kalau mengikut sejarahnya
A Famosa merupakan sebuah kota
yang dibina di bawah pemerintahan Alfonso de Albequerque
yang berjaya mengalahkan askar² Sultan Melaka
pada tahun 1511.
kota A Famosa
bermaksud 'Yang Terkenal' dalam bahasa Portugis
dibina sekeliling bukit berhampiran laut.
pada ketika itu Portugis sedang giat membina jajahan luar
di Macau, China dan Goa, India
bagi mewujudkan pelabuhan²
bagi kapal yang berlayar ke China
dan kembali ke Portugal.
asalnya kota tersebut terdiri daripada
dinding penghadang yang panjang
berserta 4 menara utama
yang memuatkan bangunan 4 tingkat,
bilik simpanan peluru,
kediaman kepten dan pegawai².
pada tahun 1641
Belanda berjaya mengusir Portugis daripada Melaka.
pintu laluan masuk
telah diubahsuai oleh Belanda pada tahun 1670
serta melakar 'ANNO 1670' pada pintu laluan tersebut.
bagi mengelakkan Melaka jatuh ke tangan Perancis
pada kurun ke-19
Belanda menyerahkan kota tersebut kepada British.
British yang tahu
selepas perang dengan Perancis
kota tersebut akan diserah semula kepada Belanda
telah memusnahkan kota tersebut
supaya tidak dapat memberi sebarang manfaat kepada Belanda.
asalnya penduduk² mahu dipindahkan
dan kota tersebut dimusnahkan.
Sir Stanford Raffles
yang merupakan pengasas Singapura
berjaya meyakinkan pihak British
untuk membiarkan penduduk terus menetap di situ
dan tidak memusnahkan pintu masuk kota.
sehingga kini
pintu masuk kecil
yang bernama Porta de Santiago
masih kukuh berdiri
sebagai tinggalan sejarah di Melaka
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment