damdiduuu

Monday, March 26, 2012

siapa tunang Irma Hasmie?

satu hari
Farah SaraKids ada urusan di pejabat hub perniagaan Korea di PJ.
tak macam selalu
kali ini Farah nampaknya datang dengan seorang lelaki
... yang bukan suaminya.

jeng jeng jeng!
:p

ya la, Farah ni walau pun sibuk suami isteri
tapi selalu kita tengok suaminya akan temankan
:)

berbalik kepada lelaki yang tadi.
orangnya tinggi
rupa macam Melayu tapi ada iras Cina/Jepun
dan khabarnya masih single
berikutan perhubungan sebelum ini tidak kekal.
akak tak ambil port la hal tu
cuma member² kat office ada yang bercerita
:p

kata Farah pula
mereka dulu waktu belajar memang rapat
dan kalau tak silap selepas lelaki tu berhijrah ke luar negara
mereka lost contact.
sekarang ni baru jumpa balik,
dan dari situ la merchandise serba pink SaraKids dapat sentuhan kreatif.

rupanya selain urusan Farah,
boss ada nak buat projek
yang perlukan khirdmat graphic & design macam tu.
selepas selesai mereka berbincang,
lelaki yang tadi pun berikan pada akak
kad namanya.
orang panggil Sky.


bila baca di media
baru tahu bapa Sky ni peguam yang berpangkat Datuk

bukan apa, akak ni penjaga peti besi di office.
apa² material yang supplier nak
macam imej logo, foto, dan segala mak nenek semua
akak yang simpan.

disebabkan status Sky yang masih belum berpunya
ada la yang ikuti perkembangannya.
akak ingat lagi dalam bulan Januari atau Februari 2012
ada yang tunjuk pada akak
foto Sky di tanah suci.
pergi umrah la rasanya
sebab masih belum musim haji.

serta tak berapa lama lepas tu
ada pula berita lanjutan daripada umrah tu
'Sky met someone'.
akak tumpang gembira la.
mudah²an bertambah bahagia la dia lepas ni
:)

sekarang ni di media banyak berita orang bertunang atau nikah kahwin.
antaranya termasuk la Irma,
kebetulan akak dengar di radio
waktu dalam perjalanan ke office
yang dia bertemu jodoh di Mekah.
alhamdulillah
moga dikurnia jodoh terbaik untuknya :)

masa tu akak tak ada fikir apa² lagi.
sampai la satu pagi
akak ternampak foto ini
di fb Farah
foto pertunangan Irma
dan kata Farah - Irma ini kakak iparnya.


Farah, ibu dan puteri²nya yang sama berseri macam bakal pengantin!
:)

bila fikir² balik
rasanya Farah ni cuma ada seorang adik lelaki.
dan bila ada ucapan 'Congrats Sky'
akak mula tertanya²
Sky ke yang bertunang dengan Irma?!

selepas bertanyakan kepada member office
yang sibuk dengan projek penghantaran ahli perniagaan Malaysia & Singapura
ke Korea bulan depan,
akhirnya memang betul la Sky yang bertunang.


ni foto Sky yang diambil dari fb member office
waktu rambut masih belum dipotong, sebelum Sky pergi umrah.
kalau tak salah ini foto open house hari raya 2011 di rumah Sky

alhamdulillah
moga semua urusan dipermudahkan
moga dikurnia kebahagiaan yang berkekalan di dunia & akhirat
moga kita semua sentiasa di berkati dalam rahmat Allah
alhamdulillah!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...