dari Kota A Famosa
abang bawa kita jalan² keliling bandar.
dari dataran Pahlawan
destinasi kita
ialah ambil gambar di bangunan merah
:D
bangunan² merah ni ada di Dataran Belanda
atau Dutch Square
atau Red Square di Melaka
yang terdiri daripada menara jam merah Tan Beng Swee,
Christ Church
dan bangunan Stadthuys.
Christ Church
merupakan gereja Protestant kurun ke-18.
ia dibina dengan senibina Kolonial Belanda
dalam bentuk segi empat: 25 meter x 13 meter.
asalnya gereja ini dibina
untuk menggantikan Gereja St Paul
atas bukit
yang dah tua.
silingnya setinggi 12 meter
dihubungkan dengan alang kayu.
atapnya ditutup dengan kepingan tiles Belanda
dan dindingnya diperbuat daripada batu bata Belanda
dibina atas blok laterit
kemudian dilitupi dengan plaster China.
lantai gereja diperbuat daripada blok granit
yang asalnya merupakan penstabil kapal dagang.
tingkap Belanda pada gereja
telah diubahsuai oleh British
apabila mengambil alih Melaka,
serta menambah beranda & vestry pada pertengahan kurun ke-19.
antara artifak di Christ Church:
- batu nisan dan plak memorial pada lantai gereja
- loceng gereja yang bertarikh 1698 dipercayai digunakan untuk tujuan lain sebelum terbinanya gereja tersebut
- rekod admin gereja yang kini dipamerkan di Arkib Negara. Kerk Boek (Buku Gereja), Resolutie Boek (Buku Resolusi), Rapporten (Laporan), Doop Boek (Senarai Baptism) sejak awal kedatangan Belanda ke Melaka lagi
- cawan atau altar vessels perak yang masih dalam simpanan gereja tapi jarang dipamerkan
- bible diperbuat daripada tembaga yeng menunjukkan ayat John 1:1 dalam bahasa Belanda
Stadthuys
dalam bahasa Belanda bermaksud town hall
disebut sebagai stat-highs
dibina oleh Belanda pada tahun 1650
sebagai pejabat Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda
merupakan pusat admin Melaka ketika itu.
pernah dijadikan Malacca Free School pada 7 Disember 1826
untuk kerajaan British memberi pendidikan percuma
kemudiannya dinamakan Malacca High School pada 1871.
kini Stadthuys menempatkan
Muzium Sejarah dan Etnografi,
Galeri Laksamana Cheng Ho,
Muzium Sastera,
Muzium Pemerintahan Demokrasi
dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri
dikatakan bangunan bersejarah Belanda yang tertua
yang masih kukuh di Melaka.
Menara Jam Tan Beng Swee
dibina oleh generasi ke-3 jutawan Cina yang suka menderma.
ia dibina oleh Tan Jiak Kim
bagi memenuhi hasrat bapanya, Tan Beng Swee.
bapa kepada Tan Beng Swee, iaitu Tan Kim Seng
merupakan penderma
untuk jambatan yang menghubungkan menara jam
dan tanah untuk perkuburan Cina.
jam yang asal diimport dari England.
apabila jam ditukar dengan Seiko pada tahun 1982
mendapat tentangan di kalangan warga emas Melaka
yang masih terasa layanan buruk
sewaktu pemerntahan tentera Jepun dahulu.
Macam² ada.
daddy nak belikan topi
tapi Alice tak suka pakai topi!
dah daddy kena payungkan Alice ke sana ke mari!
:p
kat gerai yang awal sekali ni
abang usya samurai!
tu la barang favorite dia
:D
selamat mebeli belah sambil menambah pengetahuan!
:D
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment