damdiduuu

Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

video: nikmat malam new year

aku sebenarnya tak la ghairah sangat nak tengok bunga api.
tak kira la new year, CNY atau merdeka.
ok cantik untuk beberapa minit
tapi cuma setakat tu saja la.

mungkin atas sebab tu aku agak tension
bila sampai di Mutiara Damansara
selepas terowong Pencala nak masuk ke Mutiara Damansara
orang boleh berhenti kereta tengah jalan
blok jalan
panjat bukit
semata² sebab nak tengok bunga api.

bukan tepi jalan, ok.
tapi tengah jalan sampai mengganggu trafik!
kereta banyak beratur panjang
rupanya kereta yang depan sekali tak ada driver.
driver panjat bukit nak tengok bunga api.

ada ke patut?!





sampai di Tesco Mutiara, ingat dah selamat boleh balik.
boleh pulak polis trafik tutup jalan!
hanya boleh belok kanan pada traffic light ke-2
yang dekat E@Curve sana.
terpaksa la menempuh jem macam nak gila =E

terima kasih untuk abang yang memandu dengan sabar.
seriously mood baik gua abes langsung malam tu!
=E

Saturday, December 31, 2011

tahlil @bengkel: new year 2012

menjelang tahun baru 2012
kita dapat jemputan
ada majlis di bengkel
tanda ingatan kepada yang telah pergi meninggalkan kita.

memang satu perubahan kali ni
selalu nak pergi bengkel sebab nak jamming,
nak beli barang vespa,
nak lepak²,
nak jumpa kawan,
nak makan²
atau memenuhi masa lapang
(ehem ... ada sebab lain ke?)
;D

mudah²an niat yang baik sentiasa dipermudahkan
:)

Uncle Dool pun turun dengan family.
sebelum tu baru je ada seorang uncle berbangsa India singgah di bengkel.
macam² dibualkan.
antaranya, dikata Uncle Dool baik hati
suka membantu, berbudi bahasa tak pilih bulu
:)

Uncle Dool, nak custom bike macam tuuuuuu boleh?
:D


bawa Alice bersosial
mudah²an makin lama Alice makin ok dengan persekitaran yang ramai orang
:)


bacaan yang dikirimkan
:)


yang botak
yang mohawk merah terjulur dari songkok
rude boy yang kemas bergaya
yang arif mengetuai bacaan
hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya


menu pelbagai
tukang masak berganti
asing jadi rapat
kawan jadi lawan
yang bermasalah rasa dipinggirkan
kemeriahan bebeza
semangatnya masih sama.

dari dulu sampai tak tau bila
terima kasih banyak²
atas budi baik encik organizer dan koncu²nya.
sekadar menumpang rezeki makanan dan persahabatan
dah begitu besar maknanya
:)

jazakumullah khairan
semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...