damdiduuu

Saturday, December 31, 2011

tahlil @bengkel: new year 2012

menjelang tahun baru 2012
kita dapat jemputan
ada majlis di bengkel
tanda ingatan kepada yang telah pergi meninggalkan kita.

memang satu perubahan kali ni
selalu nak pergi bengkel sebab nak jamming,
nak beli barang vespa,
nak lepak²,
nak jumpa kawan,
nak makan²
atau memenuhi masa lapang
(ehem ... ada sebab lain ke?)
;D

mudah²an niat yang baik sentiasa dipermudahkan
:)

Uncle Dool pun turun dengan family.
sebelum tu baru je ada seorang uncle berbangsa India singgah di bengkel.
macam² dibualkan.
antaranya, dikata Uncle Dool baik hati
suka membantu, berbudi bahasa tak pilih bulu
:)

Uncle Dool, nak custom bike macam tuuuuuu boleh?
:D


bawa Alice bersosial
mudah²an makin lama Alice makin ok dengan persekitaran yang ramai orang
:)


bacaan yang dikirimkan
:)


yang botak
yang mohawk merah terjulur dari songkok
rude boy yang kemas bergaya
yang arif mengetuai bacaan
hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya


menu pelbagai
tukang masak berganti
asing jadi rapat
kawan jadi lawan
yang bermasalah rasa dipinggirkan
kemeriahan bebeza
semangatnya masih sama.

dari dulu sampai tak tau bila
terima kasih banyak²
atas budi baik encik organizer dan koncu²nya.
sekadar menumpang rezeki makanan dan persahabatan
dah begitu besar maknanya
:)

jazakumullah khairan
semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...