mommy teringat waktu baru masuk darjah 1.
arwah atuk hanya hantar ke sekolah.
pendaftaran, apa semua mommy buat sendiri.
sewaktu nak bahagikan kelas
nama dipanggil jadi kita beratur ikut kelas.
budak² lain semua mak bapak pimpin tangan 'letak' anak dalam barisan.
waktu nama mommy dipanggil
mommy pergi saja sorang²
beratur dalam barisan.
orang lain yang tengok macam macho
(agaknya la kot!) :p
ada yang kata 'Ha, macam tu la ...'
beberapa puluh tahun kemudian
(wah amcam dah tua sangat je!)
waktu sampai di hospital pun sama.
mommy pergi ke kaunter
nurse tanya - ada apa
'Air kutuban pecah' jawab mommy.
macam orang pergi kaunter pertanyaan nak tanya soalan remeh je
tak ada panik, tak ada drama.
salin baju
rasanya nurse tanya kandungan dah berapa usianya.
kemudian minta mommy tukar baju.
barang kemas malah wallet dan cash semua mommy beri pada daddy.
termasuk juga baju dan seluar yang basah lencun :p
sayu juga waktu beri barang pada daddy.
mommy dah salam, minta maaf pada daddy.
mommy kesian sebab daddy kena tunggu luar.
oh ya, waktu salin baju
dengan izinNya mommy sekali harung buang air besar.
alhamdulillah
maknanya sebelum nak bersalin nanti tak perlu makan ubat lagi
sebab usus besar dah clear :)
terus masuk dewan bersalin.
waktu tu ada 2 pelatih perempuan dan seorang pelatih lelaki yang lembut :D
pasang heart beat monitor untuk baby
dan contraction monitor untuk mommy
dah yang paling penting tanya sejarah dari awal mengandung.
seronok juga borak² :p
macam² mommy dapat cerita.
tak ada la tension atau takut sangat nak bersalin jadinya :)
tepat
yang paling tak boleh blah?
semua orang amazed
sebab mommy bagi info
waktu air kutuban pecah: 11.08 malam
siap ada 08 tu!
dari doktor, pelatih, nurse,
semua orang 'terhibur'! :p
waktu tu pelatih tanya
'Ada rasa mengeras?'
aduh mengeras apa pulak tu?
biasa je, tak ada keras² pun.
rupanya dia tanya kalau ada rasa contraction.
siap dia explain rasa macam mana 'mengeras' tu lagi :p
tak ada.
mommy tak ada rasa sakit apa².
katanya di monitor ada graf contraction
tapi mommy tak rasa.
belum kuat lagi agaknya.
doktor datang!
bila doktor datang
doktor perempuan Cina
sama juga
tanya sejarah dan periksa.
sebenarnya mommy tak ingat langsung waktu tu berapa bukaan.
tak ingat doktor ada check ke tidak.
tak ada trauma :p
yang mommy ingat, doktor kata dalam masa 18 jam akan bersalin
kalau belum ada apa² contraction, nanti akan induced.
doktor ada tanya nak bersalin sekarang ke esok?
mommy tanya apa bezanya
kata doktor kalau sekarang diorang akan terus induce dan sediakan untuk bersalin.
kalau esok, sama juga.
cuma malam ni dapat rehat tidur dulu la.
pukul 8 pagi baru tengok macam mana.
apa kata survey?
mommy tunggu esok saja la.
nak cepat pun tak ada apa nak kejar.
selagi bersalin dalam masa 24 jam selepas air kutuban pecah
insya Allah semuanya selamat.
lagi pun mommy di PPUM
insya Allah kepakaran cukup :)
kemudian doktor beri masa untuk ambil bacaan
biar graf lukis panjang² dulu
kemudian baru mommy masuk wad.
mommy tunggu la ...
tunggu punya tunggu punya tunggu
... tau apa jadi?
jeng jeng jeng!
mommy jadi lapar :p
mommy tanya boleh tak panggi daddy
sebab mommy lapar.
masa tu tak ada buat apa pun.
cuma nak tunggu graf lukis panjang² je :p
doktor dah siap check pun.
off limit
agak malang bila nurse tu kata kat bilik bersalin ni tak boleh makan,
suami pun tak boleh masuk
off limit.
jadi mommy kena tunggu graf dah cukup panjang
kemudian masuk wad, baru boleh makan.
nasib baik mommy dah order sama daddy awal².
kalau nak tunggu makanan hospital pagi esok la jawabnya.
hmmmm tunggu
tunggu
tunggu
mommy kesian sebab daddy kena tunggu kat luar
pada hal tak ada buat apa pun dalam ni
cuma lukis graf :p
tapi mommy tak dapat nak inform kat daddy - hand phone pun tak ada ni.
sabar ya sayang :)
baby buat apa eh?
contraction
air kutuban pecah 11.08pm.
bertolak ke hospital dalam 11.50pm.
masuk bilik bersalin.
waktu menunggu di bilik bersalin
waktu tunggu graf panjang²
tepat 1.35am mommy rasa contraction yang pertama.
hmmm boleh tahan jugak sakit dia
tapi ok lagi
mommy macho je lagi.
cuma tak sabar nak makan :p
kata pelatih tu contraction memang selang 5 minit sekali
cuma pada graf boleh tengok
yang contraction tu selang seli antara kuat dan perlahan
jadi belum la nak bersalin sangat lagi.
cukup haul graf
mommy pun dibenarkan ke wad bersalin
tingkat atas.
sebelum keluar mommy diberi maternity pad
(bagi la pulak, pada hal dah masuk bill!)
siap yang strilized punya lagi.
air kutuban memang sentiasa je mengalir
apa boleh buat
dah rezeki :p
dari bilik bersalin mommy ditolak naik wheel chair ke wad.
keluar pintu je punya la lega hati mommy tengok daddy.
kesian pun ada
sebab daddy terpaksa je tunggu dalam 3 jam rasanya
tak tau apa yang jadi kat dalam bilik bersalin
kesian kesian kesian :(
masuk wad
mommy, daddy dan nurse naik ke wad bersalin.
dah malam, pintu wad kunci.
mommy diberi katil depan
petanda nak cepat keluar la tu :p
bila mommy dah settle down di wad
daddy tidur dalam kereta.
ikut plan awal
malam ni tidur, esok pukul 8 pagi baru check semula macam mana keadaan nanti.
mommy poyo je konon² nak tidur, makan & minum
pada hal bila dah sampai kat wad sibuk sms mama Su & mama Mia.
(waktu ni mama Pi kat Paris)
tengah plan macam mana nak jumpa
pukul berapa nak sampai hospital.
sampai part contraction kuat
mommy tengok jam
3.56
4.03
4.08
4.12
ini tak boleh jadi!
mommy cuba jalan²
lalu depan kaunter nurse
lalu depan surau
sampai tempat tengok tv.
akhirnya mommy cakap kat nurse
'Tak larat la, sakit sangat dah ni'
nurse yang ada tu dia ok saja
dia kata dia ingat mommy nak pergi solat
(solat hajat kot awal pagi)
kalau sakit, beritahu saja, nurse akan panggilkan doktor
kata nurse tu.
*selingan
waktu mommy mula sampai di hospital,
selain mommy ada seorang lagi mak mengandung kat situ.
pakai cantik² dan tak sakit² pun.
katanya siang tadi kick count dah cukup
tapi malam ni baby tak gerak.
nurse kata baby tidur.
kalau kick count dah cukup, patutnya ok.
akhirnya nurse masukkan juga la ibu tu ke wad bersalin.
walau pun katanya malam ni tak ada buat apa² pun.
*tamat selingan
selepas mesej 'sakit nak bersalin' disampaikan pada nurse
mommy balik semula ke katil.
cuba baring dan tidur.
tapi tak larat sangat²
sakit sangat²! :(
besi penghadang katil tu pun mommy tarik
tapi tak kurang pun sakitnya :p
dah tak larat sangat
bila nampak je mak yang tadi tu check in katil depan mommy
dengan selamba kapal mommy sound suami orang tu
'bang, panggil misi bang!'
suami orang tu boleh pulak buat muka panik dulu sebelum panggil nurse :p
tak lama kemudia mommy nampak kaki manusia dan kaki troli di sebalik langsir
rupanya doktor datang, tengah pakai glove
... apa la pakai glove pun lambat! :p
doktor tanya pada nurse
berapa bukaan
dan mommy suka betul jawapan nurse tu
'doktor check la, kita tak nak banyak² tangan' :)
bila doktor check,
katanya bukaan 4cm
dah boleh sedia untuk bersalin.
sekali lagi, naik wheel chair turun ke wad bersalin.
mommy inform daddy tak jadi bersalin esok
sekarang ni jugak dah nak pergi bilik bersalin.
i love you
bila jumpa daddy di luar wad
atas kerusi roda
nurse minta mommy salam dan minta maaf pada daddy :)
nurse pun pesan banyakkan baca zikir Nabi Yunus dalam perut ikan :)
(nurse tu tak ada la sebut perut ikan, dia bacakan zikir tu penuh² waktu pesan pada mommy)
terima kasih!
besar pahala nurse tu bantu mommy dan ibu² yang bakal bersalin.
... panjangnya!
bersambung la eh? :p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment