damdiduuu

Saturday, March 31, 2012

perkembangan bayi: Alice 11 bulan


yay! Alice sudah masuk 11 bulan!
:D

nampaknya sekarang waktu tidur Alice lebih predictable.
lepas play time malam²
dalam pukul 9
Alice terus tidur sampai dikejut selepas 7 pagi esoknya.
waktu malam Alice terjaga beberapa kali.
ada kalanya boleh tepuk² saja lena semula.
ada kalanya nak menyusu
:)

emosi
nampaknya makin ketara.
boleh teka emosi Alice dari body language dia.
Alice tahu apa yang boleh apa yang tak boleh.
Alice faham 'No!'
tapi lebih susah nak ikut arahan
daripada ikut perasaan ingin tahu.
bila dilarang, ada masanya Alice terhenti
dan boleh nampak mimik muka dia
sedih, kesal, kecewa :(
dan baik² Alice minta izin
Alice cuma nak tengok apa ada dalam drawer.
Alice cuma nak tengok apa jadi bila tolak pintu.
Alice cuma nak tengok apa ada di sebalik tv.
Alice cuma nak tengok apa ada dalam susunan buku dan kertas²
Alice cuma nak tengok apa ada dalam bungkusan yang sungguh misteri.
Alice cuma nak tengok apa ada kat sana tu.

mommy tak kasi.
tak mahu Alice tersepit jari kat drawer.
tak mahu Alice tersepit jari kat pintu.
tak mahu Alice main wayar merbahaya belakang tv.
tak mahu Alice sepahkan buku dan kertas².
tak mahu Alice jumpa barang yang kotor berhabuk, kemudian Alice masukkan dalam mulut.
tak mahu Alice terkena bahaya perkakas elektrik, jatuh kena bucu tajam atau jumpa barang yang Alice tak boleh buat main.

everything has its own time and place
ok.ok.
bukan tak boleh.
Alice boleh main drawer.
boleh main pintu.
boleh main kat tv.
boleh sepahkan buku dan majalah.
boleh main kat stor, dapur atau rak.
boleh pergi mana² pun.
cuma, ada waktunya.
waktu yang mommy boleh teman Alice.
waktu yang mommy lapang nak layan Alice.
waktu yang mommy boleh ajar Alice itu ini.
bukan waktu mommy penat, ngantuk, lapar, sakit belakang, sakit kepala dan masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.

kadang² rasa terkilan juga.
waktu Alice sibuk nak main
mommy suruh Alice up dan walk
sebab mommy nak tengok Alice berjalan.
tapi waktu Alice beriya² panjat kaki mommy di dapur
tengah mommy buat kerja itu ini sibuk² sangat²
mommy suruh Alice sit down.

mommy kena belajar banyak bersabar
dan lebih bijak susun masa untuk main sama Alice
:)


gigi Alice baru tumbuh
:)

4 kawan baru
gigi Alice dah makin tumbuh.
2 di atas
2 di bawah.
bila Alice menggigit
memang gigit sungguh².

keropok keras pun Alice boleh gigit!
(kantoi bagi baby makan bukan² sebelum umur 18 bulan!) :p

bercakap pasal makan
memang apa² kita makan pun Alice nak.
dan ya, sebelum Alice 18 bulan lagi
mommy dah beri Alice rasa makanan bergaram dan bergula.
bukan dalam 1 full meal
tapi bila mommy makan aiskrim
Alice pun dapat secalit kat lidah.
bila mommy makan coklat
Alice dapat secebis kurang daripada besar bijan.
rasa saja
bukan makan.

bila dah tumbuh gigi
daddy tegur.
tak boleh beri Alice makan manis² lagi
nanti rosak gigi.
daddy tegur waktu mommy makan coklat
dan beri Alice gigit chocolate bar.
betul juga kata daddy.
thank you, daddy
:)


ni bukan Alice jelir lidah
tapi Alice tak selesa sebab tumbuh gigi
macam² gaya dia buat!

kasih sayang seorang ibu
bila dah ada gigi
Alice mula menggigit
termasuk waktu menyusu.
kalau nak menyusu
tak perlu guna gigi.
Alice faham tu.
cuma kadang² Alice tak sengaja.
mommy kena ingatkan "Alice, drink milk"
baru Alice sambung menyusu.
baru Alice tak gigit.

sejujurnya mommy memang tak pernah marah bila Alice tak sengaja gigit.
mommy tahu Alice masih belajar
dan Alice tak pernah sengaja suka² gigit.
cuma waktu Alice dah nak terlena
waktu tak sedar sangat
waktu tu yang selalu kemalangan terjadi :p

memang sakit!
sakit sangat²!
sebab tu mommy terkejut & terjerit.
bukan jerit marah
tapi jerit tahan sakit.
setiap kali sakit, mommy cuma cakap baik² sama Alice.
ingatkan Alice "Drink milk, baby".
mommy memang tak marah.

hanya sekadar manusia biasa

cuma ada kalanya hangin sangat²
bila kita terjerit ada orang marah pulak.
apa ingat saja² jerit ke?
sakit la!
bila hangin tu mommy jadi marah dengan Alice.
Alice pulak yang kena marah :(
I'm sorry baby :(
Alice tak salah.
mommy yang tak boleh sabar.
tak boleh terima bila dilayan macam mangsa dera
bila sakit kena senyap
jangan sesekali berani nak beritahu sesiapa.
kesian tak?!
:(


Alice suka gigit!
sebab tu mommy tak suka Alice mengembara
jumpa barang² semua nak gigit

tegas
ada juga yang bertanya
mommy tegas tak?
maksudnya boleh marah baby Alice?
mommy memang tegas.
mommy akan marah
dan akan sampaikan mesej dengan jelas kepada Alice
'No!'
tak boleh buat itu.
cuma pada situasi yang ada risiko immediate danger.

bila Alice nak main sterilizer yang tengah panas.
bila Alice nak main seterika
(seterika bukan toy, tak boleh main walau on/off!).
bila Alice nak main wayar.
bila Alice nak main kat tempat bahaya.
memang mommy tegas!

selain daripada waktu tu
bila tak ada immediate danger
mommy percaya orang dewasa lebih bijak daripada bayi.
kita kena tangani situasi dengan berhikmah.
setakat Alice tak boleh duduk diam waktu tengok tv
setakat Alice tak boleh duduk diam waktu duduk dalam shopping trolley
setakat Alice tak boleh duduk diam waktu mandi, change pampers atau seumpamanya
senang sangat!
cuma beri Alice barang yang boleh lekakan dia.
Alice tak duduk diam sebab dia bosan.
isikan la ruang tu
supaya Alice tak pergi cari sendiri apa yang boleh hilangkan bosan.

tak payah nak kusut²
tak payah nak marah² tak tentu pasal.
bukan susah sangat jaga baby ni.
kalau tidak, masakan mak² zaman dulu ada anak berbelas² orang, kan? :)

sebab tu kalau orang marah²
bukan mommy rasa orang tu tegas
tapi nampak macam cranky je.
sikit² nak marah apa hal?
:)

untuk yang tanya boleh marah Alice ke tak
- boleh, bukan tak boleh
tapi biarlah kena gayanya.
kita sendiri pun sama juga
dari kecik sampai besar pun banyak ragam.
kita pun tak suka orang marah² je selalu kan?
senyum la sikit :)
orang dewasa kan jauh lebih bijak daripada baby
:)


I love you.
I will take care of you

:)

alhamdulillah Alice nak masuk setahun ni.
mama Pi kata celebrate 12 Mei
untuk birthday mama Pi, Alice dan mommy sekali.
mama Pi sibuk mid April - mid May.
jom google party hat DIY
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...