di Melaka memang tak sanggup nak jalan².
lepas makan
aku ajak abang check in hotel.
mulanya abang nak balik hari saja.
tapi seriously panas terik sangat²
akhirnya abang setuju juga.
Puteri Resort Ayer Keroh
alhamdulillah
dapat la bawa Alice berendam kat swimming pool sekejap
sebelum keluar semula petang tu.
jangan kata Alice
aku sendiri balik dari zoo negara dulu
terus batuk²
sebab jalan tengah panas
jauh² dengan tak cukup air masak.
kali ini dah sejuk sikit
harap Alice tak kena batuk² macam dulu.
daddy pakaikan Alice baju winter
yang mama Mia beli kat Korea.
kesian baju tebal sangat
berpeluh² dia
bila dah sejuk sikit
lepas main air kat swimming pool
baru la selesa sikit
nak keluar jalan².
destinasi pertama Zoo Melaka.
sejujurnya aku lemah sikit bila pergi zoo
part yang paling tak berapa nak best?
kena jalan jauh² tengah² panas!
cekalkan semangat juga la
sebab nak jaga hati
(isteri memang selalu jaga hati suami!)
dan beri peluang pada Alice belajar perkara baru.
selain daripada ada banyak binatang
kita sempat juga pergi Galeri Zoologi
dan paling tak boleh lupa: Hantu Carik Kafan
:p
sebelum balik ke hotel
kita makan dekat² dengan MITC.
lama dah tak pergi restoran tu.
memandangkan awal kita sampai hotel petang tu
sempat juga la pergi pool lagi ...second round!
:D
esoknya lepas sarapan kita terus check out.
ok la hotel ni
puas hati.
waktu nak pergi pool
siap ada abang staff hotel bagi snack Crontos kat Alice
walau pun Alice belum boleh makan junk food lagi.
baiknya hati!
terima kasih banyak!
:)
waktu sarapan
awal² lagi aku dah beritahu abang
aku nak makan banyak².
bukan apa, abang ni jenis yang makan sikit.
kalau dia tak mahu makan banyak² tak apa
cuma tunggu aku la
bagi masa sikit nak menikmati makanan yang lazat²,
jangan nak cepat saja.
sarapan kat tempat yang sama
dengan makcik² yang datang kursus
haruslah Alice kena dukung dengan makcik².
untung kali ini Alice serasi
tak menangis bila makcik² ambil.
untung mommy dapat makan banyak²!
:D
daddy siapkan Alice, thank you daddy :)
selalu mommy pilih baju
nanti daddy suruh tukar baju lain :p
daddy punya sense of fashion jauh lebih vogue daripada mommy!
:p
cuma sempat makan American breakfast,
nasi lemak,
cereal - koko krunch & honey star
dan buah.
Alice dah sibuk nak pergi main -
tak sempat nak rasa kuey teow goreng
sama bubur nasi
(ya, saya makan banyak!)
selepas sarapan di hotel
kita jalan² kat bandar.
yang paling kita tak sangka
rupanya parking kat Dataran Pahlawan
hari Ahad pun kena bayar parking!
kena beli kupon
dan pamer di dashboard.
penguatkuasa ada ramai je standby kat situ!
:p
kita jalan kaki ke Kota A Famosa
shopping² kat Dutch Square
singgah di Muzium Kastam
sampai ke muzium kapal atau Muzium Samudera
daddy & Alice depan Porta de Santiago.
sebenarnya ini bukan Kota A Famosa
tapi cuma pintu masuk ke Kota A Famosa
baca sejarahnya kat sini
memandangkan kita datang pun
cuma pada masa yang singkat
tak ada cuti
cuma hujung minggu
maka memang terhad tempat yang kita dapat pergi.
selalu turun Melaka pun jumpa kawan²
tak jalan² pergi tempat tumpuan pelancong.
insya Allah kalau ada kesempatan boleh la datang lagi.
next time nak duduk mana pulak eh?
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment