damdiduuu

Tuesday, March 20, 2012

Kidzania Kuala Lumpur


saya nak jadi pilot!

Kidzania
berhampiran Ikea, Petaling jaya, Selangor

Tiket:
RM55 untuk kanak² 4 - 18 tahun
RM35 untuk dewasa 18 tahun ke atas dan kanak² 2 - 3 tahun

kanak² di bawah umur 8 tahun
perlu ditemani oleh orang dewasa.
untuk kanak² atas 8 tahun boleh tinggal saja dan jemput selepas tamat sesi.

Masa operasi:
Isnin - Jumaat : 10 pagi - 5 petang
Sabtu & Ahad : Sessi pagi (10 pagi - 3 petang), sesi petang (4 petang - 9 malam)

sama macam theme park lain
bila masuk ke Kidzania
kanak² boleh cuba macam² 'permainan' kat sini.
bezanya, 'permainan' kat Kidzania
ialah kerja seperti orang dewasa!


beratur untuk beli tiket di kaunter Air Asia

check in
untuk masuk ke Kidzania
kena beli tiket di airport ticket counter Air Asia
di tingkat bawah Kidzania.
selepas bayaran dibuat
(rujuk harga tiket pada permulaan entry ni)
ground staff akan beri
- boarding pass
- bracelet

- peta
- cheque yang bernilai 50 Kidzos
(ada pelanggan yang tak dapat semua item ni
jadi kena turun ke ground floor untuk minta.
check siap² ya ada 4 item ni selepas buat bayaran!)

show me the money!
dengan sekeping cheque yang bernilai 50 Kidzos
kanak² akan ke CIMB
sama ada untuk tunaikan cheque
atau buka akaun.
kalau buka akaun akan dapat kad ATM
yang boleh digunakan di mana² mesin ATM dalam Kidzania.

selepas CIMB
kita akan ke level seterusnya
di mana bracelet akan diimbas
setiap kali masuk dan meninggalkan setiap outlet.

dah dapat duit nak buat apa?
shopping!
atau cari kerja untuk dapat gaji!
boleh tambah lagi duit!

cuma tengok label di setiap outlet
Economy Z+ maknanya akan dapat gaji
Ecomomy Z- maknanya kena bayar duit untuk dapatkan perkhidmatan

pilihan
kat dalam Kidzania ni
ibu bapa digalakkan untuk beri anak²
peluang untuk pilih sendiri apa yang anak² nak buat.

antara kerjaya yang menarik:

pilot
lebih kurang 30 minit untuk briefing dan simulasi.
kanak² akan dapat gaji 15 Kidszos
untuk terbangkan & landing kapal terbang Air Asia ni.

mekanik
belajar repair dan hidupkan kenderaan yang tak boleh start
siap pakai baju mekanik!



bomba
ada ceramah keselamatan
dan juga naik kereta bomba pergi padamkan kebakaran kat hotel.
malah ada juga ahli bomba yang cedera
dirawat oleh kanak² yang bertugas sebagai paramedik!

kontraktor
buat binaan dengan blok

Surgical Technologist
boleh buat endoscopy
tengok bahagian dalaman pesakit!

doktor gigi
belajar kesihatan gigi
dan cabut gigi pesakit!

pencuci tingkap
kanak² paling suka kerja ni
sebab dapat naik kren tinggi² sampai tingkat 2
untuk cuci tingkap!

Merry Brown
kena bayar 15 Kidzos
tapi dapat buat burger
dan kemudian makan burger tu!
:D

pemandu
kena berusia minimum 4 tahun
dengan ketinggian 120 cm.
boleh pandu kereta dan isi minyak!

pengawal keselamatan bank
kutip duit dari outlet²
dan bawa balik ke CIMB
lengkap bersenjata, walkie talkie dan baju kalis peluru!

antara peluang lain:
- pemandu pelancong
- penghantar bungkusan
- juruteknik TM
- manicure - sama ada manicurist atau pelanggan!
- hospital - ada bayi!
- pawagam
- paramedik
- mahkamah
- belajar di Universiti Kidzania
- pemberita NST (siap ada artikel kat surat khabar dengan print out)
- CSI
- DJ Hits.fm

kalau tak tahu nak jadi apa
boleh pergi ke agensi Job Search
dengan bayaran 10 Kidzos


untuk Sabtu & Ahad ada 2 sessi
pagi & petang
tapi harga tetap sama
berbanding hari biasa
boleh masuk dari 10 pagi sampai 5 petang!

selepas tamat sesi
Kidzos yang ada boleh buat untuk beli barang di kedai,
atau bank in ke akaun CIMB,
atau bawa balik rumah
dan boleh guna bila datang lagi ke Kidzania
:)


promo Kidzania kat The Curve


saya nak jadi doktor!


saya nak jadi ahli bomba!


bila Alice dah besar sikit kita datang lagi ya!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...