dibina di Lisbon pada 1502.
namanya yang bermaksud 'bunga di lautan'
merupakan kapal yang sangat besar
2 kali ganda saiz kapal sedia ada pada ketika itu.
kapal 400 tan ini
pertama kali dibawa berlayar
dari Protugal ke India
di bawah arahan Estevão da Gama, sepupu Vasco da Gama
pada tahun 1502.
dalam perjalanan pulang pada tahun 1503
kapal besar yang membawa muatan rempah ratus ini
dengan saiz dan beratnya yang terlalu besar
sukar untuk dikawal
terutama bagi mengharungi arus deras Terusan Mozambique
lebih² lagi di sekitar Cape Correntes.
natijahnya, kapal tersebut rosak
dan terpaksa dibaiki selama 2 bulan di Pulau Mozambique.
perdagangan tahunan
memandangkan pada ketika itu
setiap tahun kapal Portugis berdagang ke India,
Flor de la Mar berlayar pada laluan sama buat kali ke-2
pada Mac 1505.
sekali lagi masalah yang sama dihadapi di Terusan Mozambique.
malah kali ini lebih buruk.
selepas setahun meninggalkan India,
Flor de la Mar yang telah tersadai di Pulau Mozambique
akhirnya ditemui oleh Armada India Ke-8
di bawah arahan Tristão da Cunha.
muatan Flor De La Mar dialih ke kapal lain ke Portugal
dan Flor De La Mar itu sendiri ditunda ke armada India.
dari kapal dagang menjadi kapal armada
Flor De La Mar dan kepten João da Nova
membantu kapten Armada India Ke-8
dalam menakluk Socotra.
kepten João da Nova kemudiannya diarah untuk tinggal di barat Laut Arab
bersatu dengan skuad peronda Afonso de Albuquerque,
seterusnya terlibat dalam penaklukan Curiati (Kuryat), Muscat pada Julai 1507,
Khor Fakkan,
pekan Kalhat dan Sohar
serta Ormuz.
2 tahun kemudian Flor De La Mar menjadi flagship
kepada D. Francisco de Almeida
dalam Perang Diu pada tahun 1509
kebanggaan
selepas kematian kepten João da Nova di Cochin pada tahun 1509
D. Francisco de Almeida yang telah hampir tamat tempoh bertugas
ingin membawa Flor De La Mar pulang ke Portugal
lalu memperbaiki kapal tersebut sebaik²nya.
namun, Afonso de Albuquerque
yang mengambil alih tugas D. Francisco de Almeida
telah memberi kapal lain
untuk D. Francisco de Almeida pulang ke Portugal.
di bawah arahan Afonso de Albuquerque
Flor De La Mar membantu penaklukan Goa (ketika itu pusat perdagangan terbesar di timur India) pada 1510
dan Melaka pada 1511.
bila dah besar sikit
boleh la Alice panjat anak tangga
dan tengok artifak dalam Muzium Samudera, Melaka
yang merupakan replika Flor de La Mar ni
megah dengan kapasiti Flor De La Mar
Afonso de Albuquerque membawa pulang pelbagai persembahan berharga
daripada Raja Siam
untuk Raja Portugal.
malangnya ketika meninggalkan Melaka ke arah Goa
pada malam 20 November 1511
di timur laut Sumatera berhampiran Pasé
di Selat Melaka
Flor De La Mar dipukul ribut
lalu karam bersama harta yang dibawanya.
walaupun Afonso de Albuquerque berjaya diselamatkan
banyak kemalangan jiwa berlaku
dan semua barang berharga lenyap.
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment